Assalammualaikum
Ini hasil pertama kali buat resepi ini.
Itupun setelah di desak dek anak-anak sedara yang bukan
main ghairah nak buat kek warna-warni katanya.
Ini resepinya. Ambil dari sini.
Bahan-bahannya:
1) 4 biji telur.
2) 1 sudu teh esen vanilla
3) 1 sudu besar ovalate
4) 1 cawan gula pasir
5) 4 sudu besar susu pekat
6) 2 cawan tepung gandum
7) Pewarna ikut suka
Cara-caranya:
- No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang.
- Selepas itu masukkan tepung dan gaul sebati di dalam mangkuk adunan.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan kut suka
- Selang selikan tuang masuk ke dalam acuan loyang. *acuan di sapu mentega atau minyak
- Panaskan kukus dan kukus selama 45 minit hingga masak..
Ovalett.
=))
Saya hanya bakar. Tidak kukus. Hasilnya tetap gebu.
=))