Assalammualaikum wbt.
Tajuk sangat gah dan teruja untuk memblog tentang percutian yang 'bajettt sangat'.
Mahu kemaskini percutian ke Busan-Jeju dan melangkaui kemaskini untuk percutian ke Beijing Disember lalu.
Keh keh keh...
Kenapa bajet? Sebab kali ini bercuti gaya 'backpakers' saja. Jika sebelum ini boleh goyang-goyang kaki ikut tour kali ini terimalah penat lelah dan maki hamun serta sindiran dengan hati yang terbuka bila berjalan dengan 3 kepala lain yang punya ragam sendiri.
24 April 2014.
Untuk kali keduanya hari lahir di habiskan di negara orang. Ha ha ha ha. Jika pada tahun 2011 , 24 April di Masjidil Haram, Mekah kali ini 24 April adalah sangat sadis kerana waktunya hanya habis atas pesawat. Sedih.... Sob sob sob....
Bergerak dari Melaka ke LCCT pada jam 3.00 am sebab flight adalah pukul 8.30 am. Haruslah awal untuk mengelakkan kelam kabut dan tercicir itu ini. Kami naik Air Asia X. Bajet untuk keseluruhan tiket termasuk bagasi dan makanan kurang lebih RM800 pergi balik.
Berlepas ke Lapangan Terbang Gimhae Busan. Kurang lebih 7 jam. 'Montot' adalah kematu. Di sebelah kanan adalah jejaka Korea 'ensem' yang peramah. Ajak berbual bajet macam BI aku A1 masa SPM!!! ha ha ha ha..
Di sebelah kiri agak sadis kerana saiz badannya adalah kurang lebih seperti saya. Sangat comel. Saya di tengah-tengah terpaksa menguruskan diri sedaya upaya. Walaupun kadangkala gagal asyik tersentuh jejaka ensem di sebelah. Nasib baik dia sporting. 'Its ok .. its ok.. '.. Katanya.... Wah!! Jangan nak ambil kesempatan Tedi!!
Agak sesak nafas sebenarnya. 7 jam rasa terhimpit. Ehmmm... Sila diet untuk keselesaan berpanjangan. Keh keh keh.....
Sampai di Gimhae Airport kurang lebih 4.00pm
Terus menuju ke lapangan domestik untuk ke Pulau Jeju jam 8.00 malam nanti.
Flight kali ini kita pilih Jeju Air. Untuk harga tiket pergi balik kurang lebih RM340.
Sementara tunggu flight pukul 8.00pm tu sempatlah beronline dan sembahyang. Kami sembahyang dekat bilik tukar lampin baby. Kena bahasa jugalah dengan ibu yang nak guna bilik tu. Redha je lah.
Naik flight pukul 8.00 lebih sebab flight delay beberapa minit.
Horeyyyy.. Sampai Pulau Jeju.
Ambil teksi untuk ke Guest House yang sudah di booking.
Kos teksi dalam RM 20 gitu.
Yeha Airport Guest House.
Kos untuk guesthouse 3hari 2 malam adalam RM 190 seorang.
Sangat-sangat okey walaupun bilik dekat tingkat 3.
Koh koh koh.
Siap masuk bilik, sembahyang semua keluar semula cari kedai 24jam untuk beli nasi segera. Nasi yang hanya perlu di panaskan. Makanlah dengan sambal tumis atau canned food yang di bawa bertin-tin dalam beg tu. Ha ha ha ha...
Sempat rembat air yang lazat ni.
Okey.
Masa untuk tidur.
Esok mahu jalan-jalan ke Pulau Jeju dengan Hencek Drebar !!
Kalau rajin saya sambung. Kalau malas tunggulah tahun depan.
koh koh koh....
p.s : saya tidak suka bergambar oleh itu gambar adalah kurang!!
4 kUs-kUs:
You actually make it seem so easy with your presentation but I find this topic to
be really something which I think I would never understand.
It seems too complicated and very broad for me. I'm looking
forward for your next post, I'll try to get the hang of it!
Check out my website ... fast home sale
Nice, teringin la nak ke jeju lagi, dulu tak habis jalan, rasanya pergi sekurang2nya seminggu br cukup kot... Hehe
Jln2 kt jeju tu...amik keta sewa ke?...klu tk nk pkai keta sewa ada option lain tk?
Jln2 kt jeju tu...amik keta sewa ke?...klu tk nk pkai keta sewa ada option lain tk?
Post a Comment