Friday, November 28, 2014

Tempat Menarik Di Melaka : Bayou Lagoon Park Resort Theme Park

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM
Assalammualaikum.

Baru sedar diri orang Melaka. =))
Akhir-akhir ni, banyak carian tentang taman tema di Melaka.
Selain di A Famosa Resort di Alor Gajah dan Melaka Wonderland Theme Park di Ayer Keroh, satu lagi tempat santai 
yang boleh anda kunjungi adalah Bayou Lagoon Park Resort Theme Park di Bukit Katil.
Selain Taman Tema yang ringkas ianya juga menyediakan resort atau hotel untuk bermalam.

Hah! Walaupun Bayou Lagoon hanya sekangkang kera dari rumah, saya juga pernah bermalam di sini. Baca review yang agak negatif tentang Bayou Lagoon, tapi bila duduk semalam di sini, Alhamdulillah. Saya tidak mengalami apa-apa layanan negatif seperti yang di war-warkan. Semuanya baik kecuali saya bernasib malang kerana tergolek 'dog' dan retak kaki. Di akui ianya adalah kesalahan diri sendiri yang menuruni tangga dengan berpakaian basah. Nasiblah!

Yang paling seronok adalah taman tema. Walaupun ringkas tidak seperti di Melaka Wonderland, tapi ianya sudah cukup seronok buat kanak-kanak ribena berendam dari pagi sampai Maghrib.
Pantang ada nampak banner promosi kedatangan Upin &Ipin, Boboi Boy ke apa ke, hah!! Dah di paunya kita beli tiket. RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.


Tapi!!!! Groupon masih buka tiket diskaun untuk Bayou Lagoon Theme Park.
RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanan 12 tahun dan ke bawah.
Sila klik laman Groupon

Tanpa menginap di hotel juga anda boleh hanya ke taman tema air mereka.
Bayou Lagoon Park Resort,
Lot 45, Jalan Wakaf Utama
 Bukit Katil Melaka 75450

Selamat datang ke Bandaraya Melaka Bersejarah!

1 kUs-kUs:

lnwslot789 on April 10, 2020 at 9:10 AM said...

" หนังออนไลน์ ระดับ Premium ได้ที่ Doonung1234 ฟรี ระดับ 4K HD หลากหลายเรื่องมากมาย กับเรื่อง
The Mustang (2019) [ พากย์ไทย ]
"

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting