Sinopsis penuh di
sini.
Ayoub. Lelaki idaman Malaya. Saya sangat suka walaupun kadang-kadang timbul pertanyaan di benak 'Logikkah 'Ayoub' wataknya di hidupkan sebegitu?'
Adakah lelaki sebegitu? Tidak perlu sebut di dunialah, di Malaysia ini, ada ke? Mahu tempah satu boleh? Kui kui kui....
Ikut drama bersiri ini sejak episod satu. Suka watak Man Sewel. Dia pandai cakap orang putih. Hik hik hik. SUka watak Zafril. Dia lurus. Dia baik. Dia insan berdosa yang sudah bertaubat dan kini menjadi mangsa fitnah.
Suka watak Tg. Zarimah. Asyik pakai baju kurung saja. Ekekekekeke.. Suka watak Norma yang 24 jam sehari pakai mekap dan gincu tebal 10 inci. Sangat suka!
Okey,
paling suka watak Ayoub. Lelaki sempurna yang baik hati, bersopan santun, berbudi bahasa yang pastinya menjadi idaman baka emak-emak mertua seantero dunia. Baik. Fikir secara logik, maam tidak wujud pula 'Ayoub' sebenarnya di dunia nyata. Atau ada tapi bersembunyi?
Tolong beri saya 'Ayoub' satu!! =))
Siapa lagi yang layan cerita ini?
Nota kakitanganku : Ashraf Muslim satu. Ayoub satu. Berapa banyak da....?