Testing 1..2...3..
Kenapa post tahun 2015 hilang?
Apa salah dia?
hahahahaha...
Tuesday, May 19, 2015
Friday, December 12, 2014
rEsEPi aPam SusU
Assalammualaikum
Ini hasil pertama kali buat resepi ini.
Itupun setelah di desak dek anak-anak sedara yang bukan
main ghairah nak buat kek warna-warni katanya.
Ini resepinya. Ambil dari sini.
Bahan-bahannya:
1) 4 biji telur.
2) 1 sudu teh esen vanilla
3) 1 sudu besar ovalate
4) 1 cawan gula pasir
5) 4 sudu besar susu pekat
6) 2 cawan tepung gandum
7) Pewarna ikut suka
Cara-caranya:
- No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang.
- Selepas itu masukkan tepung dan gaul sebati di dalam mangkuk adunan.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan kut suka
- Selang selikan tuang masuk ke dalam acuan loyang. *acuan di sapu mentega atau minyak
- Panaskan kukus dan kukus selama 45 minit hingga masak..
Ovalett.
=))
Saya hanya bakar. Tidak kukus. Hasilnya tetap gebu.
=))
Saturday, November 29, 2014
#throwback : Geng Popia Versi Satu. 24.02.2011-29.11.2014
Assalammualaikum.
Ingat Geng Popia saya?
Dari berempat. Kini tinggal 2 sahaja.
Omel hilang tanpa khabar pada usia kurang lebih 6 bulan.
Acong juga hilang begitu sahaja pada usia kurang lebih 2 tahun.
Tinggalah Omot dan MeiMei sahaja.
Omot masa bayi. ( bayi tak boleh belah!!)
Inilah wajah-wajah terkini dan boroi mereka.
=))
Alhamdulillah.
Friday, November 28, 2014
Tempat Menarik Di Melaka : Bayou Lagoon Park Resort Theme Park
Assalammualaikum.
Baru sedar diri orang Melaka. =))
Akhir-akhir ni, banyak carian tentang taman tema di Melaka.
Selain di A Famosa Resort di Alor Gajah dan Melaka Wonderland Theme Park di Ayer Keroh, satu lagi tempat santai
yang boleh anda kunjungi adalah Bayou Lagoon Park Resort Theme Park di Bukit Katil.
Hah! Walaupun Bayou Lagoon hanya sekangkang kera dari rumah, saya juga pernah bermalam di sini. Baca review yang agak negatif tentang Bayou Lagoon, tapi bila duduk semalam di sini, Alhamdulillah. Saya tidak mengalami apa-apa layanan negatif seperti yang di war-warkan. Semuanya baik kecuali saya bernasib malang kerana tergolek 'dog' dan retak kaki. Di akui ianya adalah kesalahan diri sendiri yang menuruni tangga dengan berpakaian basah. Nasiblah!
Yang paling seronok adalah taman tema. Walaupun ringkas tidak seperti di Melaka Wonderland, tapi ianya sudah cukup seronok buat kanak-kanak ribena berendam dari pagi sampai Maghrib.
Pantang ada nampak banner promosi kedatangan Upin &Ipin, Boboi Boy ke apa ke, hah!! Dah di paunya kita beli tiket. RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.
Tapi!!!! Groupon masih buka tiket diskaun untuk Bayou Lagoon Theme Park.
RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanan 12 tahun dan ke bawah.
Sila klik laman Groupon
Thursday, November 27, 2014
anTara Rainbow Cake, FrozeN Cake dan 'Rambut KerintinG cAke.
Assalammualaikum wbt.
Ini cerita hari lahir ke 7 Si Kakak.
Buat kecil-kecillah di rumah. Jemput jiran dekat-dekat sahaja.
Selasa malam 25 November.
Selepas buat bacaan Yassin, Tahlil dan Doa, acara makan-makan bermula.
Emak goreng bihun dan buat nasi lemak.
Si kakaklah yang paling 'happy' sangat-sangat. Dapat kek 3 biji.
Rainbow Cake Mak Lang dan Busu 'sponsor'.
Frozen Cake Ayah sponsor'.
Rambut Kerinting Cake Pak Ngah sponsor.
Habis nafas tiup lilin.
Si Adik mahu tolong pun habis di marahnya.
'Semua kek kakak. Kakaklah yang tiup'
Sampai merajuk dan menangis si Adik tak dapat tiup lilin sama-sama.
Di tonyohnya kek Si Kakak. Geram!
Tahun ini memang tiada hadiah seperti tahun-tahun lepas.
Tapi Mak Lang akan bagi hadiah yang sangat 'besar' untuk Si Kakak.
Selain sebab hari lahir pada 25 November 2014, sebab kakak dapat nombor 2 dalam kelas 1 Pandai, ada hadiah istimewa yang akan di kotakan untuk Si Kakak.
Hadiah istimewa apa?
Tunggulah.
Untuk menambahkan keceriaan si Kakak, ada kotak sederhana besar gambar Teddy Bear untuknya. Dalamnya di isi segala mak nenek alat tulis. Semuanya untuk kegunaan tahun depan ya.
Kakak suka sangat hilangkan alat tulis
Satu minggu 2-3 batang pensil yang di guna.
Lepas ni boleh suruh Ayah buka kilang pensil.
Selamat Hari Lahir yang Ke 7 tahun Kakak.
Jadi anak yang baik.
InsyaAllah.
Saturday, November 22, 2014
ResePi Cheese Tart : SaiZ RasaKsa UntuK yang PemaLeh macaM sayA!
Assalammualaikum.
Kanak-kanak dalam rumah ni memang suka dengan cheese.
Jangan cakap kanak-kanak, mak kepada kanak-kanak pun lebih loratnya.
Cheese Tart, cheese cake, red velvet.
Semua jenis kek yang ada cheese, mereka suruh buat.
Sedap ke tak sedap, perkara kedua.
Ha ha ha ha
Kalau buat makaroni, suka bakar dan tabur cheese.
Cheese cheese dan cheese.
Cheese Tart ni lebih berbaloi kalau buat sendiri.
Kalau beli memang hazab harga dia.
25pcs dah dekat RM35. Itu pun saiz yang comel-comel tu.
Rasa nak masukkan saja 2-3 ketul sekaligus.
25pcs satu family memang tak cukup.
Celah gigi saja.
Kalau beli 'shell tart' pun mahal sangat.
100pcs RM35.
Bagi saya dengan RM 35 tu boleh buat 1000pcs shell tart. Ha ha ha
Jadi, mari kita buat sendiri.
Mudah sangat.
Saya buat cheese tart ikut resepi di sini.
Siap ada step by step lagi.
Mudah nak ikut.
Shell tart dia pun mudah dan sedap.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















