Bila punggung bertemu punggung.
Pasti saya sudah selalu bercerita pasal mereka dulu.
Seorang bagai anjing.
Dan seorang memang kucing
( Seorang!!??)
Kini tidak lagi.
Mereka sudah jadi baik. Sudah boleh tidur bersama.
Makan bersama.
Duduk bersama.
Ini Pakcik Itam.
Usianya tahun ini genap 6 tahun.
Ini Pakcik Oghen.
Usianya juga pasti sudah melebih 5 tahun.
Pakcik Oghen datang ke rumah 3 tahun yang lalu dalam keadaan kurap kronik yang sangat tebal. Pakcik Oghen di kembiri sejurus dia sembuh dari kurap kroniknya. Beliau seharian hanya duduk di dalam bilik tidak keluar-keluar. Sangat trauma dengan kawasan persekitaran. Nampak saja kelibat Pakcik Itam, sudah jadi tidak tentu arah mahu menyembunyikan diri.
Bimbang mereka masih bertelagah, bergaduh, bergumpal sampai terkencing dan terberak, luka teruk sampai bernanah, di kembirikan Pakcik Itam pula walaupun dalam hati takut juga, kalau sudah kedua-duanya di kembiri, pasti mereka punya banyak masa di rumah. Pasti akan selalu bertemu dan pasti akan selalu bertelagah.
Tapi Alhamdulillah,
dari hari ke sehari, mereka jadi rukun dan damai.
Tidak bergaduh apatah lagi bergumpal sampai tercabut bulu.
Saya tidak tahu kucing anda,
tetapi kucing saya, dengan mengembiri mereka, selain dapat menyekat bilangan yang tidak di perlukan, ianya dapat buat mereka jadi lebih baik dan pandai jaga diri. Tidak bergaduh sesama sendiri.
Daripada anda turut 'bergusti' bersama mereka bila adegan 'gusti' bermula, apakata kembirikan mereka, Mereka akan jadi lebih manja dan 'homely'.
Saya mempunyai 27 ekor kucing yang mana hanya 3 ekor saja daripadanya yang belum di kembiri atas sebab 'belum cukup syarat masuk jawi'.
Anda pula bagaimana?