Wednesday, October 03, 2012

KisaH Dua MusuH Yang Pantang Berjumpa. Pasti Bergumpal Sampai Tidak Ingat Dunia. Kini. Tidak Lagi. Apa Rahsianya?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:23 PM
Bila punggung bertemu punggung.

Photobucket

Pasti saya sudah selalu bercerita pasal mereka dulu.
Seorang bagai anjing.
Dan seorang memang kucing
( Seorang!!??)

Kini tidak lagi.
Mereka sudah jadi baik. Sudah boleh tidur bersama.
Makan bersama.
Duduk bersama.

Photobucket

Ini Pakcik Itam.
Usianya tahun ini genap 6 tahun.


Photobucket

Ini Pakcik Oghen.
Usianya juga pasti sudah melebih 5 tahun.

Pakcik Oghen datang ke rumah 3 tahun yang lalu dalam keadaan kurap kronik yang sangat tebal. Pakcik Oghen di kembiri sejurus dia sembuh dari kurap kroniknya. Beliau seharian hanya duduk di dalam bilik tidak keluar-keluar. Sangat trauma dengan kawasan persekitaran. Nampak saja kelibat Pakcik Itam, sudah jadi tidak tentu arah mahu menyembunyikan diri.

Bimbang mereka masih bertelagah, bergaduh, bergumpal sampai terkencing dan terberak, luka teruk sampai bernanah, di kembirikan Pakcik Itam pula walaupun dalam hati takut juga, kalau sudah kedua-duanya di kembiri, pasti mereka punya banyak masa di rumah. Pasti akan selalu bertemu dan pasti akan selalu bertelagah.

Tapi Alhamdulillah,
dari hari ke sehari, mereka jadi rukun dan damai.
Tidak bergaduh apatah lagi bergumpal sampai tercabut bulu.

Saya tidak tahu kucing anda,
tetapi kucing saya, dengan mengembiri mereka, selain dapat menyekat bilangan yang tidak di perlukan, ianya dapat buat mereka jadi lebih baik dan pandai jaga diri. Tidak bergaduh sesama sendiri.

Daripada anda turut 'bergusti' bersama mereka bila adegan 'gusti' bermula, apakata kembirikan mereka, Mereka akan jadi lebih manja dan 'homely'.

Saya mempunyai 27 ekor kucing yang mana hanya 3 ekor saja daripadanya yang belum di kembiri atas sebab 'belum cukup syarat masuk jawi'.

Anda pula bagaimana?










13 kUs-kUs:

Iza Mohd Isa said...

AsSalam.
Mqza,
Kucing jantan saya dah kembiri tapi masih bermasalah. Problemnya, masih lagi suka bergaduh dan tak mahu duduk dalam rumah. Sampai bawa jumpa doktor try hormon injection pun tak jalan jugak. Dia cuma balik makan & tidur malam. Siang hari we all tak ada cara lain terpaksa tawakal biarkan dia di luar rumah. Kalau kurung dalam rumah nanti dia akan mengeow bising sampai kucing yg lain2 tak senang duduk & nanti dia boikot tak nak poo & pee. Mqza ada petua tak, macamana nak biar dia lekat kat rumah. Takut sebenarnya bila lepaskan dia keluar, accident ke, apa ke tapi nak buat macamana...huhuhuhu. Any idea? Thanks.

~mrs azmi~ on October 3, 2012 at 5:07 PM said...

bravo pakcik itam & pakcik oghen! camtula.. baik2 je.. sesekali bergurau bergumpal sikit2 takpela..

Lara sushi on October 3, 2012 at 5:08 PM said...

terjawab sudah kan persoalannya..punyalah menanti..hehehhe..my kitty baru seekor yang spayed..yang lain sama kisahnya 'belum lulus masuk jawi' hehhehehe.. =)

Dee on October 3, 2012 at 5:50 PM said...

salam...lama tak jenguk sini...lps ni keep on blogging tau..rindu nak baca entry2 kucing mqza..

Anonymous said...

terjumpa post ni kt FB. click dgn harapan jumpa penawar. my cat Booboo pun ada masalah mcm ni dgn my other cats. but all my cats (7) were neutered but still the problem still exist till today. :(

Chika on October 3, 2012 at 8:18 PM said...

Saya ada 3 je lg blom sunatkan. Minggu depan dua drpdnya akan masuk jawi. Hehehe

cheryna zamrinor on October 4, 2012 at 12:36 AM said...

kita semua sepakat...
di kampung hai pening lalat

tedi! miss ko sangat2. mana pergi tak update blog? lama kita tak bercerita tentang kucing2 yg dah sepakat macam rakyat pening lalat:)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P on October 4, 2012 at 9:02 AM said...

ibuKM kembiri semua.. selamat.aman damai, kalau terjumpa kucing lain yg belum sunat pun, diorang tak cari gaduh

Iela Lullaby on October 4, 2012 at 2:15 PM said...

kucing2 cik iela blom cunat g.. ;(

http://ielahinagiku.blogspot.com

Nurhayati on October 4, 2012 at 3:33 PM said...

banyaknya kucing.. mesti meriah. suka!!!

Suara Kalbu on October 5, 2012 at 11:45 AM said...

Betul tu,

Dulu Bella sangat garang. Pantang org tak kenal dekat dgn dia, mesti dia nak cakar. Lepas sunat, manjanya lain macam. Kalau nampak orang, mulalah dia baring telentang sambil guling2 badan kiri kanan konon2 manjalah sangat . Nyampah hihihihi

wanita mutalib on October 5, 2012 at 3:43 PM said...

Rindu ted|,
Rindu pakci itam,
Rindu pakcik oghen :-)

reha said...

dak itam yg juling..

pakcik oghen yg gomok..

skrg dak omot bermaharajalela..

habis sudah gengster kampung..

rukun dan damai sudah rumah bos mereka =))

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting