Thursday, March 04, 2010

TinGkaTkan TraFik : 'Contest', 'Give-awaY' KuIz Dan RakaN-RakaN...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM
Pernah adakan kuiz di blog? Mahu sertai kuiz? Jom! Eh! Tapi aku belum mahu buat kuiz. He he he.. Aku selalu guna kata ganti nama kuiz. Ada yang guna 'contest' atau pertandingan. Ada yang 'give away'. Semuanya punya maksud yang sama.

Jika kamu pernah adakan kuiz di blog kamu pasti tahu bagaimana peningkatan trafik yang kamu dapat. Bohong jika kamu katakan 'Semakin saya buat kuiz, semakin menjunam trafik pengunjung ke blog saya'.

Tips kuiz yang selalu aku buat di blog aku. Ini di blog aku. Aku tida mahu cerita pasal blog orang lain. Kenapa aku guna perkataan 'kuiz?' Sebabnya aku selalu buat pertandingan kecil-kecillan. Jika yang pernah sertai, tahulah. He he he he.

Kamu perlu bersedia jika mahu membuat kuiz. Persediaan di sini bermaksud persediaan dari segi soalan atau bentuk pertandingan yang kamu ingin buat. Syarat-syaratnya. Semuanya. Agar mereka yang ingin turut serta faham dengan apa kehendak pertandingan kamu.

Kuiznya tidak perlu susah atau rumit sehingga peserta teragak-agak untuk turut serta. Biar yang menyeronokkan. Kira jumlah kacang dalam botol lebih mudah dari kira bulu bagi lima ekor kambing! Ekekkkkekeke..

Hadiah. Oh! Ini paling penting! Jangan kata kuiz tidak perlukan modal. Perlu. Untuk hadiah bagi pemenang. Adalah lebih baik kamu sediakan hadiah dahulu sebelum membuat kuiz. Atau umumkan dahulu apa hadiahnya agar dapat menarik lebih ramai peserta.

Sila tunaikan janji untuk memberi hadiah. Wo wo wo!! Boleh sampai gaduh-gaduh wo kalau lambat dapat hadiah. Sila percaya. Aku pernah menulis mengenai ini. Bila sudah ada pemenang, kamu perlu beritahu bila hadiah akan di hantar. Jika agak lewat, kamu perlu sentiasa beritahu. Jangan diam seribu bahasa. Orang akan melabel kamu sebagai pembohong atau penipu! Walaupun sebenarnya, tidak perlu sampai bermasam muka sebab hadiah. Tapi masing-masingkan?

Oh! Adakah ini maksudnya kuiz yang aku niat ingin buat semakin hampir?

Nota kakitanganku : Masih menanti beberapa hadiah... Ekekkekekeke...







38 kUs-kUs:

miszgarfien on March 4, 2010 at 1:54 PM said...

teringin gak nak buat kuiz...tp blom berkemampuan nak bg hadiah....

azianierdawati on March 4, 2010 at 1:55 PM said...

tingin nak buat kuiz/contest tp.. x yakin lak.. tp join contest ok aja...

[s][u][e][h][a][n][n] on March 4, 2010 at 1:55 PM said...

hohoho pasti kuiz kali ni menyeronokkan... :)

al-mankaraqi on March 4, 2010 at 2:00 PM said...

bagus jugak yer.....

klu bg hadiah secara maya camner yer? contohnya ruang iklan percuma kat blog kiter......

d0tbl0gsp0td0tk0m on March 4, 2010 at 2:02 PM said...

huhuhu.. pakcik nak garfield yang ada peta dunia yang jadi bahan contest .. yang usianye sudah tingkatan 4 thn nih... huhuhuhu.. ko memang tak menahan...

MiYOKO SuKi on March 4, 2010 at 2:22 PM said...

Si tedi, cpt2 la wat kuiz..bole i join nnti...i nk wat kuiz, tp cam takde idea lg...hehe

Hazzy Ishak on March 4, 2010 at 2:23 PM said...

belum tergerak hati nak buat kuiz lagi..

bylindakitchen on March 4, 2010 at 2:37 PM said...

belum lagie tergerak jugak nak buat kuiz.
malas nak pk sebenarnya.hehhe

fara on March 4, 2010 at 2:47 PM said...

yup! betol entri ni.

si tedi nak wat kuiz ke?
menarik ni!

:)

Alimaz-Kembara Terasing on March 4, 2010 at 2:58 PM said...

saya juga teringin nak buat kuiz takut tak mampu nak bagi hadiah

sueanne on March 4, 2010 at 3:03 PM said...

sila ramai2x join ehh..wa tak join kut beb..sebab wa pernah menang contez lu dulu..so bagi peluang kat orang lain la...

cewahhh..cam dah conferm je kamu nak buat contest beb..hahah..

yusuf mujahidin ™ on March 4, 2010 at 3:03 PM said...

tringin nk wt quiz tp cm tkde je org nk masuk...hehehe

white rose on March 4, 2010 at 3:15 PM said...

kalo akak nak buat kuiz, nanti bgtau saya ye...saya nk join...

aNIe on March 4, 2010 at 3:26 PM said...

Hmmm...akak tak pernah masuh kuiz...dan tak pernah lagik buat kuiz...mungkin akan bagi giveaway pada kunjungan yang ke ??...tak tau lagik...

Relevan on March 4, 2010 at 3:38 PM said...

Kalu bagi hadiah beskut meri boleh dak?..

NARDtheNERD on March 4, 2010 at 3:40 PM said...

i nak wat contest..tapi takut takde org join...nanti maloooo...hehe~

Ibu Ammar on March 4, 2010 at 3:43 PM said...

saya suka hadiah duit tunai saja! hahaha!

Anonymous said...

hehe..ye2 akak pernah baca n3 ko pasal gaduh2 lambat dpt hadiah tu.. teruk betullah dorang tu..

ciK LyndaWawa on March 4, 2010 at 3:49 PM said...

buatla kuiz, nanti saya ikut.hehehe..ade hadiahkan..

Tulip on March 4, 2010 at 3:49 PM said...

macam menarik jew..tp x berkemampuan lg la buat..

nak buat kuiz ekk???suke2..

Unknown on March 4, 2010 at 3:59 PM said...

owh...aku nak buat kuiz jugak la

Anonymous said...

dari gaduh2..baek mkn gado2..lagi sedap dan berkhasiat......lalalalalla...

Dee on March 4, 2010 at 4:13 PM said...

aku buat yg senang2 je..nti ko jgn lupa join tedi..hahaha..

Rozita on March 4, 2010 at 4:28 PM said...

kalau buat kuiz tp tkde hadiah..agak2nya..ada tak yg akan mencarut atau caci maki????

Nor Hayati B. on March 4, 2010 at 4:40 PM said...

teringin gak nak wat kuiz tp belum lg mahir..

hahaha

masih takuttt

Hafiz Yusof on March 4, 2010 at 4:50 PM said...

sama la..tak mahir lagi

MyaFiza on March 4, 2010 at 4:53 PM said...

teringin nak buat..
tengah fikir nk buat kuiz ape..
cepatla tedi buat kuiz..
nk join..hehehe...

CITY® on March 4, 2010 at 4:54 PM said...

tedi,

i ada dapat 4 ketul bufered earnings kan
jumlah dia tak campur2 kan lagi erk?
errrrrrrr

huwaaaaaa
apa soalan i nak tanya ni
i pun tak faham
heeeeeee

opss lari topik la plek
jgn mare yg dak tedi busyuk
ekekke...

kuiz kuiz
heeeeee

mama affan on March 4, 2010 at 5:48 PM said...

huhu..mmg berkesan..

qaseh on March 4, 2010 at 5:57 PM said...

mcm tau-tau je sy tengah buat contest. hee hee kalo rajin join la...pasal hadiah sy dah preparekan awal2.

achik ezam on March 4, 2010 at 6:03 PM said...

tak pernah menang kuiz...terkuis kuis adelah...hehehehehe

Unknown on March 4, 2010 at 6:04 PM said...

x ske buat kuiz ...
tsk tsk

mamai on March 4, 2010 at 6:29 PM said...

lately aku kurang dapat berjalan-jalan ke blog kawan-kawan

sonata anak kancil on March 4, 2010 at 7:00 PM said...

nak buat kuiz apa ni? buatla kot boleh join

Anisa on March 4, 2010 at 8:11 PM said...

hee
kak tedi buat kuiz
kompem rmi join
:)

umi_e on March 4, 2010 at 8:18 PM said...

buatlah apa2pun tapi janganlah kasi syarat yang payah2 eekkkk

* kalau suruh letak banner ler... apa ler... sure kak e tak ikut serta sebab tak tau nak buat...

Nadiene on March 4, 2010 at 8:28 PM said...

cepat r wat quiz!

IntanBerlian on March 4, 2010 at 11:41 PM said...

huhu ted.buat kontest.jempot aku.hehe aku mahu join..

aku nak juga buat kontest.tapi kekangan nya aku kat india.payah nk deliver hadiah.hoho.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting