Thursday, March 04, 2010

sEBUaH KeHILanGan BeGITu MenYeksaKaN BaGI kamI....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM
Photobucket

Ini Itni. Aku menulis tentang pemergian Itni di sini. Kak E lebih terasa tentang kehilangan Itni. Atas rasa penghargaan Kak E telah mengabadikan gambar Itni untuk kami sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Kak E.

Aku juga pernah rasa kehilangan sebegini. Kehilangan Dak Kimi . Ceritanya kamu boleh baca di sini.

Sekarang aku kehilangan Dak Oyen. Dak Oyen masih belum balik. InsyaAllah. Jika ada jodoh kami, kami pasti bertemu lagi. Aku selalu berdoa semoga Dak Oyen sihat sejahtera. Amin....

Aku juga telah kehilangan mata Dak Kimo. Kehilangan yang begitu menampar-nampar hati kecil aku. Memang pada mulanya aku rasa tertekan sangat. Menangis!!! Menangis!! Menangis!! Aku rasa bersalah sebab tidak dapat jaga dia dengan baik. Rasa kesal sangat.

Tapi akhirnya aku akur. Melihat Dak Kimo hari ini, aku bersyukur sebab dia masih hidup. Alhamdulillah. Ada hikmah di sebaliknya. Kadang-kadang emak yang tidak berapa sukakan kucing pula terlebih daripada aku. Bila Dak Kimo tidak balik, dia sudah suruh cari. Takut Dak Kimo bergaduh dan cedera!!

Kehilangan itu begitu menyeksakan jika kita tidak belajar untuk redha menerima.

Nota kakitanganku :

"Aku mahu pinjamkan mataku untuk kamu, tapi sayangnya, aku juga hanya melihat dengan sebelah mata. Aku gabungkan mata kirimu dengan mata kananku untuk kita bersatu melihat! Kamu perlu kuat. Hidup perlu di teruskan. Usah mengeluh dengan ketentuan yang penglihatan kita hanyalah pinjaman semata-mata..... Sabarlah Kimo..."





22 kUs-kUs:

Unknown on March 4, 2010 at 8:17 AM said...

salam tedi~

terasa kesedihan dlm atie aku nie.. ye, wlaupun aku xgemar akan kucing, tapi ianya sma seperti haiwan lain yg pernah aku pelihara.. aku aku pun pernah kehilangan mereka... :(

aku hanya mampu mendoakan agar kamu dan dak kimo akan sbar dlm menjalani ujian ini.. dak oyen akan kembali jika dia mmg tuk kamu tedi...

zhrhtoodem on March 4, 2010 at 8:17 AM said...

tedi
sabar ..
semua ini dugaan Tuhan
aku mendoakan semua sihat selalu

zns on March 4, 2010 at 8:26 AM said...

cik tedi...zns paham...mereka bagaikan anak kita...hilang anak rasa seperti hilang punca...zns doakan dia kembali..seperti kata abah cik tedi..dia pasti pulang walaupun jauh dia berjalan..kerana dia ingat kita!

wanita mutalib on March 4, 2010 at 8:33 AM said...

ted|..kamu kuat..sabar yer..

azianierdawati on March 4, 2010 at 8:36 AM said...

ted, jgn sedih yee....

sonata anak kancil on March 4, 2010 at 8:46 AM said...

kesedihan melanda bila kehilangan yang disayangi

Cik Cookie on March 4, 2010 at 9:06 AM said...

samapai sekarang xmo bela kucing.
takut kehilanagn

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ on March 4, 2010 at 9:07 AM said...

bukan kawan je yang datang dan pergi ..tapi kucing pun datang dan pegi ..huhuhu :(

mama affan on March 4, 2010 at 9:42 AM said...

tedi..kamu jgn cpt ngalah..

bylindakitchen on March 4, 2010 at 9:44 AM said...

tedi
sabar yer...ini juga ketentuan Tuhan.
kamu kehilangan kawan sama seperti saya..
kehilangan micko n didie.masih segar walopon tanahnya sudah usang tapie memory bersama mereka sangat indah.
saya rasa apa kamu rasa.

Hazzy Ishak on March 4, 2010 at 9:44 AM said...

kucing kawan sejati tak gitu tedi

DramaQueen on March 4, 2010 at 9:46 AM said...

ted, selagi ada usaha dan daya..cari dak oyen ted.. ko tugas kan dak utih tu pegi carik gak.. kucen ni paham ape tuan dia cakap.. ok.. aku doakan smoga semua baik-baik saja untuk ko dan dak-dak lain..ini lah dugaan ted.. aku jua pernah lalui kematian kucing,kehilangan kucing..dan aku sangat sedih juge..

amie on March 4, 2010 at 10:10 AM said...

dak tedi,,
sobsssssssssss..

CITY® on March 4, 2010 at 10:18 AM said...

dak oyen ilang?
sama cam choet la nih,
huwaaaaaaaaaa...

dak tedi,
apa maksudmu, kamu melihat juga dgn sebelah mata?
hmmmm..

http://bluevirgolady.blogspot.com/2010/03/choet-vs-putih.html

Nur Suaidah Bachok on March 4, 2010 at 10:46 AM said...

sabar okayh! *wink

Softtouch [Hanim] on March 4, 2010 at 10:58 AM said...

mmg perit terasa kehilangan wpun ianya haiwan. Dulu saya pernah jer kehilangan kucing saya...tedi sabar yer...

CraZee KenTanG on March 4, 2010 at 11:00 AM said...

kdg2 mulut kata tak suka kucing. Tp tingkah laku dan hati mengatakan suka kucing. hehe~

umi_e on March 4, 2010 at 8:17 PM said...

kadang-kadang 'kehilangan' di depan mata walaupun pedih tapi 'lebih bermakna' daripada 'kehilangan' yang 'tiada khabar berita' :(

* Semoga dak oyen akan menemui jalan pulang dan dak kimo kuat dengan dugaan...

~TERIMA KASIH~

norliza_osman on March 5, 2010 at 9:17 AM said...

sabar lah,walaupun mata dak kimo sebelah dah diambil tuhan anggap lah semue ade hikmah nya..

Anonymous said...

saya pernah kehilangan...
melihat dia kesakitan...saya tak mampu berbuat apa...saya menangis di bilik mandi..takut kehilangan teman yg menemani saya...tidur termimpi2 dia kembali...smpai saat ini dia terus dlm hati,,,bbir x pernah henti menyebut namanya..rindu sangat...huhu..biarpun dia hanya kucen bagi saya dia teman baik saya..

Anonymous said...

saya pernah kehilangan...
melihat dia kesakitan...saya tak mampu berbuat apa...saya menangis di bilik mandi..takut kehilangan teman yg menemani saya...tidur termimpi2 dia kembali...smpai saat ini dia terus dlm hati,,,bbir x pernah henti menyebut namanya..rindu sangat...huhu..biarpun dia hanya kucen bagi saya dia teman baik saya..

Anonymous said...

saya pernah kehilangan...
melihat dia kesakitan...saya tak mampu berbuat apa...saya menangis di bilik mandi..takut kehilangan teman yg menemani saya...tidur termimpi2 dia kembali...smpai saat ini dia terus dlm hati,,,bbir x pernah henti menyebut namanya..rindu sangat...huhu..biarpun dia hanya kucen bagi saya dia teman baik saya..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting