Jika kamu mengatakan ini Dak Utih, kamu silap. Ini Dak Kimi. Kucing aku yang kedua selepas Dak Kimo. Mereka bukan adik beradik tetapi sudah seperti adik beradik. Rapat dan baik.
Aku tidak mahu bercerita lagi. Aku cuma meng'copy' 'paste'kan cerita Dak Kimi dari blog lama aku di Yahoo 360!
Sabtu. 05.05.07
Bila aku cerita pasal pelangi…Jumaat pagi.. bila abah hantar ke sekolah sebab ujan.. aku betul-betul nampak pelangi..cantik sangat. Ader 2 jalur yang besar. Tak puas aku pandang. Dalam hati aku cakap... aku baru cerita pasal pelangi..esoknya..aku betul-betul nampak dengan mata sendiri. Aku rumuskan.. pasti akan ada hari-hari yang indah bakal menyusuri hidup aku. Tapi hari ini, bila Kimi mati.. aku betul-betul rasa sakkkkzzz sangat-sangat. aku benci sangat pada pelangi.. aku simpan harapan yang paling besar bila nampak pelangi. Aku harapkan hidup aku tak akan ada tangisan lagi. Tapi harapan tinggal harapan. Aku tewas dengan airmata. Walau hanya dengan seekor kucing. Ya Tuhan... Bila adik cakap dia dengar sesuatu di langgar lori. Aku betul-betul panik. Aku keluar dan jerit nama Kimi kuat-kuat. aku harap bukan dia. Tapi bila aku nampak kesan bulu kucing atas jalan. Lutut aku dah mula mengigil. Aku nampak Kimi dalam semak. Darah keluar dari mulut. 2 Kaki patah.Dia hanya pandang sayu pada aku. Aku pangil nama dia berkali-kali. Hanya bunyi nafas yang kuat. Aku angkat letak dalam kotak kat rumah. Dia cuba bangun. Tapi tak boleh nak berjalan. Aku dah mula menangis. Adik dah mula menangis. Mak pun dah mula keluar airmata. Aku tak tahu nak buat apa. Aku amik air bagi dia minum. Tapi hanya darah je yang keluar. Bila dia tiba-tiba menggulupur.. terus masuk dalam rumah. Kaki aku betul-betul tak dapat nak berdiri lagi. Aku tak sanggup nak pandang dia. Tak sanggup nak tengok dia hembuskan nafas terakhir dia.Bila abang keluar tengok. Abang cakap, Kimi dah takda. Aku menangis sungguh-sungguh. tak sampai 5 minit tadi aku bancuhkan ikan whiskas bagi dia makan. Sebelum tu, dia tidur kat bawah meja komputer masa aku tengah online. Dia bangun, aku bagi dia makan, aku sambung online, kemudian... dia dah takde.... Waktu bagai iri hati. Patutlah 2-3 hari ini, Kimi susah sangat nak tidur... Selagi tak bercakar dengan Kimo.. tak koyakkan suratkhabar..tak berlari satu rumah..dan tak rasa penat..dia tak akan tidur. Dan aku tak sangka sangat, malam tadi malam akhir aku tidur dengan dia. Pasti lepas ni takde lagi suara yang akan kejutkan aku bangun dari tidur. Ataupun yang menunggu aku bila aku balik dari kerja. Paling tidak pun yang akan menggesel-geselkan badan dia kat kaki aku bila dia lapar. Kimi homely. Dia jarang keluar rumah. Dia bukan macam Kimo yang buat rumah ini macam hotel. Tempat makan dan minum. Aku betul-betul tak dapat terima cara dia mati. Kata mak, redhakan saja. Daripada dia hidup, tapi terseksa. Aku memang redha. Memang pasrah. Tapi macam mana aku nak berhenti menangis?? Aku tak pernah berenggang lama dengan dia. Masa pergi kursus awal bulan lepas, 5 hari dia hilang. Mungkin cari aku. Tadi pun aku tinggalkan dia 5 minit saja. Selalu aku yang suap dia makan. Tapi makanan terakhir dia, dia makan sendiri. Dia tak akan makan kalau aku tinggalkan dia macam tu saja. Mungkin sebab tu dia terus keluar. Aku percaya pada Qada dan Qadar. Ketentuan Allah. Walaupun dia hanya seekor kucing, tapi dia selalu buat aku ketawa. Bukan aku saja. Semua sekali dalam rumah ni. Bila kali terakhir aku pegang dia. Masukkan dalam lubang yang abang dah gali. Aku sungguh-sungguh menangis. Aku hilang seorang kawan. Kawan yang selalu temankan aku waktu aku sunyi dan sepi. Kawan yang selalu akan ‘menyanyi’ bila dia lapar. Dan aku dah mula rindu. Honestly, sampai maghrib ni, aku belum berhenti dari menangis. Yang Kimi suka... 1. Mengekor je mana aku pergi 2. Tunggu aku depan pintu bilik air kalau aku mandi 3. panjat almari kalau dia dengar kucen kuning garang berbunyi. 4. lompat turun dari almari kalau nampak aku 4. bertenggek dekat tingkap. 5. bertenggek dekat rumah jiran sebelah tengok kucen betina. 6. tidur dekat atas meja komputer belakang notebook aku. 7. tidur celah kipas atas meja 8. tidur dengan 4 kaki ke atas. 9. duduk tengah pintu umah 10. tidur sebelah aku atas katil. 11. makan kena suap kalau tak, Makanan tak habis. 12. suka makan ikan wishkas dari keropok golden. 13. pas makan mesti minum air. 14. jilat kepala Kimo. 15. cari gaduh dgn Kimo. 16. koyakkan surat khabar hari ini. (hari2) 17. kalau tak dapat masuk panjat tingkap bilik aku. 18. dan banyak lagi yang aku tak sanggup nak taip.Kimo balik tadi, dia macam tak tentu arah. Selalu dia balik Kimi mesti ada. Di macam tau je Kimi dah takde. Dia cium-cium tempat last Kimi mati tadi. Aku tak boleh nak bercerita lagi. Walau hanya seekor haiwan yang tidak mengerti apa-apa. dgn kasih sayang, jurang tu tidak nampak. Semua menangisi permergian Kimi. Walaupun aku rasa, bila dia takde, kaki aku tak jejak ke bumi. Hidup masih perlu di teruskan. Semoga, di lain waktu, di lain ketika, di alam yang lain .. aku dapat bersua lagi.... Semoga tidurnya nyenyak....
Nota kakitanganku : Selain wajah seiras, perangai Dak Utih juga mirip mengikut Dak Kimi. Ini salah satu sebab mengapa aku begitu rapat dengan Dak Utih! :)Yup! Sehingga sekarang jika aku ulangi baca ini, aku menangis! :(
33 kUs-kUs:
k..jgn ulang bc..nnt xlarat nanges
weh~
seyes duh!
aku rase sdey sgt wal0 pun aku x bape minat berkucing...
hepi2 kay!
=)
ooo..kimi, u so lucky to have tedi to take care of u..and love u so much!
omoooo..sedihnye..i can't help myself to cry...T_T
ted. aku sedih lagi.
aku tingat kisah2 kucen yg lalu..
sabar ye ted.. moga dak kimi sentiasa tenang disana bersama Allah.
aku pun ada Kimi~
huk huk sedey...:(
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sha : dah 2 thn ulang baca :)
miss siv : terima kasih :)sekarang dah ok dah.. cuma bila teringat2 tu jek
Dak ashie : terima kasih. kita hanya mampu merancang!
mrs giggle : insyaAllah. memang masik tak dapat lupa perangai dia.. :)
dak zara : siapa apakah kimi kamu itu?
RQ : erk! sabau2.. bawak bertenang..
sedihnya..
aku juga punya kucing..
semua kucing yang aku sayang,pasti pergi dengan cara yang sedey..
paling ku sayang kucing yang ku panggil belang..
mati tercekik tulang..
mcm pantun pulak?..
tapi sedey la entri ni..
takmo wat citer sedey lagi la ya..
:) slam kenal..
Sis, jgn nangis lagi ya ...
{{{hugs}}}
Memories of Dak Kimi will live on forever.
sedih.....mmaaaakkkk......akak...dh laaa ni mlm nisfu sya'ban...xlarat nk nangis ni...
wanita itu : salam kenal juga. Ya... macam pantun! :)
harap tiada kisah sedih lagi pasal kucing2 aku! TQ singgah!
sis lupie : TQ.. tapi kalau terkenang2 tu mmg sedih. walaupun hanya sempat bersama dia selama 4 bulan sahaja :)
Dylla : Ya!! Malam air mata! Esok puasa!! :)
sedihnya... kak e tak sanggup nak hadapi keadaan seperti itu! Kalaulah ia tejadi...(dilanggar dari?)kak e akan pastikan orang yang melanggar itu bertanggungjawab!
* minta sangat pada Allah janganlah uji kak e begitu...
Qief berharap kakak jgn la mcm tu....
sebb Qief tetiba teringt mcm mana sayang dan rindunya Qief kat kucing Qief kat sabah tu....
dah la tu kakak....Qief faham mcm mana kehilangan kucing yang kita sayang...
sob sob sob.....Qief tak le nak tahan air mata nie.....
kak e : betul tu.. kalau di izinkan Allah janganlah terjadi perkara tu pada kita. Macam kucing2 saya. risiko tu semua ada. sbb kucing kampung mmg bebas keluar masuk rumah.
Qief : terima kasih. jauh nun di sana kucing qief :)
Salam cik tedi..
sedih..:-(
salam kakita .. apakan daya. jodoh kami tidakpanjang :(
ok.. serius tedi, air mata aku bertakung baca entri ko yg ni...
ted- sedih laa.. anis x leh bc touching2 ni.. sian dia.. tingat kat Cemonk n Tompok. wuaaa
terima kasih cahaya chenta!
itulah anis.. kalau x ingat mmg ok ejk.. kalau ingat mmg sedih gila!!
Salam Ted...cam man akak boleh termiss n3 ni....tertido kot...ko ni sepagi ni akak dok sob2 sowang2 kat umah...Akak pun pernah kehilangan sekor kucing...but hilang...bukan mati yer...masa baru2 pindah ke sini..tak pasang grill lagi...disyaki terjun...warna putih fluffy sgt cam kucin dlm iklan...tu..akak nangis berminggu2...cari setiap longkang & belakang bangunan...macam org kehilangan anak...hanya yang mengalami memahami.....sayang bukan dipaksa-paksa..lahir dari hati....
betul tu kakwatie : kadang2 org ingat kita ni lorat sangat. pasla kucing pun macam apa.. tp.. betullah.. org yg mengalami sahaja memahami..
sampai ek sudah tak jumpa ye kakwatie kucing tu :(
harap dia dah bertuan!
sedihlah tedi bc n3 nie..sy pun sedih..walapun sy bukan ditempat awak..tedi teringatkan kwn sy yg sygkan kucing jugak.. satu family suka kucing. Smpai kan ada satu kucing dia ilang, mak dia siap sbhyg hajat n tanya org yg mcm bomohlah gitu...
Kita serupa. Saya jugak pernah ada pengalaman macam tu. Dia memang haiwan. Tapi sebenarnya haiwan lebih mengerti perasaan kita dari manusia itu sendiri. Kucing tau memanjakan diri kita. Kucing tau meredakan marah kita. Kucing tau buat kita ketawa. Kucing tau berkongsi kesusahan dengan kita. Kucing tau melayan kerenah kita. Bila saya sedih, kucing akan datang dan buat saya ketawa. Bila saya marah, kucing tau buat muka poyo dan buat hati marah saya sejuk. Kucing adalah segalanya bagi saya... Saya sentiasa mengharapkan agar Harry saya yang dah pergi akan datang dalam mimpi saya. Tapi mak saya yang pernah mimpikan Harry. Mak kata Harry tak nak datang dalam mimpi saya sebab dia tak nak saya lagi bersedih… Kat ‘atas’ sana tentu dak kimi kata dia sentiasa sayangkan awak walaupun awak dan dia tak lagi bersentuhan. Tapi kenangan itulah yang sentiasa menyegarkan ingatan awak pada dia. Percayalah yang dak kimi bahagia dan gembira selama hidup bersama awak.
tediiii.. sedih la bc n3 ni... bab binatang ni mmg anis tewas sikit
Post a Comment