Tuesday, August 11, 2009

R.I.P. UncLe BABA!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:20 PM

Photobucket

Uncle Baba (sebutan Ba-Ba. Aku tidak tahu nama sebenar!) meninggal dunia pada hari Jumaat yang lepas. Dia bukan sesiapa bagi aku. Tetap kehilangan dia turut aku rasai. Tidak silap aku Uncle Baba ini, peranakan Baba Nyonya. Sebab itulah loghat orang Melaka dia begitu pekat sekali. Dia mungkin tidak fasih berbahasa Melayu. Anaknya juga berbahasa Melayu. Apabila cikgu Cina bercakap Bahasa Cina, anaknya hanya dia dan menjawab dalam bahasa Melayu.

Aku begitu terasa sebab hari-hari aku akan bertembung dia di jalan. Dia menuju ke arah kedai kopi kegemaran beliau berhampiran dengan rumah aku. Setiap hari beliau akan menghantar dan mengambil cucunya ke sekolah. Uniknya, kalau kamu masih ingat aku pernah buat entry ini mengenai cucu beliau yang merupakan kanak-kanak India yang di bela sejak bayi.

Menurut guru-guru beliau amat menyayangi cucu ini. Dapat aku lihat bila tiap kali beliau ulang-alik 4-5 kali ke sekolah sebabnya petang ada kelas tambahan pula.

Photobucket

Ironinya, beliau baru datang ke rumah aku pada hari Selasa lepas untuk bertanyakan tentang kenaikan Elaun untuk bekas tentera seperti yang PM baru umumkan. Hari Rabu beliau di masukkan ke hospital dan Jumaatnya meninggal dunia.

Abah dan kawan-kawannya sempat hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Kata abah, bagus anak-anaknya. Semua datang bersalaman. Isterinya juga ada bercerita "Sudah 2- 3 hari dia sebut mahu ke rumah Haji. Nak tanya pasal Elaun tu, sempat juga di kesana. Ingatkan orang melayu tak mahu datang rumah orang cina mati."

Photobucket

R.I.P. Uncle Baba. Ramai yang mengiringi beliau ke tempat persemadian pada pukul 2.00 petang tadi. Lebih dari 50 kereta dan sebuah bas. Aku juga sempat melihat daripada dalam pagar sahaja.

Photobucket

Selamat tinggal. Semoga perjalanannya sampai ke destinasi tujuan.

Nota kakitanganku : Begitu sebak sekali dada melihat anak cucu beliau mengiringi van mayat itu. Cucunya kelihatan sedih sambil mengesat-ngesat mata. Semalam dia kata 'Datuk saya akan ke syurga esok!!"



26 kUs-kUs:

d0tbl0gsp0td0tk0m on August 11, 2009 at 6:49 PM said...

menghormati jiran adalah salah satu dari ajaran islam.... oleh itu tak kira la melayu ke cina ke...india ke...

ada juga jiran melayu yg haprak....

myQza on August 11, 2009 at 6:52 PM said...

betul tu pakcik... org melayu sesama melayu pun ada yng iri hati dan dengki mendengki!

tapi bila kit abaik dgn bangsa asing... macam pula di katanya...

white rose on August 11, 2009 at 7:02 PM said...

1 MALAYSIA...jiran adalah saudara pling hmpir dgn kta...xkira laa islam/bkn islam...yg pnting KEJESHAMA itu dikukuhkan...ayuh, kta bersatu padu...!!!



sy anak MALAYSIA, sy anak MALAYSIA...

myQza on August 11, 2009 at 7:17 PM said...

wah! bersemangat dylla!

ItaJeff on August 11, 2009 at 7:40 PM said...

akak bukan Melayu, tinggal pula di kawasan yg mmg bukan Melayu & majoriti bukan beragama Islam, tp kami hidup harmoni & aman damai.. 1 Malaysia dah lama wujud di kawasan perumahan akak ni...
RIP untuk Uncle Baba

myQza on August 11, 2009 at 8:04 PM said...

elok lah macam tu kakita.. hidup aman dan harmoni

Nakamura Kazuki on August 11, 2009 at 8:06 PM said...

kekadang rakan bangsa lain lebih rapatkan....semoga uncle tu rest in peace 4ver

umi_e on August 11, 2009 at 8:14 PM said...

turut bersedih dengan pemergian uncle baba :(

* dapat rasakan bagaimana perasaan yang dialami kerana pernah mengalami perkara seumpama ini...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on August 11, 2009 at 8:20 PM said...

may he rest in peace~

aduhai~

tersentuh hatiku~

Unknown on August 11, 2009 at 8:23 PM said...

semoga uncle baba bersemadi dgn aman..
begitu la kita adat hidup berjiran.. walaupun bkn seagama.. tetap perlu saling hormat menghormati & bantu membantu..

1 malaysia!!!

myQza on August 11, 2009 at 8:26 PM said...

ye hencek nakamura... bilangan org yg hadir beri penghormatan dah tunjuk semuanya..

myQza on August 11, 2009 at 8:26 PM said...

kak_e : saya tak tahu bagaimana nanti jika saya menghadapi perkara yg sama.. biarlah saya yg pergi dulu..

myQza on August 11, 2009 at 8:27 PM said...

TQ Dak zara !

myQza on August 11, 2009 at 8:27 PM said...

betul tue cik sue!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi on August 11, 2009 at 9:21 PM said...

sedih.. tp xtau nak cakap apa..
yg penting bg kita dlm kehidupan ni.. zikrul maut..

myQza on August 11, 2009 at 9:39 PM said...

yup! Mati itu pasti!

Aida Lela on August 11, 2009 at 9:43 PM said...

muhibah.. * touching en3 ni..

MissGAZA (FasihahAdnan) on August 11, 2009 at 9:55 PM said...

bagusnya hdup berjiran cam sis..
ada smangat kjiranan..
x mcm saya..
huu

Unknown on August 11, 2009 at 9:58 PM said...

kekadang kalu jiran sebelah bangsa lain lebih bertegur sapa ngan kite berbanding jiran melayu,.aku tak taulah kenapa..tp jiran2 aku ok sebab aku duk kat kg yang aman damai ada buah manggis, durian dan langsat..

myQza on August 11, 2009 at 10:05 PM said...

tQ AIyda!

myQza on August 11, 2009 at 10:06 PM said...

sama sahaja miss gaza.. yang penting niat.. TQ!

myQza on August 11, 2009 at 10:06 PM said...

dak ashie : betul tu... bagi aku alhamdulillah.. semuanya boleh give n take.. lebih2 lagikalau derang give buah2 an dan aku take masuk dalm rumah.. ha ha ha

mamai on August 11, 2009 at 10:32 PM said...

dia dah habiskan separuh perjalan dia..syurga atau tidak bukan urusan kita

myQza on August 11, 2009 at 10:35 PM said...

yup mamai!

Softtouch [Hanim] on August 12, 2009 at 10:06 AM said...

bagusnya abah tedi n kwn2 pegi melawat..xsalah pun pg melawatkan..semuanya terpulang pd niat...RIP uncle baba

a.z.r.i.n.a.03.07 on August 12, 2009 at 11:01 AM said...

semangat muhibbah itu penting...

perasan tak kat tv skang banyak iklan camni...mcm zaman KRina kecik2 dolu..

kat bebudak pun kena terapkan jugak..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting