Petang tadi emak membuat bubur asyura untuk di agih-agihkan kepada jiran tetangga. Kami memang biasa memanggilnya bubur Asyura.
Sebelum itu pagi tadi emak bertanya soalan yang aku sendiri tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Soalannya ialah :
Apakah perbezaan Bubur Lambuk dengan Bubur Asyura?
Aku berharap pakar masakan dapat membantu aku menjawab ini. Kalau kamu bukan pakar pun apa salahnya. He he he...
Terima kasih dan Selamat Berterawikh!!
Nota kakitanganku : Kagum melihat sepupu aku membawa anaknya yang berusia 3 bulan ke surau. Adik Qina hanya tidur tanpa mengganggu!! :)
29 kUs-kUs:
bub0 lambuk tu dy mcm lambuk2 sket kn..
kal0 bubu asyura plk..dy nmpk mcm asyura..xnmpk mcm lamb0k..
bt0l x?
ekekeke...
Erk, bukan sama jer ke Lambuk dengan As Syura tu? Cuma lambok, Malaysia mari, As Syura tu Arab mari.
Owh, selamat berpuasa kepada kamu. Maaf lambat ucap.
jawapan chef amatur nakamura..tak sama...bubur asyura dibuat time 10 muharam....bila dimasak takbleh makan terus ..tunggu sampai sejuk biar dia beku dulu...ala2 macam pengatla...ada rasa manis ada rasa berempah...bubur lambuk main dia nasikan...itu ajelah segmen masak-masak kali ni ye..( tedi betui ke apa yang ambe membebel ni???)
aa..setuju mcm encik nakamura ckp. bubur asyura especially kat utara ni beku skit. dlm tu ada jagung sumer... kalo bubur asyura kat pantai timur lain skit, letak daging dgn dicampur rempah sumer..
bubur lambuk lak mcm bubur nasi biasa.. cuma tambah santan kalo tak silap.. sbb rasa lemak mcm tu. huhu..tul ke nur ckp ni,kang tak pasal je ajaran sesat..
nur kita sejiwa walaupun hati tak sama( ambe merepek lagi)..manala tedi ni....takkan moreh tambah samapi 5 kali kut....hehehe
sha : ada yg kena karate ni kang!!
grunge : ye ke macam tu. itu yg buat aku kompius..
selamat juga grunge :)
hencek nakamura : 1st time aku dengar bubur asyura kena makan waktu sejuk. ye ke??
terima kasih nur... dapat lagi informasi... mak aku kalau masak mmg letak rempah2 semua... santan... wat pekat2...
hencek nakamura : jangan rindu2 sgt den dalam bulan pose ni yek? ekekekekkee..
bz ;ah pulak ari ni.. ntah apa ntah buat.. ekekekek
sitedi...
Bubur asyura biasa disediakan 10 Muharram...hari Asyura
Bubur lambuk bulan puasa, tapi di pantai timur selalu aje ada bubur lambuk...
resipi berbeza-beza ikut citarasa...
bagaimanapun...rindunya kat bubur lambuk arwah abah selalu buat bulan puasa...
haha.. bab makanan mmg xtau nama.. lg2 klu kuih.. sume kuih sy panggil kuih hijau.. lalala~
bubur asyura.. dibuat sempena ari asyura... so penyediaan dgn bubur lambuk berbeza sket even ramuan nya sama pakai minyak sapi atau gheeblend tin hijau.. huhuhu..
kat mesjid alor gajah ada wat bubur lambuk.. mcm masjid kg baru tu..
ehh.. aku pakar masakan ke??
>> aku pose penuh semalam <<
ije semalam berbuka pun makan bubur lambuk. time2 puasa ni femes la bubur lambuk. ehe.
bukan bubur asyura yang pekat2 tu ke? wat bulan muharam.
bubur lambuk...
perbezaan: dua-dua namer bubur x samerr... 1 namer Asyura.. satu namer Lambuk.
persamaan: dua-dua pown sodap. hahahahaha~
nj : kami kat sini dua2 bubur tu panggil bubur asyura...
wah! arwah ayah mesti pandai masak ek?
ekekkekekke dasyat anak dara ni.. semua dia belasah kuih hijau!!
best2~
ekekekke dak ayus.. teruskan usaha anda untuk berpuasa penuh!
ije : x sama ek? ntahlah... kdg2 konpius!!
dak ashie : kat sana panggil bubur lambuk jugak ke?
aminnurashidd : pandailah kamu
dak zara : best kalau dapat percuma :)
suke bubur kanji ayam jek...hahaha
anis x tau pe bezanya sbb suka mkn je.. dah la sedap.. huhuhu lapo lakkk
dylla : x pernah dengar.. letak tepung kanji ke?
ekekkekek anis... entry ni patut baca malam td.. ekekkeke....
Assalamualaikum...
Hai hai hai....
Bubur lambuk mcm bubur nasi jer ada letak serbuk lada hitam dan bahan tumisan. Nak sedap letak daging ayam atau daging lembu dan udang kering...
Bubur Asyura dibuat pada 10 Muharram. Ada letak minyak sapi dan pelbagai jenis ubi, pelbagai jenis sayur dan pelbagai jenis bijian. Nak letak pisang muda pun boleh...
Hihihi...saya bukan chef...
Cuma suka masak jer...I'm boy...
Post a Comment