Monday, August 24, 2009

Pag|-Pag| Muka SuDah MacaM Ta**!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:15 PM
Aku minta maaf jika tajuk aku agar kasar!! Tapi ini kebenaran yang menyakitkan hati di pagi-pagi hari dalam Bulan Ramadhan ini!!

Hari ini aku mengambil Cuti Rehat! Seawal jam 8.00 pagi aku sudah keluar menghantar adik ke sekolah kerana beliau ada kelas tambahan. Selesai sahaja mengisi minyak di Petronas aku ke Pejabat Pos Bemban untuk membuat kiriman Pos Laju. Jawapan yang di beri agak mengecewakan. Tiada perkhidmatan itu di sediakan di cawangan berkenaan. Namun aku masih boleh terima kerana Pakcik yang menjaga kaunter amat berbudi bahasa! Terima kasih Pakcik Sukar! Aku kenal dia sebab ayah kepada kawan aku walaupun dia tidak mengenali aku.

Seterusnya aku pergi ke Pejabat Pos Air Molek. Di sini segalanya bermula.

Aku mengisi borang PosLaju terlebih dahulu. Kemudian aku bertanyakan kepada kerani di kaunter samada aku perlu mengambil nombor atau tidak. Dia menjawab 'Ambillah' tanpa menjawab salam yang aku beri. Okey! Baik!

Photobucket

Ini kaunter 3 di Pejabat Pos Cawangan Air Molek. Dia yang bertudung itu. Nama tidak perlu di sebut. Aku duduk menunggu giliran. Memang langkah kiri aku hari ini. Giliran aku di kaunter 3.

Dia asyik berdehem-dehem dan berkahak. Mungkin kurang sihat. Tetapi amat kurang sopan kerana agak kuat dan tidak menutup mulut. WTH!!

'Barang' apa ini?' Dia bertanya
Aku tidak dapat hendak mendefinasikan barang yang ingin aku pos. Entahlah keliru tiba-tiba.
'Tulis dekat sini, tandatangan.' Dia mengarahkan dengan muka yang tiada senyuman dan masam tanpa memandang. Aku mengikut kemudian menyerahkan semula borang kepadanya.

'Tulis sahajalah barang apa'. Dia seperti merungut dan muka bertambah masam!! Sebabnya aku hanya menulis Barang tidak pecah, walaupun barang yang ingin aku pos itu boleh pecah dan patah. Otak betul-betul tidak boleh berfikir masa itu sebab hati sudah sakit.

'Tandatangan dekat sini, bukan sini.' Okey! Aku silap tandatangan.

Photobucket

Ini muka dia yang masam. Aku 'blur'kan kerana aku masih menjaga aib orang!! Pagi-pagi sudah meroyan. Orang lain pun puasa juga. Mahu kata lapar pagi sangat lagi baru pukul 9.00 pagi.

Cik Puan Kerani,
Saya dahulu pernah menjalani Latihan Industri di Pejabat Pos Besar Bukit Baru selama 5 bulan. Saya di ajar untuk berbudi bahasa melayani pelanggan walaupun saya praktikal hanya di pejabat dan sesekali turun ke kaunter melihat cara mereka bekerja.

Kamu bekerja di kaunter. Jangan mahu berlagak sangat. Pelanggan tetap nombor satu jika kamu tidak tahu. Tidak semua orang yang hari-hari ingin mengepos barang menggunakan PosLaju. Jadi tidak semua orang juga tahu prosudernya. Ajarlah secara berhemah. Senyumlah! Senyum pengubat hati yang marah. Bekerja dengan ikhlas jika kamu mahu gaji kamu juga ikhlas untuk keluarga.

Jangan sampai kamu buat perangai lagi dan saya tidak teragak-agak membuat aduan kepada bahagian atasan kamu.

Nota kakitanganku : Sesiapa yang terima barang aku nanti, sila semak tandatangan aku yang ber'double' dan perkataan 'Barang tidak mudah pecah'. Hampagas betul!!!!

76 kUs-kUs:

Unknown on August 24, 2009 at 12:25 PM said...

haishhh.. tak tau la nk ckp apa..(pdhal nk kutuk sbnarnya)

Softtouch [Hanim] on August 24, 2009 at 12:35 PM said...

ala tedi yg selalu jaga kaunter tu kan selalu ekyen kan..mcm kat bank jugak..padahal teller jer...tp sy kata sebhgian jer lah...menopos ker ape org tu..he he he..sabar yer

Amal on August 24, 2009 at 12:41 PM said...

ala kamu~
biase la tuh...die x puase kut..pastu x dpt makan sbb nty anak2 die nk ikut mkn...=p

sabar je kay...
driver bus kat cini pun camtuh jugak...
=)

F.Aminurrashidd on August 24, 2009 at 12:41 PM said...

hahaha¬ jumaat lepaz pun aku kene gak coz nak pot barang.. antar pi UTM nun.. masam jerrr muker kerani nyerr.. siap soal selidik lagik, tanya barang aper nak antor.. aku pi tibai jawab.. bantal.. hahahahaha¬

hysman on August 24, 2009 at 12:41 PM said...

Salam 3rd pose cik TED|,
naseb baek bulan pose klu tidak da berpuaka da..hehehe..
biasalah tu,mcm tu la reaksi manusia yg bekerja berjumpa customer (gov.actually hehe)..
bila gi customer servis celcom maxis or private yg laen takdak plak prangai mcm nih..
juz tink +ve depa presure kot gaji kecik tp nk melayan karenah beriban..
so juz ignored laa..manusia suma sama cuma situasi yg laen kot..

~ntah2 beliau period kot cik TED|..:p

sharamli on August 24, 2009 at 12:48 PM said...

akak kaunter tu basmud sbb dy xleh puasa ari ni gamaknya..kui3

mamai on August 24, 2009 at 12:49 PM said...

zbagi dak utih buat delivery ajer la

leadleedeea on August 24, 2009 at 12:56 PM said...

makcik tu bad mood sempat tak bgn sahur..terlajak sahur~! muehehee~!! sabar yek...lead pon penah kena, tapi selamba je lead sound..heh~! garang neh..hehe~!

leadleedeea on August 24, 2009 at 12:56 PM said...

makcik tu bad mood sempat tak bgn sahur..terlajak sahur~! muehehee~!! sabar yek...lead pon penah kena, tapi selamba je lead sound..heh~! garang neh..hehe~!

myQza on August 24, 2009 at 1:09 PM said...

cahayachenta : x yah kutuk2.. buang karan jek.. ekekekeke

anak_singa on August 24, 2009 at 1:10 PM said...

kena sruh cik kerani tu balajar soft skill..utk jd staff front liner.. ala cik tedi..komplen je.. br pdn muka dia, br tau langit tinggi ke rendah..hahaha...

myQza on August 24, 2009 at 1:10 PM said...

hanim : betul tu sebahagian aje.. tapi.. kena sedarlah keje dengan pelanggan... kalau x nak senyum boleh kerja bancuh air kat belakang

myQza on August 24, 2009 at 1:10 PM said...

wah! miss siv .. pandai buat telahan.. ha ha ha

myQza on August 24, 2009 at 1:11 PM said...

ekekkekeke aminnurashidd : a'a kan.. kenapalah aku tak erfikir nak belasah je letrak barang2 apa.. kita bukan hantar barang yg salah di sisi undang2 pun kan?

myQza on August 24, 2009 at 1:12 PM said...

hysman : pandailah ko cakap org tu period.. :P

tp sebahagian je kan> x sume org govt cam tu.. terasa aku... ekekekeke

selamat 3rd puasa juga :)

myQza on August 24, 2009 at 1:15 PM said...

agaknyalah sha.. lupe nak tanye..

myQza on August 24, 2009 at 1:15 PM said...

ekekekkeke mamai. mau tak balik kucing aku kang!

myQza on August 24, 2009 at 1:16 PM said...

ekekkeke lead! pagi2 dah blur lah.. ikut kan aje rentak dia.. angin baik ari ni kot.. kalaus elalu mmg dah kena... ekekekek

myQza on August 24, 2009 at 1:17 PM said...

anak_singa : yg ini bukancik lagi. anak dah berderet kot. 40 an rasanya... jarang pergi pos kat situ.. mungkin x boleh buat aduan dr pengalaman pertama...

lupie on August 24, 2009 at 1:17 PM said...

Sis Ted, great post!

This is what happens when the wrong person is hired for the job! They find no pride in what they do, they don't get satisfaction!

Who suffers? The customer la, macam u and I, bayar but kena tahan with their perangai!

lupie on August 24, 2009 at 1:17 PM said...

Sis Ted, great post!

This is what happens when the wrong person is hired for the job! They find no pride in what they do, they don't get satisfaction!

Who suffers? The customer la, macam u and I, bayar but kena tahan with their perangai!

imHepPie on August 24, 2009 at 1:18 PM said...

uikkk...akak keje pos tuh period kot hik3...

xpe barangan pecah pon aku trima gak..

pari pari syurga on August 24, 2009 at 1:40 PM said...

pagi td die terlambat bgn sahur..
pastu kena mrh dgn hasben....

tu sebb muka die ketat!




hahahahaha...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on August 24, 2009 at 1:41 PM said...

sabar2..kalau marah kurang pahala puasa ngeh ngeh

DramaQueen on August 24, 2009 at 1:42 PM said...

klu aku jadi ko dak ted, tak de masa aku nak blur kan muka bliaw tu..pastu maklumkan pada pihak atasn beliaw.. ye la..aku ni bukan selalu guna perkhidmatan pos malaysia nih..pepagi lagi nak meroyan.. macam dia sorang puasa..

myQza on August 24, 2009 at 1:47 PM said...

betul lah sis,
buka kita pos free... bayar lagi.. tapi layanan.. hampa dan keciwa.. lain kali kita pakat buka post office sendiri. ekekeke

myQza on August 24, 2009 at 1:47 PM said...

ekekekek imheppie :P

aku lupa nak tanya dia :P

myQza on August 24, 2009 at 1:47 PM said...

ceh!! anim.. satu lagi kaki telahan. pandai2 jek .. kecik asben die dengo.. ekekekeke

myQza on August 24, 2009 at 1:48 PM said...

itulah ibu tinie : kdg2 nak sabar pun bertempat. nasib baik hari ini mood ok. ikut je rentak die..

myQza on August 24, 2009 at 1:49 PM said...

ekekekeke.. nasib baik aku masih ada hati budi. alah.. die mmag duduk kaunter tu... sapa org melaka nak berkenalan.. boleh lah dtg ek? :P

wanita mutalib on August 24, 2009 at 1:56 PM said...

alahai cian kamoo tedi..

sabau yer...

membaca pun leh wat kiter jadi geram, apatah lagi berdepan dengan dia ye...

sabau yer.. :)

myQza on August 24, 2009 at 1:59 PM said...

betul te : nasib baik puasa..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on August 24, 2009 at 1:59 PM said...

puasa tak boleh mencarutkan?

jadik aku kulum mulut aku ke belakang~

kalau tak, aku sudah carutkan orang begitu~

on August 24, 2009 at 2:01 PM said...

>> haih...aper la orang itu
dah la bulan Ramadhan nih...

tak baik nak masam2 muka....

orang lain pun ada yg demam tak sihat

tp tetap manis kan muka...

pelanggan itu keutamaan diorang....

** teringat hari khamis minggu lepas ni kelinik kesihatan hulu langat....doctor baru umur 29 tahun..berlagak giler...**

haih...

d0tbl0gsp0td0tk0m on August 24, 2009 at 2:01 PM said...

ntah la... bila masa mula2 nak keje.. seme boleh... bila dapat keje.. malas nak buat keje... hampeh.....

myQza on August 24, 2009 at 2:02 PM said...

alhamdulillah dak zara : puasa mengajar kita saling bersabar.cuma sesetengah org je jadikan puasa sebagai alasan tidak mahu beri senyuman

myQza on August 24, 2009 at 2:03 PM said...

oh yanie : doktor muda ni puns atu cerita juga. aku pun ada pengalaman dengan doktor muda yg berlagak. mahu saja aku cerutkan lehernya !

myQza on August 24, 2009 at 2:03 PM said...

pakcik: itu namanya tidak tahu bersyukur! :)

Nakamura Kazuki on August 24, 2009 at 2:03 PM said...

bulan puasa ni ambe ghairah berpantun...

ternampak Tedi dekat pasar ramadhan,
memborong sakan kuih-muih serta pelbagai juadah,
Bersabarla kita menempuh dugaan,
mudah-mudahan bertambah rahmat daripada Allah,

myQza on August 24, 2009 at 2:04 PM said...

ekekkekeke hencek nakamura : berpantun kepada org melaka yg x tau berpantun.. x dapek nak membalasnya... ekekeekke

Unknown on August 24, 2009 at 2:04 PM said...

Sound jer la Tedi...kita kan pengguna ader kuasa nk sound tau. Pasang soundbox terus kat telinga dier biar dier pekak. Dier tu sape..sekadar duk kat kaunter ada hati nk tunjuk lagak. Tapi ni lah antara dugaan yang Allah bagikan kat kita di bulan posa..kalau kita sabar kita dapat la apa yang Allah janjikan...x gitu Tedi?

Nakamura Kazuki on August 24, 2009 at 2:07 PM said...

ke pejabat pos tujuan dihati
terserempak cik kerani dah naik hantu,
nasihatkan dia supaya berubahla hati,
kalau tak mung sekeh je kepala dia tu

cam mana orait tak idea ambe..kekeke

myQza on August 24, 2009 at 2:11 PM said...

bulan puasa lah chem. nasib baik aku cepat sedar.kalau tak aku dah bahasakan..
manusia... kalau buat silap labat na sedar kecuali bila sesuati sudah terjadi.

myQza on August 24, 2009 at 2:12 PM said...

hencek nakamura : aku layan jek.. org x tau berpantun katakan.. ekekeke

azianierdawati on August 24, 2009 at 2:22 PM said...

perangai huduh btl mokcik tu ted... kalu anis d tpt tedi, mesti aku pun mcm nk g bakar je muka dia yg masan mcm cuka tu... tp siap, kn sumpah2 dlm ahti jgk la.. x kira la bln pose ke idak.. mmg gitu perangai aku...

(emo lebih ni)

che' moon on August 24, 2009 at 2:22 PM said...

erm.
patot org yang dok frontline xbley sama sekali bersikap gitu.
wat malu kampeni je!

LaraSuffi on August 24, 2009 at 2:23 PM said...

hmm ntah pape la kan.. fia pun da byk kali kene jugak cik ted|..

sepatutnya kalu da muka mmg masam ke..

kene blaja senyum la..

baru orang x sakit hati ye x?? eekee..

saborrr jela..

hmmm sepatutunya kat negara kita nie ade kursus blajo senyum bru best.. eheee!

anaklaut on August 24, 2009 at 2:28 PM said...

salam..


tak yah la blur pic dia..dan buat aduan kepada ibu pejabat kl tu.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on August 24, 2009 at 2:28 PM said...

cian cik tedi
lain kali kan pasang je lagu budi bahasa budaya kita dr hp tu
then jgn bagi nmpk hp..
buat tak tau je..
biar dia cari2 sape pasang
kalo dia tanye ckp je hantu kot pasang
biar dia sedar skit
erk... hantu kena ikat kan bln pose?

emm..idea pandaikah itu?
haha!
jgn ikut..
nanti disekehnya pale cik tedi
nur merepek ni..

sabar tau cik tedi

Suzana Ikram on August 24, 2009 at 2:37 PM said...

mmg la kurang ajar.. dtg bulan kot.. akak x suke org buat kita macam tu.. huhuhu..

ini q i L L on August 24, 2009 at 2:38 PM said...

ssh ada org cmni kn
tp bersabar lbh baik
;)

a.z.r.i.n.a.03.07 on August 24, 2009 at 2:40 PM said...

sabau ye ted..

bulan pose2 camni kesabaran kita diuji..


p/s: takde untuk KRina ke?

myQza on August 24, 2009 at 2:46 PM said...

ekekekek anis.. ntah ari ni rasa cool pulak. tapi bila fikir balik.. mmg x elok lah dia layan macam tu!

myQza on August 24, 2009 at 2:46 PM said...

betul tu putrieyz.. kalau nak muka masam. dok bancuh air lah kat belakang. xde sapa nampak!

myQza on August 24, 2009 at 2:47 PM said...

ekekekek fia : kita kalau suka kerja kita x payah suruh2 otometik senyum jek..

myQza on August 24, 2009 at 2:48 PM said...

anaklaut : bila fikir balik... biarlah org buat kita. kita tak perlu buat org

myQza on August 24, 2009 at 2:48 PM said...

ha ha ha nur.. x pun lagu senyum seindah suria... yang membawa bahagia... ceehh!!

myQza on August 24, 2009 at 2:49 PM said...

betul tu kakzana. dah pilih kerja tu kenalah tahan semuanya. maniskan muka.

myQza on August 24, 2009 at 2:49 PM said...

betul tu qill.. bulan2 puasa ni. sabar lebih baik.

Unknown on August 24, 2009 at 2:49 PM said...

mak cik kt pejabat selalu mcm tue
nk senyum pun susah
tk suke ge pejabat post

myQza on August 24, 2009 at 2:50 PM said...

ekekekek kakrina.. tengah sabau lah ni..
soalan tergantung tu.. x de apa tu? ekekekeke

myQza on August 24, 2009 at 2:50 PM said...

ekekekekek.. pagi lagi fir. kalau dah petang tu fahamlah mungkin penat +lapar

anN on August 24, 2009 at 3:12 PM said...

pms kot hehe

myQza on August 24, 2009 at 3:44 PM said...

ekekkeke.. pandailah aien tu!

ibu_umairah on August 24, 2009 at 3:46 PM said...

ted.....yang badan berisi tu ke?pakai cermin mata......dia tu memang!!!!

Unknown on August 24, 2009 at 3:47 PM said...

aiseymen...seb bek bulan pose..malas den nak sembur manyak2..aakkaka..

myQza on August 24, 2009 at 4:17 PM said...

ibu_umairah kenal!! Tepat sekali!! wah!! aku tidak salah marah oranglah!! ekekekekeek..
aku jarang pergi situ!! ari ni terpaksa....

myQza on August 24, 2009 at 4:17 PM said...

dak ashie.. bawak bersabau je lah kita....

white rose on August 24, 2009 at 4:30 PM said...

besa laaa 2...


~kalo sy jdi dia kan, mesti akak senyum lebo...sbb sy xsenyum pun dh comel...blm lgi senyum, mau akak tergoda...ahaks...~ngeee

myQza on August 24, 2009 at 4:35 PM said...

ces!!! nasibbaik bulan puasa... so.. pasrahkan saja org yg berkata2 manis sebegini :P

Ayu on August 24, 2009 at 4:51 PM said...

malas la nk komen sbb panjang sangat

Along25 on August 24, 2009 at 5:15 PM said...

Ui...sabar2..... Jgn mrh2 k... relax2.... istighfar... k? :0

myQza on August 24, 2009 at 5:16 PM said...

ayus : ZZzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZzzzzzz!!

myQza on August 24, 2009 at 5:16 PM said...

along : dah ok dah !:)

aniszshahira on August 24, 2009 at 9:39 PM said...

hehe..
repot jee kat hal ehwal pengguna..
eh bole ker???

myQza on August 24, 2009 at 11:02 PM said...

ekekekekeke.. report kat bos dia je anis :)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting