Monday, August 17, 2009

sEJak B|La puLa JaD| seNs|T|F deNgan sOaLan |n|?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM
Photobucket

Aku tidak kiralah kamu suka atau tidak topik ini. Jika tidak sila klik tanda pangkah di penjuru kanan skrin komputer kamu. Tamat!!

Tetapi aku ingin menulis juga. Menulis tanpa ada perasaan yang beremosi atau prejudis kepada si tukang tanya mahu pun pembaca!

Apa topiknya? Kamu boleh baca soalan terakhir yang terdapat di dalam sistem pesanan ringkas tersebut.

Okey! Itu topiknya. Tetapi aku tidak mahu kupas mengikut mentaliti seorang yang profesional sebabnya aku bukan tergolong dalam golongan itu. Aku mengulas mengikut apa sahaja yang terlintas dalam fikiran aku saat aku menaip ini.

Mengapa perlu sensitif? Mengapa perlu berkira-kira untuk menjawab soalan itu? Atau mengabaikannya terus? Mengapa?

Sesekali aku juga terfikirkan. Bagaimanakah perasaannya seseorang yang bertanyakan soalan seperti itu kepada seseorang yamg masih belum mempunyai status sama seperti orang yang bertanya? Kejamkah mereka? Terlukakah aku? Terasa? Terkesima? Atau teruja untuk menjawab dengan hati yang terbuka?

Aku belajar untuk tidak menjawab. Abaikan. Aku bukan sakit hati atau marah. Tetapi hak aku untuk tidak memberi jawapan kepada soalan. Biar tergantung. Biar terus bertanda soal. Biar! Tiada siapa yang perlu memaksa untuk aku menjawab. Tiada siapa yang berhak menggertak aku untuk beri jawapan segera.

Kenapa? Kerana aku hanya manusia. Manusia yang selalu membina perancangan. Menyimpan impian. Membangun angan-angan. Sedangkan, hanya Allah S.W.T. yang berhak menentukan semuanya.

Aku juga tidak pernah bertanyakan soalan yang sama kepada seseorang yang sama statusnya dengan aku. Kenapa? Sebab aku fahami perasaan mereka. Sebagaimana aku mahu mereka memahami perasaan aku.

Bagi aku mudah. Andainya aku masih begini dan tidak menyusahkan sesiapa, itu sudah cukup baik. Daripada aku berstatus sama dengan mereka dalam keadaan yang terdesak dan terpaksa melukakan hati sesiapa . Itu adalah kejam.

Yup! Aku telah kehilangan hampir semua sahabat yang telah berjaya menukar status mereka. Majoritinya. Tiada lagi panggilan telefon. Tiada lagi SMS. Tiada lagi keluar beriadah. Menonton wayang. Membeli belah. Tiada! Aku dengan bangga mengatakan aku sudah tiada sahabat yang boleh bergayut di telefon dan bergossip!

Itu satu kelebihan bukan. Sebabnya aku tidak perlu lagi menjaga hati sesiapa!
Seperti biasanya orang akan berkata "Soal jodoh pertemuan, ajal dan maut, adalah ketentuan Yang Maha Esa". Aku juga ingin ucapkan kata-kata yang hampir sama cuma ingin menambah
"Namun berdoa dan berusahalah agar Allah memberi laluan yang mudah dan menunjukkan jalan yang mana harus kita ikuti".

Nota kakitanganku : Sahabat baru aku adalah kamu. Kamu yang datang ke sini dan membaca!
Terima kasih!

30 kUs-kUs:

mamai on August 17, 2009 at 11:36 AM said...

sensetif ker rasa macam biasa ajer...permulaan bicara katanya tu

Unknown on August 17, 2009 at 11:59 AM said...

kalu aku jawab je..tapi mesti jawab memain ah..ahaha

myQza on August 17, 2009 at 12:33 PM said...

alahai mamai... x de maknenye pembukaan kata!! takkan setiap kali nak buka kata dgn soalan yg sama kot? :P

myQza on August 17, 2009 at 12:33 PM said...

ekekekekek.. ada ke jawab men2.. contohnya seperti?

Beruwang on August 17, 2009 at 1:44 PM said...

dia jeles tu sebab tak bebas macam kita.... sendiri bukan bererti tak laku...

Unknown on August 17, 2009 at 2:30 PM said...

contoh nye seperti...

org 1 : boyfriend ko sehat?
ashie : boyfriend i dah mati seminggu lepas..
org 1 : dah ader pengganti..kalu x abang bleh tolong gantikan(wek)
ashie : dah ader yang punye...lain tahun lah...ahahha..
org 1 : doh bile nak kawen?
ashie : bagi tarikh ...

eh??
sebenarnye aku x penah lagi jawab camtu..ahahha..aku reka je tuh..tapi slalu org tanya aku, mane pakwe ko?aku jwb ..dah lama meninggal..wahahha..jahat..

myQza on August 17, 2009 at 2:33 PM said...

beruwang : ekekekeke.... ye ke? :P
jawapn nak sejukkan hati tu,,,

myQza on August 17, 2009 at 2:35 PM said...

ekekekekeke dak ashie...
okla.. aku dapat idea.. kalau org tanye..
bila ko nak kawen..
aku jawab hujung tahun!!
berapa hb?
ntah... tahun tu x tahu lagi bila.... ha ha ha ha..

aniszshahira on August 17, 2009 at 5:01 PM said...

btul2..
jawab camtu jee..
bla org tanye bla nak kawen??
jawab jee..
taun depan kot..
tak pun taun lagi satu..
ntah..
agak2 taun depanye lagi kot..
heee~~~

Aida Lela on August 17, 2009 at 5:32 PM said...

hahahaa...aku jawab jer kalau org tanya (tp kalau mood ok la..)

"ok! petang ni jugak nak pi cari pakwe..wkakakaa.."

last2, tukang tanya lak yg hangen..kikikiki..

sharamli on August 17, 2009 at 6:50 PM said...

kal0 0rg kan..0rg jwb mcm ni

"nak seb0k2 pahal?"

Pojiepooh Abdullah on August 17, 2009 at 7:07 PM said...

ohhh bagi pompuan, hal kawen itu sensitif yer..?
erm, xmo tanya lagi la pasni..
lebih² lg kat Tedi..

btw i like ur phrase, "Daripada aku berstatus sama dengan mereka dalam keadaan yang terdesak dan terpaksa melukakan hati sesiapa . Itu adalah kejam."
- Pojie sgt setuju.. biarlah cinta itu datang sendiri dari hati yg luhur kan..

tp usahlah disalah tafsirkan dgn soalan² sebegini..
kadang² ia sekadar soalan..
manalah tau si penanya ingin mendoakan kamu agar segera dpt jodoh kan..
be +ve k Tedi..

wanita mutalib on August 17, 2009 at 7:58 PM said...

saya suka jadi sahabat kamooo ^_^

saya suka baca ttg kucing2 comey kamoo..

saya sahabat kamoo jugak ya ^_^

white rose on August 17, 2009 at 8:28 PM said...

ahaks...teruja i dgn topik ni...but the way, i dh xheran...dlm my mind just lalui je sgala rintangn yg bakal mendtg...soal ni sgala2nye akan trjwb sudah...soklan2 ni kan slalu berkumandng je...jdinye jwpn yg slalu sy bg ialah:

bile nk kawin???
1.insya'Allah, ade jodoh kawin
2.thn dpn laa...insya'Allah
3.pengantin lelaki xjumpe2 jln ke umah sy
4.bln dpn laa kalo xde hal
5.dh kawin, bru kjap td
6.nape?awk (L) nk kawin ngn sy ke?
7.nk bg laki ko kawin ngn aku ke?...


~hahahahaha...abaikan sume ni...

DramaQueen on August 17, 2009 at 9:43 PM said...

itu soklan bongok namanya..

dak ted.. aku sahabat ko taw.. skali ngan dak utih..

dah la..abaikan je si siamang dgn pisang2nya.. biasa la tu..siamang tak penah dpt empon.. baru tau pakai empon agaknya.. cetek betul otak.. tak reti pikir..

sabar eh.. cuba ko tengok dak utih..rilek je kan..ekekeke..

anak_singa on August 17, 2009 at 9:54 PM said...

anak singa selalu jwb,

'tunggu je kad jemputan..'

hahaha..mudah da ringkas..lau xdpt kad 2 phm2 je la...lu pk la sendri.. kui3..

myQza on August 17, 2009 at 10:11 PM said...

ekekekekek anis... men2 ek?

myQza on August 17, 2009 at 10:11 PM said...

suruh dia je carikan ek aiyda... banyak tanya pulak

myQza on August 17, 2009 at 10:12 PM said...

ekekekekek// a'a lah sha... pastu tambah sket lagi 'jaga laki sendiri' . ekekekekekeek

myQza on August 17, 2009 at 10:12 PM said...

TQ pojie.. yup! kita fikir positif jek.... :)

myQza on August 17, 2009 at 10:13 PM said...

ekekekkeke te : mee tut!! :P

myQza on August 17, 2009 at 10:13 PM said...

ekekekke dylla.. leh take note ni... ekekekekek.. dah ada jawapan kalau org tanye...

myQza on August 17, 2009 at 10:14 PM said...

ekekekekek cayalah mrs giggle :P

myQza on August 17, 2009 at 10:14 PM said...

alah anak_singa : kalau org yg paham bahasa x pe.. ini kalau irg yg sama asik dok ulang soalan.. mau bg tgn jek.. ekeekekeke

Unknown on August 17, 2009 at 10:33 PM said...

Tedi..cakap ar kat dier..haku dah kawin lame dah...ko jer yang x tahu sebab aku x jemput ko..maklumler! ko kan minah kipochi yang suke jaga tepi kain orang. Tula pasal aku x jemput ko sebab aku x der kawan2 yang minah2 kepochi ni..hehe. Melepas la ko nk tgk aku kawin ek??..

myQza on August 17, 2009 at 10:38 PM said...

ekekekekkekeke.. panjang pulak aku nak menjawab dengan dia chem! :P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on August 18, 2009 at 8:57 AM said...

aku cinta kamu. Titik!

azianierdawati on August 18, 2009 at 9:09 AM said...

huhuhu sama le.. tiap kl jumpa kwn2 mesti asking, bila nk kawin? tension btl..

suka mcm ni, bebas x de org kongkong.. bebas dgn naily je.. x de org kacau, gaduh2..tp sian ke naily lak nk adik katanya...(mulut dia mcm cili api).. geram aku

ala tedi, ramai lg yg ppuan yg masih bujang2.zaman skrg ni, ppuan byk bdikari dah...thats y mrk x yah kawin pun x pe.

myQza on August 18, 2009 at 9:29 AM said...

ekekekekek dak zara !!

Softtouch [Hanim] on August 18, 2009 at 9:30 AM said...

ok tedi sy faham....sy pun selalu ditanya tp soalan lain..bila nk tambah anak?boringlah asyik tanya mcm tu..tp ha sekarang, xde plak nk tanya soalan tu..he he he..betul2 tgh tmbah nie...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting