Sah!! Ini berita terkini yang baru aku dapat. Berita yang meranapkan seluruh impian dan cita-cita murni aku! Aku kecewa! Amat hampa! Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kehampaan dan keterlukaan hati aku ini! huH! Sadis sekali bunyinya!!
Ibu Si Oyen sudah di sahkan beranak. Hanya seekor! Cuba teka warnanya?
Oren!! Oren seperti Dak Oyen juga! Itu yang buatkan aku hampa! Aku mengharapkan Si Comel itu bewarna hitam + putih seperti tahi cicak atau lebih sopan lagi seperti Zebra! Tetapi apakan daya! Aku hanya mampu memasang angan-angan!
Bukankah kucing-kucing jantan di rumah aku tiada yang berwarna oren!! Ini pasti kerja si Oren Gergasi milik jiran di hadapan rumah aku! Mandulkah kucing-kucing jantan aku sehingga tidak mampu memberikan aku seekor anak kucing berwarna lembu susu? Aku rasa sungguh tercabar sekali!!
Laporan warna itu di berikan oleh emak sebentar tadi.
Kata emak " Ada tadi ibu dia bawa turun anak. Warna merah juga macam abang dia !!"
Emak. Itu bukan merah. Tapi Oren. Abah juga suka panggil Dak Oren 'Merah'. Kenapa apakah?
Tetapi aku masih menyimpan harapan selagi aku tidak melihat dengan mata aku sendiri yang budak itu adalah oren! Tolonglah! Datangkan kuasa ghaib agar warna si Kecil itu akan berubah menjadi lembu susu!
Nota kakitanganku : Kalau oren juga warnanya aku akan beri siapa-siapa yang mahu angkat (baca 'adopt)
28 kUs-kUs:
dulu mak KRina pon sama lar..oren dikatanye merah ...tp skang dah wokey...asyik kena tegur jer.. hehehe..
Tedi...kucing2 jantan kat rumah tu masih budak2 hingusan...belangnya pun belum penuh....si oren yg kat depan umah tu dah super power...kalau nak warna lembu susu...beli lembu jantan...le!!!
kekekek krina.. mungkin sbb oren pekat.. ha ha ha ha.. ada ke oren pekat.. ekekekee
alahai kakwatie.. x mampulah pulak nak bela lembu.. ekekekeke..
oh, kucin upe nye. ingat sah kawen. :)
hahahaha...akak geli hati tul baca posting ko ni cik tedi oiiii...
oren itu menawan..
(siyess aku nye komen)
huwaa~
oren juga?
join zahidnye fanclub....WAHAHAHa
oh tidak syalizahanim :P
frustlah kakita :(
x menawan pun!! :(
kalau biru ke hijau ke.. ok lah juga !!
dak zara :(
dylla ;(
mcm2 cite.........kelokor la pulak......
ekekekkeke.. ibu _umairah :)
haha.. ciannya kat dy..
kena sembelih la kucing bapak depan umah yang warna oren tuh...
playboy suggoh..
=P
ekekekkekekee.. garang woo kucing tu...
tak pa.. nnti dia mengandung lagi.. kali ni ko pastikan dia hanya ada skandal dengan kucing2 jantan ko jer..
Tedi... jom ar masuk My Zoo dalam facebook.. ko skew haiwan kan?.. hehe.
Or come check out mine:
http://apps.facebook.com/myownzoo/friends.php?uid=100000009606482
cahayachenta : ini last die pegnen... pasni aku nak anto SPCA
eeeeee.. chem... kang aku tak terjaga hewan2 ni kang.. mana nak tgk yg dpn mata.. mana nak tgk yg kat zoo!!
dak oren panggil Luffy boleh?
ko nak bagi nama kucing aku yg kecik ni luffy ke?
tedI::
kamu rendam la budak baru tuh dalam clorox..
=p
agaknya kucing kat umah tu xnak sumbang mahram kot..yelah kata serumahkan...terimalah kenyataan tedi..
oik!! dush! dush! miss siv!!
alah... tensen lah hanim :(
Post a Comment