Tiada Perbarisan... Tiada perhimpunan... Tiada Konsert... Macam-macam yang tiada pada kebiasaannya. Hikmah betul Merdeka kali ini.
Sebabnya Merdeka kali ini jatuh pada Bulan Ramadhan. Betul-betul satu rahmat di saat dunia sedang berperang memerangi H1N1.
Membaca suratkhabar online hari ini, di sini, sesiapa pun mempunyai risiko di jangkiti H1N1 hatta seorang doktor sekalipun. Al-Fatihah untuk Dr. Noorfiza Isa. Allahyarham pasti salah seorang doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan orang lain sehingga nyawa sendiri terkorban.
Aku juga membaca artikel ini . Tetapi bagi aku kibar atau tidak Jalur Gemilang bukan salah satu faktor utama samada kita cintakan negara atau tidak. Lain orang lain pendapatnya. Jika kibar sekalipun di kereta jika tercabut adakah kamu sanggup berhenti dan memungutnya?
Malam tadi tengok 1957 : Filem Hati Malaya!! Untuk memerdekaan negara bukan sesuatu perkara yang mudah. Insaf rasanya. Sedangkan orang sekarang menyambut merdeka dengan konsert-konsert hiburan.
Wallahualam...
Nota kakitanganku : Hati masih terasa sakit dengan syaitan rempit yang ingin membunuh diri atas jalanraya apabila tepat pukul 12.00 malam tadi mereka memulakan upacara itu tanpa menghiraukan tarikh keramat ini.
28 kUs-kUs:
akau suka merdeka kali ini aman dari segala-galanya...
aku pong ske merdeka kali nih, x sibuk2 nk buat perarakan..dan xde konsert..
cuma yg bengang, ader lagik budak rempit detik 12mlm..nyampah tul..
aku pong tgk gak smalam Hati Malaya..tp aku paling ske tgk Bukit Kepong...
tedi..
blog ko ke yg bunyi lagu patriotik nih?
dah lame kot aku tak dgr lagu ni..hehe
salam merdeka tedi..hehe
orang camtu kita bunuh mau?
betul3.aman betul malam tadi.nyaman.tenang.tade bunga api.cool!
rahmatt sgt2!
pancit kan je tayar mereka-mereka tuh!
kebetulan dalam bulan ramadhan,
tiada konsert itu yang paling best.
salam merdeka untuk anda.
:)
ya..itulah yg sebaiknya...jika diadakan konsert dan seumpamanya kita masih terjajah.. kerana aktiviti seperti itu juga diperkenalkan oleh barat...
~merdekakan minda anda!
salam kemerdekaan ke 52...
betul tu mamai.. aku setuju!
dak ashie.. bukit kepong tu lagi touching. betullah.. tapi thn ni x de keluar rasanya...
messy.. lagu juga ikut mood :P
salam merdeka :)
dak zara : mau saja!
zaradgreat : ko kat mana ni? kalau ko kat kg ko mesti dengar apa yg aku dgr. rumah kita kan dekat :P
betul tu farah : tak sampai hati nak tgk budak2 terkinja2 di malam ambang merdeka :)
anak_singa.. akusetuju!
Menangis tengok Hati Malaya. Betulkah kita sudah merdeka?
Selamat menyambut hari merdeka. Rasanya sambutan merdeka kali ni agak bagus daripada sebelum2 ni. Semoga ada improvement untuk sambutan yang seterusnya.
heee..
aku xde feeling ah merdeka kali nie..
=p
sitedi...
merdeka kan Malaysia dari H1N1...patut jadi tema tahun ni!!
Solehah .. aku setuju.. setiap tahun tiada perubahan
precious : aku rsa belum!
miss siv : sunyi sepi!
betul tu kak NJ..
aku pnh bermimpi bergaduh secara besar2an...
sgt menginsafkan
tedi.. ade perhimpunan lah pg td kat mitc. tetap ade kontinjen yg berbaris. tp smpai pkul 10pg sahaja. lepas tu semua bersurai. ngeee...
semalam kol 12, aku minum2x sambil bersahur.. sekali nampak geng merempit suda.. diorang bawak bendera besar sambil konvoii reramai.. ader satu motor tu, tiga org naik sekali harung.. mak aii..
Semangat itu ada.. cara mereka salah.. hahaha.. bising dan tidak menepati laras kemerdekaan itu sendiri.. tak gitu cik Tedi?? heheh
ahai betul tu.. setuju sgt dgn pendapat kibar bendera tak semestinya menunjukkan seseorg tu btl2 tahu hargai kemerdekaan..
ahaii.. apapon kibarkan jalur gemilang membuatkan kita bangga jadi anak Malaysia! merdeka! eheh..
stakat kibarkan je tpi xde ape2 perubhan yg baik xnk diusahakan pun payah jugak...mcmana laa kta nk bg semangat kemerdekaan yg benar2 menginsafkan kta...
pada aku, every year punya kemerdekaan, tidak menepati citarasa sambutan aku..
aku lebih suka tahun ni. ketika berpuasa, kurang perhimpunan, kurang maksiat, kurang konset.. cuma semarakkan semagatkan kemerdekaan..
tapi yg hampeh nya.. lepas je merdeka, harga minyak petrol naik.. bangang betul..
Post a Comment