Ingat lagi tak pasal budak darjah 2 yang aku cerita suka mencuri tu. Kalau korang dah ingat-ingat lupa, klik kat sini ek...?
Hari ini polis betul-betul datang. Semalam budak tu mencuri lagi. Jadi hari ini Guru Besar telefon Balai Polis. Dia minta seorang anggota polis datang nasihat kat budak ni. Yang budak ni pula, tak serik-serik. Alahai.... Dia dah dok menangis sejak dengar Guru Besar telefon polis.
Nampak je kereta polis masuk pagar sekolah lagi kuat dia meraung. nenek dia ada datang sekali. Bingit betul telinga aku.
Aku nampak je polis tu, aku dah membayangkan. Budak ni pasti akan kena marah. Kena tengking. Kena ugut sikit-sikit. Kena gertak sambil polis tu hentak-hentak kaki. Kena macam-macam lagi lah. Otak aku serba negatif dah!! ( jahat sungguh aku!!)
Tapi, aku silap! Pegawai Polis tu amat baik sekali. Ha ha ha ha... Dia bercakap dengan penuh berhemat. Pandangan-pandangan negatif aku tu memang jauh tersasar. erhMmmm... Polis kan? Bukan kerjanya hanya tangkap orang jahat jer. Dia mesti belajar psikologi!!! erhMm!! Betul! Betul! Betul!!
AKu harap sangatlah budak tu akan insaf-seinsafnya. Lain kali polis tu kata, kalau dia mencuri lagi bawa terus ke balai. Baik juga cadangan tu. Biar budak tu tengok rupa balai Polis tu macam mana. Biar dia tengok rupa lokap tu macam mana. He he he he he....
nota kakitanganku : Aku pun nak sangat rasa duduk lokap tu macam mana. Sebab aku tak terbayang macam mana banduan yang kena penjara duduk dalam sebuah bilik yang tiada apa-apa kecuali tandas!!! kalau setakat 2-3 hari, boleh tahan lagilah! Dapatnya 30-40 tahun!! Huh!! Masak!! Okey!! Korang, siapa-siapa yang ada barang-barang yang tak berapa berharga yang boleh aku curi, sila beritahu. Ha ha ha ha ha!! ( Tolong Pakcik Pulis!! Jangan tangkap saya!! Saya gurau-gurau jek!!! )
3 kUs-kUs:
hahaahah 1 pengajaran yg baik tuk bdk tuh wakak btw rizz ucapkan happy teachers day to uolssss
seb bek panggil polis, kalu panggil doktor suh suntik itu budak?kekekke..
ataupong panggil semua, polis, bomba(sembur muka budak tu kasik manyak lagi airmata)..
rizz : Samat hari guru gak! ( Walaupun kita buka cikgu) hik hik hik.. perasa mau lebih!!
oik dak ashie : ko pandai2 je panggil bomba. sekali bomba sembur muke dia bukan lagi banyak airmata. terpelanting dia. ko ingat paip bomba tu ( Paip ke pili..??) macam paip umah kita ke..?? ha ha ha ha
Post a Comment