Che Mah Binti Che Tom Tom Bak,
Kg. Patah Sayap Terbang Jua,
00200 Bla Bla Bla,
Bla.. bla.. bla..
Kepada,
Encik Sameon Bin Seputih Tepung Gandum,
SMK Serindit Mati Tersepit,
00500 Bla Bla Bla,
Bla..Bla.. Bla...
Melalui dan salinan,
Pengetua,
SMK Serindit Mati Tersepit,
00500 Bla Bla Bla,
Bla... Bla... Bla...
Tarikh : 06 Mei 2009
Tuan,
PERMOHONAN MAAF DAN BAYARAN TUNTUTAN BAKI IMBUHAN TAHUNAN 2008
Adalah dengan segala hormatnya, perbualan telefon antara saya dan tuan pada 29 April 2009 jam 11.00 pagi dan perkara di atas adalah di rujuk.
2. Dengan rasa rendah diri dan dukacitanya saya memohon maaf di atas kesilapan saya berkaitan dengan Pergerakan Gaji Tahunan 2008 tuan yang tidak di lakukan di sebabkan oleh kecuaian saya menyemak Borang Kew. 320 bertarikh 03 April 2008.
3. Berkaitan dengan soalan tuan pada bulan April 2008 mengenai dengan kenaikan gaji yang saya maksudkan ‘automatik’ di situ ialah pergerakan tersebut akan masuk ke dalam ‘Payroll’ Bulan Mei 2008 bersama-sama dengan pemberian Hadiah Pergerakan Gaji. ( Sila rujuk Kew.320 bertarikh 03 April 2008 dan Penyata Perkiraan Tunggakan Lampiran A). Kesilapan saya ialah gaji yang tertera di Kew. 320 bertarikh 03 April 2008 masih lagi saya taip dengan gaji yang lama ( RM 2871.70) sedangkan di dalam perkiraan pada tunggakan telah saya isi dengan amaun yang baru.( RM 2962.15) ( Seperti yang di tanda).
4. Sebagai seorang pembantu tadbir yang masih belajar selok-belok dalam menjalankan tugas, saya akui kesilapan ini. Namun sebagai Pembantu Tadbir Kewangan yang menjaga dan menguruskan bukan hanya hal yang berkaitan dengan gaji bagi hampir 100 orang kakitangan di tempat tuan berkhidmat bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu sebagai seseorang yang menerima gaji bagi pihak dirinya sendiri, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menyemak pendapatan bulanan masing-masing berdasarkan salinan ‘payslip’ yang di terima setiap bulan kerana kadangkala saya juga terlepas pandang satu dua perkara penting seperti ini.
5. Namun tunggakan Pergerakan Gaji 2008 tuan telah selesai saya uruskan bagi di masukkan di dalam ‘payroll’ bulan Mac 2009. ( Sila rujuk Kew. 320 bertarikh 05 Februari 2009 dan Penyata Perkiraan Tunggakan Lampiran B). Saya juga ada berjumpa dengan tuan sendiri untuk memohon maaf atas kesulitan ini selepas saya menyedarinya pada awal Februari 2009 sebelum saya bertukar ke SJK C Ni Hau Ma.
6. Berkenaan dengan Borang EC 2008 tuan, pada pemahaman saya ianya tidak perlu di ubah. Ini kerana tunggakan gaji yang tuan terima adalah di dalam tahun 2009. Oleh itu ianya hanya perlu di kemukakan dalam Borang EC 2009 yang akan di keluarkan kelak.
7. Berkaitan dengan masalah pergerakan gaji tersebut, bayaran Imbuhan Tahunan 2008 tuan juga turut terjejas. Walaupun saya telah menerangkan kepada tuan bahawa bayaran tersebut tidak dapat di lakukan, namun tuan tetap bertegas ingin menuntutnya. Oleh itu bersama-sama dengan ini saya sertakan wang tunai RM 90.45 ( Ringgit Malaysia : Sembilan Puluh Dan Sen Empat Puluh Lima Sahaja ) ( beza Imbuhan Tahunan 2008 : RM 2962.15 – RM 2871.70 = RM 90.45 ) yang saya bayar tuan menggunakan wang saya sendiri. Saya membayar tuan dengan ikhlas atas dasar tanggungjawab kerana saya tidak mahu sekiranya perkara ini akan terus berlarutan dan menjadi ungkitan kelak.
8. Sekali lagi saya memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan saya berharap penerangan yang di berikan ini terang, jelas dan tuan fahami isi kandungannya menandakan yang saya bersungguh-sungguh ingin menjalankan tanggungjawab saya dengan jujur dan amanah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah. S.W.T. dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..........................................................................
(CHE MAH BINTI CHE TOM TOM BAK)
nota kakitanganku : aku dah hantar surat ni pagi tadi melalu pengetua. Dia tersenyum!!! Mungkin banggan dengan hasil karangan aku ini. AKu lega!!! ( aku lupa nak pakai sampul surat bunga-bunga dan letak riben ropol-ropol!! huarGhhh!! Aku terkilan!!
Thursday, May 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 kUs-kUs:
hahaha kemain ropol2 g
tuelah.. sekali lupe pulak!!!! :((
ini ghupernya sorat chenta nyaa.....
hihiihi
ade letak bedak2 tak, tumpahan minyak atar ke ats surat tu? kasik berbauuu sikit.. hihihi
ayat2 cik tedi amat besh..
tue lah pasal!! ntah camne leh lupe nak wat tu sume... isk isk isk.. dah tak sabauu sabauu nak hantar agaknyer!!!! :(
kenapa surat rasmi panjang bebeno ni?...ni betul ke tulis camni ni?bior betul...berkire sangat cekgu tuh pasal gaji dier erk...hampeh!
ko ingat aku tulis men2 ke..? x de mase aku nak karang panjang2 tp x anto!! betullah!! aku antau sebijik macam ni!! bab2 nama tu sensorkan lah!!! bahaya!! kang die saman aku lak!!
aku tulis panjang2 supaya dia paham!! ko ingat sume cikgu tau ke ckp kias2 ni!! hik hik hik!!!
kalau berdasarkan gaji yang baru nk cecah 2 ribu lebih tuh.. maknanya encik sameon nih baru je jadik cikgu and baru jek naik gred gaji kot??
tul dak telahan aku ted?? betul jugak la dia query tuh.. maknanya dia sorang yg prihatin ttg bab duit nih.. musti dia cek je slip gaji eh setiap bulan...and as a PT ko dah kira memang baik hati sangat ted.. kalu PT skul aku.. xdernya dia nk amik peduli ttg hal ni.. lagi dia wat senyap ada..
dia diploma ke ijazah lah... kira mengajo dah berpuluh tahun..
eh!!embetulan.. ape lak die check gaji die tiap bulan.. klu dia check.. musti dr bulan 5 2008 die dah perasan aku tak naikkan gaji die..
ni.. bulan 2 2009 baru aku perasan... aku yg bg tau die gaji die x nak.. waktu tu lah die tuntut baki bonus die...
b-(
Post a Comment