Thursday, May 28, 2009

7 har| ... 4 kEmaT|an...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 PM
Mati adalah pasti.. Tidak boleh tidak.. Tidak boleh tolak. ERk!! Tajuk aku agak emo sikit ari ni.



Semalam adalah kematian keempat kat kampung aku dalam 7 hari ini. Waktu aku nak melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja semula selepas balik makan tengah hari, aku dengar suara orang mengaji dari masjid. Guna pembesar suara. Dalam pukul 2 petang. Tiba-tiba hati aku jadi sayu. Rasanya sebelum ini, bila tiba kematian penduduk kampung, takda orang yang mengaji macam tu. Sebab tu aku rasa sayu dan pilu dengar. Rasa sebak je.


Makcik ni seorang jururawat desa yang mengidap kanser. Beliau dah berpuluh tahun rasanya berkhidmat di sini. Semalam juga aku dapat lihat betapa ramai manusia yang datang menziarahi jenazah beliau. Kebetulan sekolah aku dekat selang sebelah je dari Kuaters Kesihatan yang beliau duduk. Dari tingkap pejabat pun nampak terus ke laman klinik.


Sampaikan masa aku nak balik, sepanjang perjalanan, aku sendiri tidak tahu di mana jenazah sebenarnya. Di rumah ramai orang, di masjid ramai, penuh kereta dan motor dan di tanah perkuburan pun ramai. Tapi jenazah masih belum sampai. Mungkin sedang di sembahyangkan di masjid. Dari kehadiran tetamu, kita sendiri sudah tahu beliau ini orang yang bagaimana.


Okey!! Kematian itu bagi aku satu Kiamat bagi manusia. Terpisah segala-galanya di dunia. Waktu mereka sudah tiba. Sudah di ketahui bagaimana caranya. Kita pula macam mana ya..? Elokkah perginya atau tidak? Wallahualam!!


Nota kakitanganku : Seorang blogger pernah menulis " Bagaimana kiranya jika aku mati nanti...? Siapa yang akan mengkhabarkan kepada rakan-rakan blogger yang lain..?? Kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi rasa...? Bagaimana akhirnya penulisan di sini? Pasti terhenti, dan yang lain-lain pasti tertanya-tanya...? Kemana dia..? Mengapa tiada berbicara.??" Dan aku juga ingin bertanyakan soalan yang sama..........

2 kUs-kUs:

farish izaryl @izreez on May 28, 2009 at 1:23 PM said...

takotnya.insapp:|

myQza on May 28, 2009 at 3:19 PM said...

insap! insap! manusia ni kdg2 insap bila ada musibah je kan? :)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting