Saturday, May 16, 2009

sELamaT har| gUrU…

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:39 PM

okey!! Aku dah lama tinggalkan alam persekolahan. Dah bertahun-tahun! Aku rasa cikgu aku pun tak ingat lagi kat aku!Ha ha ha ha.. sebab aku tak berapa ensem masa kat sekolah dulu.

Sebab satu lagi adalah, aku asyik berpindah-pindah sekolah. Jadi tiada cikgu yang ingat sangat kewujudan aku kat kelas tu!! Betul!!

Tapi dengan bangganya aku katakan, masa sekolah rendah dulu aku adalah seorang pelajar yang cemerlang!! Lorr!! Betul!! Tiap-tiap tahun muka aku je naik atas pentas ambil hadiah sebab dapat nombor satu. Markah subjek tertinggi lagi. Huh!! Bangga gila!!

Walaupun dah pindah sekolah lain. Aku tetap cemerlang. Aktif gitu!! Ha ha ha… Kembang kuncup hidung aku ni hah sebab berjaya puji diri sendiri!!!

Tapi ada seorang cikgu yang tak dapat aku nak lupakan. Cheewaahh! Masa aku darjah 1 rasanya di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang, Port Dickson!. Tahun berapa ek..? Jap aku kira. Ehmmmm…. Dalam tahun 1987 -1988. macam tu lah.

Cikgu yang paling aku minat eh ingat!! Cikgu Wan Mahadi Bin Wan Yusuf!! Wah!! Wah!! Wah!! Tengok betapa minatnya aku pada dia.. eh ingat!! Sampai nama penuh tu!! Lebih 20 tahun dah. Tapi aku masih ingat nama tu! Tak silap aku dia cikgu praktikal rasanya. Sebab dia mengajar kejap je.

Cara dia nak buat kita rajin dan tekun sangat unik. Dia akan bagi bintang!!! Opsss!! Bukan bulan bintang atas langit tu ye! Bintang yang di lukis bentuk bintang tu. Siap ada tag lagi. Yang di pin di baju. Kat dalam tu ada lukis berapa bintang kita dapat. Kalau penuh tu, bangga gila lah!! Hari-hari bintang akan bertambah mengikut pencapaian kita. Hik hik hik…

Alahai.. apa yang cikgu Wan Mahadi buat sekarang ek..? Aku rasa dia dah bercucu!! Ha ha ha ha.. walaupun masa tahun 1987 tu dia bujang lagi. Hik hik hik…

Aku nak sangat jumpa kawan-kawan aku masa kat SK Teluk Kemang dulu. Lama gila tak jumpa. Adalah dapat jejak seorang kawan karib aku. Masih berhubung sampai sekarang tapi tak jumpa lagi. Yang lain-lain tu dah ghaib!!

Kawan paling karib aku, Zaiyati Binti Zaini. Korang kenal ke…??? Huwaaaaa!! Aku nak sangat jumpa dia. Sejak aku pindah Melaka pertengahan tahun 1989, aku langsung tak pernah jumpa dia. Apa yang aku dengar lepas aku pindah dia pun pindah balik kampung dia di Taiping, Perak. Aku rasa dia dah jadi orang yang berjaya!! Sebab selain dari kawan karib dia juga pesaing terdekat aku. erhMMMmm.. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku memang nak cari dia.

Sekolah Menengah..? Ehmm.. aku malas nak cerita. Sekolah menengah, zaman kegelapan aku!! Zaman hitam aku!! Zaman yang tak menyumbang kecemerlangan aku! Zaman keciciran dan kecuiaian!! Arghhh! Itulah orang cakap! Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudia tiada berguna!! Sob Sob Sob!!

Nota Kakitanganku : Masa kecil-kecil dulu, kerjaya cikgu adalah cita-cita nombor 1 aku. Tapi bila dah besar, dah jadi cuai dan culas. Aku alpa. Aku Tercicir. Akhirnya... aku tidak jadi apa-apa.

3 kUs-kUs:

Hazwan Arif on May 17, 2009 at 7:14 AM said...

bintang adalah perkara paling bharga buat bdk skolah dlu..
hak2

Ayu on May 17, 2009 at 8:37 AM said...

musti cikgu prektikal tu emsem kan.. kalu x xkan sampai skang duk ingat lagik.. huhuu..

<< s| teD| yanG GOmuK >> on May 17, 2009 at 2:00 PM said...

hye hazwan : betul tu!! kat buku pun ada bintang.

ayu : dia tak ensem sbb ada jerawat batu. Tapi aku sure die mesti ingat kat aku sbb aku budak paling gemuk dalam kelas yg selalu dapat bintang tu!! Ha ha ha

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting