Aku memang macam ni agaknya. Di lahirkan dengan angin kus-kus!! Angin kus-kus..?? entah! Aku pun tak tahu apa itu kus-kus!! Aku harap perkataan itu ada dalam kamus dewan edisi semasa!!
Aku memang tidak berniat untuk marah-marah. Erk!!! Marah dalam erti kata aku ialah mendiamkan diri!! Aku tidak marah menengking-nengking. Terpekik terlolong. Pukul memukul jauh sekali. Marah aku adalah diam. Marah aku adalah menarik muka. Menarik mucung agar jadi panjang berjela! Itu adalah marah versi aku.
Kenapa entah. Datang bulan dah lepas dah. Tapi bila rasa angin kus-kus tu datang menyerang, begitulah jadinya.
Mungkin kerana, rancangan A telah menjadi rancangan B. Rancangan itu bertukar di saat-saat akhir. Mungkin sebab itulah angin taufan dari arah Laut Cina Selatan tiba-tiba datang melanda. Walaupun sebenarnya pertukaran rancangan itu adalah perkara yang kecil. Orang putih kata ‘small matter’. Tapi aku buat jadi ‘big matter’. Itu yang buat muncung panjang sampai boleh di simpul.
Perjalanan jadi sukar. Membengkakkan hati orang di sana juga. Sebab aku di bawa oleh alunan ribut taufan yang tidak bersuara. Menghentak kaki membawa haluan sendiri. Tidak menoleh-noleh. Tidak menjawab sepatah. Kerana muncung sudah menjadi panjang dan pertuturan juga mungkin membataskannya. Walau hati cuba di sejuk-sejuk dengan memakan ABC, namun tidak menjadi juga. Berlarutan. Panas seolah-olah baru sahaja usai ‘pekena’ teh tarik atau kopi panas.
Namun di akhirnya tetap ada tawa dan senyum. Kerana marah aku selalunya tidak lama dan tidak berlarutan.
Nota kakitanganku : Maaf Dak Mucuk, angin kus-kus seakan-akan mencemburui pertemuan kita hari ini. Muehehehehe.. nyah kau angin kus-kus!!!

2 kUs-kUs:
kemaenn angen kus2 g heheehehe
ha ha ha ha.. rizz ade angin kus-kus tak..??
Post a Comment