Aku mengambilnya pulang dari Vally Animal Clinic pada pukul 7.00 malam semalam. Kali ini aku dapat mengawal perasaan. Redha. Sekali lagi doktor itu berkata ' It's ok! Dia ada sebelah lagi untuk melihat!' Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya.
Oh Kimo! Bermula sudah hidup kamu hanya dengan sebelah mata. Bersedialah! Mahu atau tidak. Kamu kena hadapi.
Kucing yang sudah telalu biasa hidup bebas tanpa kongkongan akan memberontak. Di kurung dalam sangkar yang lebih besar tidak memberi apa-apa makna. Dia tetap mengamuk ingin keluar. Tanpa henti. Aku tidak sampai hati. Mengangkatnya dan memasukkannya ke dalam bilik tidur. Di berlegar-legar di luar kawalan. Menarik langsir, memanjat kerusi. Mengamuk-ngamuk dengan suara yang nyaring.
Aku tidur dalam tidak. Mata terkebil-kebil. Dia kepenatan lantas tertidur. Aku mematikan diri atas katil. Takut untuk bergerak. Gusar dia akan tersedar dan mengamuk lagi.
Siangnya dia di dalam sangkar di beranda luar rumah betul-betul di pintu masuk . Hanya sekeping gambar. Takut dia sedar dan sambung mengamuk.
Dia mahu makan. Minum guna picagari. Makan ubat. Juga hanya membuang air kecil. Matanya di sapu dengan ubat kuning.
Minta bantuan beri pandangan. Adakah ikan tidak sesuai untuk di jadikan makanan? Gatal ke? Aduhai. Tiada pilihan lain. Aku beri dia makan Whiskas paket perisa ikan kembung atau ikan laut. Dia makan sepeket sekali makan. Jika ikan tidak boleh, apa lagi yang boleh dia makan? Hanya itu kesukaannya. Mustahil pula mahu beri dia sayur-sayuran.
Terima kasih untuk semua yang beri aku sokongan dan kata-kata semangat. Terima kasih sangat-sangat. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa baik kamu semua. Terima kasih kerana kamu semua ada saat aku perlu kekuatan dari segi mental dan emosi. Terima kasih. Alhamdulillah.
Selamat Bercuti. Salam Maulidul Rasul buat semua yang beragama Islam.
Nota kakitanganku : Kesakitannya mengajar aku erti kesabaran yang tinggi!!
48 kUs-kUs:
haahlahkan tedi..xkan nk bg dia makan sayur..xpe kot bg ikan..dah itu mmg mknan ruji dia..sory tedi sy xtau n xde idea nk bg dia mkn selain ikan..sikit lg eloklah tu dak kimo...alhamdulillah dak kimo dah selamat operation..cpt2 sembuh dak kimo
kimo leh jadi pirate lepas nie...alhamdullilah janji dia selamat
pendekar mata satu!
xsggup nk bace seluruh criter..
sedih sgt..
rase nk menangis tp tahan jer..
:(
tedi oh tedi...
kesian aku kat ko dengan kucing itew,,,
x pew lah, ko jage beliau dengan2 baik2 yer...cube layan duu kerenah die, die macm org gak, time sakit akan meragam gak kan...adekah kucing itew dapat terima kenyataan yg die dah x de mate??? x pew ade sebalh lagikan, at least masih boley melihat
caiyok2...
salam tedi, semoga kimo cepat sembuh. Insya Allah dia kuat....
p/s tuan dia pn kena kuat tau, nanti camana nk jaga patient? Hee....
huhu
semoga kimo cepat sembuh dan sihat seperti sediakala
mula2 memang akan memberontak tp lama kelamaan mungkin akan biasa
seperti bapa ku :)
tEDl...rasanya kalau dia nak makan ikan peket tu boleh lah bagi dia makan tu je buat sementara waktu...akak ni tak pandai menjaga kucing yang sakit...kalau yang kecik2 tu okaylah...
Semoga segala apa yang tEDl lakukan akan diberkati ALLAH...
aish,,,kimo...seb bek ko xde paper..tp yelah kan..maybe ada hikmah disebalik nya...jangan sedih2 tedi..at least dia masih bleh melihat walau dengan sebelah mata..
pirate kimo..hee
semoga cepat sembuh.. :)
tedi,bg die makan ayam rebus n minum air rebusan ayam tu..:)
sedihnyaa
semoga kak tedi akan terus tabah
jaga meow elok2 ya
Alhamdulillah dak kimo sudah selamat menjalani pembedahan. Saya rasa dia memberontak dan meronta kerana dia sakit akibat luka pembedahan dan jugak kerana penglihatannya yang terbatas menjadikan dak kimo kurang selesa. cik ted bersabarlah.
teruskan memberi dak kimo ubat dan rawatan pd dia.
percayalah yang dak kimo akan hargai segala usaha cik ted, cuma dak kimo x mampu nak berkata2 sahaja. tetapi saya yakin yg dak kimo sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan cik ted.
banyak bersabar melayan kerenah dak kimo ketika ini. pastikan antibiotik diberi hingga habis.
kalau dia kurang selera makan, cik ted boleh cuba bagi dia makan sardin science plan a/d. mmg harganya agak mahal (dlm rm7.50 setin). sbb sardin tu mmg utk kucing2 yg xde selera makan atau kurang sihat. tambahan pulak dlm waktu2 mcm ni dia tentu x berapa selesa nak mengunyah makanan keras spt biskut tu. cuba kurangkan bagi ikan rebus, dan gantikan dengan ayam rebus tanpa garam.
sementara luka dak kimo masih baru, kalau boleh pastikan dia jangan terlepas, bimbang lukanya terkena jangkitan pulak.
bersabar ye cik ted. sy doakan dak kimo akan cepat sembuh, dan cik ted sentiasa tabah dan sabar untuk melayan kerenah dak kimo...
Lagi satu... cuba cik ted berborak2 dgn dak kimo dan bagi tau apa yg dah jadi pd mata/diri dia.
cakaplah yg cik ted xnak dak kimo makin sakit, itu sebab cik ted terpaksa buat keputusan mcm ni demi masa depan dak kimo. etc etc etc... insya'allah dia akan faham kenapa cik ted buat keputusan mcm ni...
gud info tuah...two thumbs up..
dak kimo..moga kamu cepat sembuh..kesakitan mu adalah kesakitan tedi dan kami semua pembaca yg setia..bila kamu ceria..tedi ceria..kami pun sama..
isk..
sedih =(
salam tedi~
tah ar tedi aku pun xtau sma ada blh ataupun x..
apa pun aku harap ko ngan dak kimo akan tabag dalam ujian kali nie...
salam maulidur rasul gak tedi..
aku rase kimo kucing yang kuat!
alhamdulillah kimo selamat jalani pembedahan.
kamu perlu bersama-samanya utk membantu dia memulakan hidup baru.
sabar yer ,,hanya itu ucapan yang mampu lin ungkap.
xpe... even dia x bape sempurna skrg, tp dia still ade kan?
hurmmm kesian kat dia.. sayang betul kamu ye pada kucing
tedi cuba bagi ayam rebus n air rebusannya...akak rasa ikan rebus pun ok gak..
kimo released tension tu
kesian dia..ape2 pun u kena strong..k!
salam maulidur rasul tedi..
mgkin dia gelisah sbb sakit kot tedi...
ikutkan kalo kt yg manusia ni pun after bt operation dalam sehari dua tu mmg akan rs sakit... so mybe lpas dh hilang ubat bius tu dia rs sakit...
apapun tedi, smoga Allah mmbalas budi ko yg mnjaga kucing2 ni...
sabar eh...
Ted...
Qaseh pun baru je kuar dari klinik vet..
Dia gaduh...sehari kena tahan...aku dah nangis tengok dia keras kaku...kena bius...
Ni kan pulak dak kimo hilang sebelah mata...Oh kuatlah kuatlah...kawanku...
Aku amat memahami...
kesiannya..selamat menyambut maulidur rasul
Salam Tedi...it's okay kot kalau bagi dia natural food yang dia biasa makan as long as still continue with medication....those info yang disarankan juga bernas...ikut apa yang Adik mampu ikut...selebihnya tawakal dan pohon agar segalanya dipermudahkan olehnya....
Apa2 pun Akak turut bersyukur..Adik & Dak Kimo tabah menghadapi dugaan ini Dik....dan keredhoan adalah sesuatu yang dituntut....dan sepertinya Adik telah berjaya menghadapi ujian ini....Allah tidak akan menguji hambanya melebihi apa yang termampu olehnya....Take care ya! Moga Dak Kimo segera sembuh....Amin!
salam
syukur.
tk sgka masih ada manusia yg begitu syg dan kasih kpd binatang..
moga saudari diberkatiNya. Ameen.
yusuf mujahidin
alhamdulillah tedi.
dak kimo sihat
ku doakan dak kimo dan kamu sentiasa tabah dengan dugaan Tuhan
semoga Tuhan memberkatimu
kamu sangat kuat..
kagumnya aku pada kamu kawan :)
moga dak kimo cepat sembuh yer..
dah lama aku tak datang blog neh.
macam2 jadi.
kuat tedi.
nty dak kimo akan ok.
=)
kesian kimo.....
hmm x taulah tp mak kata ikan kembung gatal haish
tak dapat menahan kesedihan bila melihat kimo dalam keadaan begitu :((
* tak tahan... sebak sungguh rasanya :((
semoga kimo akan dapat melalui hidup barunya dengan tabah...
cubalah kasi makan jenama avoderm - base daripada avocado (ada dalam tin dan juga kering - dengan perasa ikan etc)
* satu lagi...
pandangan kak e lah... kasi saja dak kimo makan ikan rebus jika itu membuka seleranya cuma carilah ikan yang 'tak gatal' ( macam orang dalam pantang ) kalau kimo suka makan ayam juga boleh berikan ayam rebus... harap dengan banyak makan dak kimo akan bertambah sihat
** risau sungguh kalau dorang tak ada selera makan... kak e akan terus berdoa dak kimo terus sihat dan dapat menyesuaikan dirinya...
*** dak kimo bertuah kerana ada tuan yang mengambil berat dan menjaga kebajikannya... ada seekor kucing di luar kawasan rumah kak e - buta sebelah mata juga tapi kerana bergaduh agaknya - nasib dia malang kerana tidak bertuan (atau tuannya tidak memperdulikan...) setiap kali terpandang hati akan sedih dan cuba untuk memberi layanan yang baik kepadanya...
oooooooohhhhhh kenapa sedih sangat ni!!!
hi,kak...kenapa kimo?ciannye..sedeh org tgk dia..takpe kak..dia blh survive nye..kucing org dulu namanye pirate pun sebelah mata gak..tapi gemok yg amat..sbb dia blh take care of diri dia sendiri..si itam org skrg ni plak pun tgh sibuk menggemokkan diri dia yg dah memang gemok tuh...
banyakkan bersabar beb..dugaan tue..
semoga dak kimo kembali sembuh cam biasa..amin..
masya'Allah...kesiannya dia kak...
smoga dak kimo cepat2 sembuh ye...
akak bersabar banyak2 tau...
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA, TERUTAMA DIMALAYSIA...SEMOGA DENGAN KUNJUNGAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W MEMBERIKAN KITA PERINGATAN TERHADAP PERJUANGAN RASULULLAH DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM...
ya Allah, kesiannya dak kimo.. takpe,lama2 ok lah. sedih tgk kucg akak. :(
salam tedi..ruang chat box dah tak da ek?
semoga kimo cepat sihat..cian kt kimo..
kita doakan yang terbaik untuk dia. life must goes on kan, walaupun dia kucing.
dak tedi.........
rindu lah kat ko
ekekkekekk
i terbang la
lama
hukhukhuk...
kimo dah buta ke?
hukhukhuk
teringat lak si putih kat kemaman tuh
camana la anak2 dia 4 ekor tuh
heeeeeeee
tedi cute
tq ya
sobss tedi..
lama aku tak menjenguk.. aku bz..
cian kimo :(
sedih . saya peminat kucen . dak tedi . harap bersabar ye . saya pon x sanggup if my cat jadik camtu . jaga die elok2 ye :'(
Dik Tedi....moga kamu terus tabah ya Dik....& kesihatan Kimo bertambah baik....rindu pada kamu & Dak Utih juga....Dak oyen dah balik ke belum?
Hiya! You some sort of expert? Nice message. Can you
tell me the way to subscribe your weblog?
Feel free to surf to my homepage having trouble getting pregnant at 40
Post a Comment