Thursday, February 11, 2010

MIsTerI MesIn BasUh ruMah akU TerUnGKaI....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM
Sudah 2-3 hari aku fikir mahu cerita di sini. Tapi biarlah dahulu. Namun tidak boleh di simpan-simpan lagi misteri mesin basuh ini. Aku kena cerita juga. Dalam mahu berfikir-fikir dari sehari ke sehari misteri itu terungkai juga.

Sejak seminggu yang lalu mesin basuh rumah aku di hujani dengan perkara misteri. Misteri itu aku tidak ceritakan kepada sesiapa di dalam rumah ini. Bimbang ianya menjadi bahan ketakutan seisi rumah. Aku simpan sahaja. Peliknya misteri ini hanya berlaku pada waktu tengah malam sahaja.

Kemucaknya malam tadi. Aku belum tidur lagi dalam pukul 1.oo pagi. Tiba-tiba aku dengar mesin basuh berbunyi seperti ada orang membasuh baju. Ini kali ke tiga aku mendengar dalam minggu ini. Aku silap dengarkah? Aku pasang telinga betul-betul. Pasti! Mesin basuh di dapur yang berbunyi. Tetapi tiada ciri-ciri ahli rumah aku yang membasuh pakaian. Ngeri. Aku takut mahu bangun.

Oh tidak! Siapa yang mahu mengganggu aku di pagi-pagi buta ini. Aku menekup kepala dengan bantal namun bunyi mesin basuh yang berbunyi masih kedengaran. Aku tertidur dalam peluh dingin.

Pagi tadi aku terasa mahu bertanya kepada yang lain tetapi aku gusar andainya perkara ini menjadi ketakutan di kalangan ahli keluarga. Takut juga pelbagai spekulasi yang timbul.

Balik tengah hari pula emak membasuh baju. Mulut aku berat untuk bercakap hal malam tadi dan malam-malam sebelumnya. Tiba-tiba adik aku ke dapaur.

'Mak, malam tadi mesin tu berbunyi lagi.'

Aku 'blur'.

'A'a. Mak lupa nak tutup suis. Meter dia tu dah tersangkut.'

Aku mencelah.

'Kenapa? Meter apa'.

'Lah.. Tak tahu ke kak? Mesin basuh tu kalau kita putar, dia gerak sampai nombor 3 saja. Lepas tu dia berhenti.Kalau kita tak putarkan sampai habis ke kita tak tutup suis ke malam-malam nanti dia bunyi sendiri.'

'Ye ke??'

'Malam tadi dengar tak?'

Aku rasa mahu ketawa sahaja. Aduhai!!! Sia-sia sahaja peluh jantan aku mengalir malam tadi. Ha ha ha ha..

Aku seorang sahaja yang tidak tahu cerita. Maklumlah. Basuh baju seminggu sekali. Ekekkekee..

Nota kakitanganku : Bikin gua panas saja mesin basuh bertuah ni!!








26 kUs-kUs:

Eldy Voon on February 10, 2010 at 8:12 PM said...

check syling especially 1 sen yang tersumbat XD hahaha !

syaf on February 10, 2010 at 8:16 PM said...

haha apeda..aku pown dah suspen dah tadi
2 r..anak dare ape nih basuh baju seminggu sekali

ISZA on February 10, 2010 at 8:22 PM said...

hehehe.. trungkai juga.. bahana mesin basuh..

Tulip on February 10, 2010 at 8:26 PM said...

salam..nak menyibuk boleh..suke citer nie..hehe..bt suspen jew..

mamai on February 10, 2010 at 8:28 PM said...

hahaha tu la bahana perasaan takut...oh aku juga kena beli mesin basuh baru sian wife aku

ckLah @xiiinam on February 10, 2010 at 8:28 PM said...

ckLah pun pernah mesin bunyi.....rupanya ada cik siti.....si tikus!!!

Dululah...masa bujang di rumah sewa...basuh baju seminggu sekali juga!

Ur Other Half on February 10, 2010 at 8:36 PM said...

hahaha..penakut rupe nye ko ne..adoi..ketawa10x..ahahaha

didie on February 10, 2010 at 8:58 PM said...

tu kire ok la semggu skali bsuh bju sndri...
nseb bek x hntor dobi je..
huhuhu~

Anonymous said...

haha..hantu mesin basuh!

PN[asam]pedas on February 10, 2010 at 9:04 PM said...

hahaha mesti kamu dah terfikir hantu mane yang nak mengurat~

Unknown on February 10, 2010 at 9:06 PM said...

ko wat aku gelak mcm org giler kat dpn lappy nie tedi... :))

.millalara. on February 10, 2010 at 9:18 PM said...

eh. sila kagum. nampak lah yg cik tedi sungguh ayu, basuh tangan je kan, tak guna mesin basuh.. tahniah ;p

ape2 jer on February 10, 2010 at 9:28 PM said...

hiks mesti berdebar thp x hengat kan mlm tu huhu

Faarihin on February 10, 2010 at 9:43 PM said...

hahaha.. lawaklah..
nasib baik tak citer kan..
kalau tak..
mesti kena gelak kaw..kaw..kaw nanti.. hahaha.. =P

Amieynna Amin on February 10, 2010 at 9:54 PM said...

kalau la terjadi pada saya..
saya akan kejut sume org masa mesin tu gerak..
hehe..

Azuan on February 10, 2010 at 10:32 PM said...

wakaka asal tak cek semdiri je malam tue..rumah sendiri kan huhuu

Relevan on February 10, 2010 at 10:44 PM said...

Tukar baru sahaja..hilang segala misteri..

sharamli on February 10, 2010 at 10:46 PM said...

ni mesti rajin bas0h tangan kan..ha3

IntanBerlian on February 10, 2010 at 10:59 PM said...

ceh ted.nasib baik ko ty mak ko.buatnye ko diamkan je.mahu sebaldi peluh jantan ko.haha

Iznie on February 10, 2010 at 11:24 PM said...

waahh....

hehe...


panas ke????

Didi Nadhirah on February 10, 2010 at 11:33 PM said...

igt misteri betul2 td hehehe

Anonymous said...

ko ingat hantu mesin basuh ler tu
haha

Unknown on February 11, 2010 at 12:17 AM said...

saja la ko ni bt suspen

Maiyah on February 11, 2010 at 12:30 AM said...

ingt mende le tadik

eeeda on February 11, 2010 at 7:30 AM said...

he he he... nasib baik tak ada perasaan ingin tahu. Kalau aku lagi nak ge mengendap. Nak tahu apa yg berlaku..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on February 11, 2010 at 3:31 PM said...

dia minta ganti yang baru tu :)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting