Thursday, February 04, 2010

MeReKa Seh|Dup, TetaP| t|Dak semaT|.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:46 PM
Allah S.W.T mentakdirkan aku perlu pulang terus ke rumah di waktu tengah hari tanpa melencong kemana-mana. Ini kerana pada awalnya PT dari sekolah berdekatan meminta bantuan aku untuk menyeimbangkan penyata kewangannya dalam sistem PATSKOM. Aku sudah merancang untuk terus ke sekolah beliau pada pukul 1.00 tengah hari dan terus ke PPD Jasin atas urusan gaji.

Namun perancangan awal bertukar. Hati tiba-tiba di gerakkan supaya pulang makan tengah hari dan sembahyang di rumah terlebih dahulu sebelum ke mana-mana. Melalui hadapan Tanah Perkuburan hati tersentak laju. Melihat beberapa orang sedang menggali kubur di barisan kubur-kubur saudara mara. Telefon bimbit berbunyi. Melihat nombor yang tertera adalah telefon rumah, aku tidak berani untuk mengangkatnya. Biarlah aku sampai ke rumah dahulu daripada menerima perkhabaran yang tidak gembira dalam keadaan memandu.

Turun sahaja dari kereta adik sudah mendapatkan aku 'Kak Ndak sudah meninggal'. Innalillahhi wa innalillahi rajiun... Hati menjadi sebak. Emak sedang menangis. 'mengapa tak beritahu awal. Orang lain semua sudah tahu. Ini yang lalu-lalang, seorang pun tidak berhenti mahu cakap.' Ucap emak sambil menangis. Airmata aku turut laju mengalir.

'Mungkin mereka ada sebab tak beritahu. Mungkin mereka ingat kita sudah tahu. Ataupun mereka tahu emak ada darah tinggi, tak berani mahu beritahu.'

Emak masih menangis. Rumah emak kak Ndak di belakang rumah aku. Emak sedih kerana tidak di beritahu awal. Anak saudara dari Kuala Lumpur yang beritahu, sedangkan ayah Arwah berulang-alik melalui hadapan rumah aku untuk menguruskan hal pengebumian. Dalam hal sebegini tidak boleh salahkan sesiapa. Semua dalam keadaan sedih dan terkejut.

'Emak telefonlah sesiapa yang teringat. Beritahu sahaja. Kalau kita fikir mereka sudah tahu, buatnya mereka tidak tahu?' Emak mendail nombor telefon sanak saudara yang lain. Tiap kali bercakap, menangis.

Hari raya yang lalu Kak Ndak sekeluarga ceria datang bertandang. Aku tidak pasti bila mulanya kak ndak sakit. Mungkin di awal bulan Disember 2009 selepas di masukkan ke Hospital Sungai Buluh selama hampir sebulan. Pada pertengahan bulan Januari 2010, kak Ndak ada balik ke kampung untuk berubat kerana penyakitnya masih tidak dapat di kesan. Itulah kali terakhir kami jumpa beliau. Beliau masih boleh bercakap seperti biasa cuma tidak mampu berjalan tanpa di papah.

Apabila pulang semula ke Sungai Buluh sekali lagi beliau di masukkan ke hospital untuk mencari punca penyakitnya. Satu pembedahan di lakukan untuk mengambil air di kepala. Sejak itu beliau terus koma dalam 3-4 hari sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Jenazah di beritahu sudah siap di kapan dan di sembahyangkan di Hospital Sungai Buluh. Menanti jenazah di rumah buat hati bertambah-tambah sebak dan pilu. Aku mengambil tempat di hujung kepala tilam sambil kusyuk mengikuti bacaan Tahlil. Azan Asar sudah berkumandang, elok sahaja selesai bersembahyang Asar, Van Jenazah pun tiba.

Jenazah di bawa masuk ke rumah. Suara tangisan kedengaran apabila anak-anak arwah seramai 3 orang berpelukan dengan nenek mereka. Hati tidak dapat di tahan apabila mereka berpelukan pula dengan kembar kepada emak mereka. Ya Allah! Airmata turut laju mengalir. Seorang demi seorang mengucup kasih dahi jenazah yang wajahnya amat bersih dan tenang sekali.

Si Bongsu membuatkan hadirin bertambah sebak. Mengucup si Ibu bertalu-talu sehingga di tenangkan oleh si Ayah. Si kakak pula tidak mahu melepaskan pelukan di tubuh ibu yang sudah tidak bergerak. Si Abang mengusap-usap kepala ibu tenang. Memberi kucupan terakhir dan berlalu. Si Ayah nampak tenang. Tidak dapat di lupakan kata-katanya ' Sudah penat menangis sejak arwah sakit. Allah permudahkan kita. Allah sayangkan dia. Dia yang terpilih. Kita redha sahaja. Kita sudah cuba buat yang terbaik.'

Jenazah di bawa ke surau untuk di sembahyangkan sekali lagi seterusnya di bawa ke tanah perkuburan. Walaupun cuaca panas terik menikam aku gagahi juga diri mengiringinya. Alhamdulillah. Semuanya selesai dalam pukul 7.00 malam. Syukur.

Apa yang sempat aku dengar Arwah mengidap barah otak yang lambat di kesan. Arwah juga adalah kembar seiras dan tahun ini bakal mencecah usia 48 tahun. Kak De, kembarnya kelihatan amat sugul dan insan yang paling terkesan sekali atas kehilangan ini. Mereka di takdirkan untuk sehidup tetapi bukan semati!

Terima kasih kepada kamu yang menyedekahkan Al-Fatihah dan ucapan Takziah.

Nota kakitanganku : Mendengar bacaan Talkin, begitu menginsafkan!





26 kUs-kUs:

wanita mutalib on February 4, 2010 at 1:50 PM said...

ted|..
sabar ya kawan..
kamoo juga harus jaga diri..
yang pergi tetap pergi ya..
jaga ibu kamoo baik2 kay..

tenang wahai kawan..

Anonymous said...

barah otak? sadisnye..=(

CITY® on February 4, 2010 at 2:48 PM said...

salam ted,
hope kembali seperti sedia kala

semua yg berlaku ada sebab musabab dan hikmahnya...

yang hidup pasti akan mati

alfatihah..

Wanie-san on February 4, 2010 at 2:50 PM said...

Al-Fatihah..Allah S.W.T lebh sygkan beliau...

Didi Nadhirah on February 4, 2010 at 2:56 PM said...

al -fatihah

Unknown on February 4, 2010 at 3:01 PM said...

al fatihah...takziah...

Allah lebih menyayangi nya..

d0tbl0gsp0td0tk0m on February 4, 2010 at 3:05 PM said...

yang hidup pasti mati.... so tunggu je lah giliran kita..... dan tunggulah dengan diisi perkara2 yg diredhai @ disukai ALLAH....

mamai on February 4, 2010 at 3:18 PM said...

bila sampai waktu dan tikanya kita semua juga akan pergi

hanya doa yang hidup sebagai pengiring

Maiyah on February 4, 2010 at 3:58 PM said...

al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat

Syaz Rahim on February 4, 2010 at 4:06 PM said...

Talkin mmg mnginsafkan dan menyeramkan..

Semoga rohnye tenang di sana ~

Dee on February 4, 2010 at 4:06 PM said...

Al-Fatihah buat arwah..takziah utk tedi dan keluarga..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on February 4, 2010 at 4:30 PM said...

takziah untuk keluarga

alfatihah

aku pun sgt insaf bila dengar bacaan talkin

semoga kak andak ditempatkan di tempat org2 yang beriman
aminnn

ŝŐŦĩŷĂ ʷˡͭʱ♥♥ on February 4, 2010 at 4:30 PM said...

sedihnya..
al-Fatihah..

Alimaz-Kembara Terasing on February 4, 2010 at 4:39 PM said...

sedihnya....semoga tabah yer..

Faarihin on February 4, 2010 at 4:57 PM said...

Salam takziah buat cik tedi sekeluarga.. Moga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Aminn..

mama affan on February 4, 2010 at 5:14 PM said...

salam takziah..jikalau hal ini terjadi pd dr sendiri..tidak tahu la adakah diri sekuat si ayah..

semoga rohnya dicucuri rahmat..

al-fatihah..

zns on February 4, 2010 at 6:28 PM said...

al fatihah...
yang hidup pasti akan pergi jua..
bersabar yea tedi..
takziah dr zns

white rose on February 4, 2010 at 6:57 PM said...

ALLAH lbih menyayanginya...
semoga arwah bersama2 org2 beriman...

Azuan on February 4, 2010 at 7:19 PM said...

barah otak..yup! bacaan tahlil memang menginsafkan...

Watierman on February 4, 2010 at 7:22 PM said...

Salam Dik....Allah lebih menyayanginya...Moga Rohnya tenag di sana...Amin!

Amal on February 4, 2010 at 9:13 PM said...

Innalillah...
semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman.
al-Fatihah.

IntanBerlian on February 4, 2010 at 11:55 PM said...

takziah ted.moge arwah digolongkan dikalangan hamba-Nya yang soleh.

CraZee KenTanG on February 5, 2010 at 5:14 AM said...

sedih nyerr. Teringat masa arwah mak meninggal dulu. Huhu~

umi_e on February 5, 2010 at 8:30 AM said...

Air mata tak dapat ditahan baca n3 ini...

Kak e juga kembar dari satu uri - dapat rasakan macam mana perasaan kembar arwah...

* Syukurlah anak2 arwah ada kembar ibu mereka yg pastinya akan menyayangi dan membela nasib mereka...

Relevan on February 5, 2010 at 2:40 PM said...

AlFatihah..

Kematian adalah satu perjalanan untuk menuju kepada sebuah kehidupan yang abadi..''

amie on February 6, 2010 at 1:10 PM said...

al-fatihah..
moge arwah tenang disana..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting