Malam tadi sewaktu sedang menyekodeng Dak Utih 'be**k' aku lihat suasana terang dan bersinar. Cheewah! Mukadimah boleh tahan. Bila mendongak ke langit, aku lihat bulan sedang mengambang penuh! Kata orang kalau bulan mengambang penuh segala kaum hantu seronok berkeliaran. Binawe ini perasaan!
Kerdipan bintang mengelilingi bulan yang satu. Macam sebaris lirik lagu 'Malam, bulan di pagar bintang'. Lagu apa ek? Siapa nyanyi? P. Ramlee? Memang syahdulah malam tadi. Nasib baik 'tah*' Dak Utih tidak menusuk ke lubang hidung. Kalau tidak memang kacau daun.
Kalau di tanya kepada aku 'Kamu mahu yang mana sebagai hadiah hari lahir?' Aku akan menjawab 'Aku mahu bulan'. Mengapa? Sebabnya bulan hanya satu. Hanya itulah dia yang di puja-puja manusia seantero alam. Tiada dua dan tiada tiganya.
Manakala bintang itu banyak. Jika kamu beri aku bintang, bintang masih ada untuk kamu berikan pada orang lain. Namun jika bulan sudah jadi milik aku, orang lain tidak boleh lagi memilikinya. Huh! Okey tidak alasan aku?
Kamu pula?
Yang mana lebih menarik hati? Bulan atau bintang?
Nota kakitanganku : Sudah masuk Bulan Februari.....
16 kUs-kUs:
salam dak tedi,
rindulah nak duduk dirumah yg ada boleh lihat langit, bulan bintang, heeeeeeee...
duk apartment nampak apa ?
huwaaaaaaaaaaaa.
aku jadi bulan
kau jadi bintang
sebab, bulan akan sentiasa bersama bintang
huuuuuuuuu
wah pandainyer si tedi nie..antara bulan bintang dan hati..semua ada keistimewaan kan..sy suka hati..sb dia melambangkan kasih syg..hehehe..kalau bulan mcm tamak je nk sorg2..hehe
oh bulan.....!
nak dua dua...
Kawan suka bulan..sebab cukup bulan dapat gaji..
bulan dan bintang...
1st kene tau info pasal bulan bintang nih... .. saiz bulan bintang tu.. mana nak letak nanti kao.....
yg pasti setiap ujung bulan.. itu yg di nantikan.... cucuk dinding.. klr duit...
huhuhuhuhu
salam tedi~
hehehe... kalo aku, aku nak matahari... aku xmo bulan mahupun bintang.. sbbnya bulan n bntang hnya wat aku sedey aje...
aku pilih matahari sbbnya matahari 2 kn ke bersinar n pnas, so aku nak bersinar mcm 2 gak... aku nak ceria seceria matahari... :)
ps: lgipun blan bkan selalu ada.. matahari arie2 ada... ;p
gaji awal bulan ni. maka berbintang-bintang la jawabnya nak tunggu hujung mac!!!
pastinya bulan pilihan saya sebab dulu muka saya macam bulan..hehehe
buln n bintg??? matahari kot...chantek seyh hahha
di wkatu malam bulan mengambang sunyi damai - lagu pramlee semalam cite bujang lapuk...mcm best je kan bile dihembus angin sepoi2 bahasa duduk di tepi jendela
Nasib baik....tak boleh ambik bulan tu..kalau tidak...mesti bintang dipersalahkan....kata memagari bulan..kan dah bolos!!
dataG buLan.. ;(
dua2
bulan.
lagi2 kalau tgk dgn die.
=)
oh, bulan...
dan melayani tidurku lagi...
pabila...air mata membahasi pipi...
dan lagu2 di radio,
seolah2 memerl aku,
pabila kau bersama yang lain...
white vs yuna...
of course laa bulan & bintang...
Post a Comment