Friday, February 05, 2010

MenanT| HuJaN....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM
Malam ini angin kuat. Guruh juga berdentam dentum. Awan Mahgrib tadi memang hitam! Tanda akan hujan dengan lebat. Namun sehingga pukul 8.00 malam hujan belum turun.

Sudah lama tidak hujan. Cuaca begitu panas sekali. Namun panas itu ada hikmahnya kerana Allah S.W.T beri angin yang kuat . Jadinya panas itu terubat sedikit dengan hembusan angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa.

Sebelum tidur aku mesti mahu mandi. He he he.. Baru boleh lelap. Jika tidak tergolek-golek sahaja biji mata ini.

Malam ini tidak menghadiri kenduri Tahlil, sebab adik sakit perut. Jadi tinggal berdua di rumah sambil aku melayan berita yang rasa jemu mahu tengok sebab berita utamanya yang memualkan.

Budak-budak semua tidak dapat di kesan. Semua perut sudah kenyang tidak jumpa jalan pulang!

Guruh sudah reda. Tapi aku masih setia menanti. Menanti hujan yang belum kunjung tiba.

Tempat kamu hujan?

Nota kakitanganku : Pernah tengok orang panggil hujan!.








26 kUs-kUs:

mamai on February 5, 2010 at 8:57 PM said...

di shah alam guruh dan kilat saling meyabung tapi hujan hanya setitik

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on February 5, 2010 at 8:57 PM said...

sini dah lama tak ujan tedi
panas membahang...

ONE ZABA on February 5, 2010 at 9:01 PM said...

terbalik la kat atas ni...

atas ni menanti munculnya mentari...

mamai on February 5, 2010 at 9:03 PM said...

di shah alam guruh dan kilat saling meyabung tapi hujan hanya setitik

Catwoman on February 5, 2010 at 9:05 PM said...

Salam Tedi.....

Kat Alor Star terlalu panas dan kering pd siang hari!!
Takde hujan langsung.....dah lama.

Tapi waktu malam, cuaca agak sejuk. Itu pun kadang2 je rasa sejuk.....

Semoga ALLAH m`beri hujan rahmat agar bumi yg kering kontang ini kembali basah dan sejuk dgn k`hadiran air hujan ciptaan-Nya, Amin.

;)

Dak Wan® on February 5, 2010 at 9:22 PM said...

Sini(perak) tadi hujan kjab jewr....

mamai on February 5, 2010 at 9:46 PM said...

di shah alam guruh dan kilat saling meyabung tapi hujan hanya setitik

Relevan on February 5, 2010 at 9:51 PM said...

Sini gelap sahaja bila malam menjelma..katak sakit berbunyi..tapi hari entah kan ujan atau pun tidak..

kawie2020 on February 5, 2010 at 10:09 PM said...

aku penah tgk bomoh hujan tolak hujan... memang dasat sekali...

.millalara. on February 5, 2010 at 10:27 PM said...

kat bangi every petang hujan..

heh.. semangat nak joging tiba2 hujan.. kecik hati.. (haha, alasan kotttt)

asilahmuhajer on February 5, 2010 at 10:41 PM said...

minggu ni dari isnin sampai khamis tak ujan. jumaat plak ujan. dah la anak muntah atas comforter mlm td! huwaa..bila la comforter tu nak kering..

Didi Nadhirah on February 5, 2010 at 10:51 PM said...

hujan di waktu petang ketika di tempat keje tadi

Jard The Great on February 5, 2010 at 10:56 PM said...

hujan.. tadi petang hujan.. kumpulan penyanyi dari indon hujan... hmmm... tak pernah kot ku jumpa orang hujan.. ehehe

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on February 5, 2010 at 11:25 PM said...

aku slalu tgk kucing main hujan...kucing nakal..

Syazni Rahim on February 5, 2010 at 11:49 PM said...

kat sini guruh bukan main, tp tak hujan pon.. menanti jugak ni..huhu

Kak Anie said...

Kat sini pun kalau hujan renyai2 je...guruh je kuat

hisham on February 6, 2010 at 12:03 AM said...

terdengar guruh dilangit air dlm tempayan jgn dicurahkan....hehe

Watierman on February 6, 2010 at 12:19 AM said...

Tedi..kalau kamu jemput Akak nyanyi..mesti dah lama hujan....entah2 dah banjir kilat pun!

Unknown on February 6, 2010 at 12:43 AM said...

tapi tak hujan pun
cuma mendung seperti hujan nak turun jer

Alimaz-Kembara Terasing on February 6, 2010 at 1:10 AM said...

kat perlis hujan sat tadi petang...malam nih hangat la...

eeeda on February 6, 2010 at 1:21 AM said...

Kami kat sg. buloh nie ari2 hujan...selebat2nya.

ninim on February 6, 2010 at 1:33 AM said...

Tanjung Malim selalu hujan

Anonymous said...

kt cni ujan tanda akn dtg musim sjuk heee. tp xsebest ujan msiaa :(

zino on February 6, 2010 at 7:23 AM said...

petang semalam terperangkap di warung makan selepas solat jumaat.. hujan terlampau lebat sampai panggil driver jemput hehe

zella y on February 6, 2010 at 8:25 AM said...

kat rwg hujan turun dgn lebatnyer... ;)

Faarihin on February 6, 2010 at 9:17 AM said...

saya merasai apa yang cik tedi merasai semalam..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting