Apakah reaksi kamu bila melihat keadaan ini?
Mengutip duit syiling yang bukan hak tanpa segan silu macam duit itu 'bapak' dia yang punya. Tiada perasaankah? Saat pemilik sebenar di timpa malapetaka, kesusahan, kau bukan mahu membantu tetapi ambil kesempatan dengan menjadi pencuri pula.
Halalkah duit itu?
Mahu beri emak ayah makan? Belanja anak isteri dengan duit curi? Mahu beli minyak kereta atau motor? Tidak takut kemalangan?
Manusia oh manusia.
Atau aku perlu berfikiran positif yang mereka mengutip bagi pihak tuan punya?
Kredit gambar dan berita kepada Utusan dan Bharian.
Nota kakitanganku : Benda percuma depan mata semua mahu...
14 kUs-kUs:
itu la pasal.. malu rasanya tgk ish3. manusia..
itu la org kata... rezeki dpn mata... apalagi sapu la... peduli la halal ke tak...
dah tak ingat apa2 k0t..
punya la semangat
malunya tgk gmbr nie...huhuhuh...
haram haram haram tau tak kalau makan duit tu
cuba tgk..ada x org2 yg anda kenal?
kalau guna utk beli no. ekor tak haram kot...
ishh..ishh..ishh.. malu nyer..
depa dok samakan duit yang bertabur tu dengan lori aiskrim terbalik... masing2 tolong ngap sebab dah bertabur atas jalan
memang tak malu! boleh kata bodoh gakla. tak pikir duit tu haram. amik duit orang, curi duit orang dah kira haramla tu. pastu bg pulak keluarga makan guna duit tu. walaupon sepuluh sen tetap haram! tak paham dengan manusia nih. marah betul bila baca berita memalukan ni
*emo sekejap*
buat dosa atas jalan...dahla ramai2 buat...kena langgar kang
setakat syiling bertaburan, kalo collect amik masa, agaknya dptla RM3 sorang..lainla kalo jongkong emas yang jatuh...huhu
agak2 kalau depa nak bagi balik kat tuan punya duit tu adakah depa akan berebut2 kutip macam tu????
memalukan sungguh...
yg org mcm ni lah yg sentiasa cari peluang utk amik kesempatan ats org lain...
moral n kesedaran sivik kurang sangat ni..
cukup memalukan! cubalah fikir sebentar keadaan org yang terlibat dlm eksiden tu.. parah ke tidak.
sah2 duit yg bertaburan itu bukan milik org eksiden tu, tetapi milik syarikatnya yg ingin diagihkan kepada shopping compleks di melaka. Kesian..dah la eksiden, duit pulak dicuri.
kelakarnye. org mcm2 ragam kan? best info ni! anyway, jmput dtg e blog untuk tips hiasan dalaman dari profesional!
Post a Comment