Tolong jangan merajuk. Tolong jangan membebel tanpa henti buat saya serba salah. Saya tahu awak perlukan perhatian. Perlukan kasih sayang dan pelukan. Tapi awak kena faham. Saya buat mana yang saya terdaya.
Tolong jangan buat muka comel depan saya dan buat saya cair sampai saya tidak tidur malam asyik mahu usap-usap awak supaya awak berhenti membebel. Tolong jangan buat aksi manja, tergedik-gedik dan terlentok-lentok supaya saya raba-raba awak bagi awak geli-geli. Tolong ya sayang!
Banyak lagi yang memerlukan rabaan saya. Ha ha ha... =))
Eh! Kucing ini Cik Kerm yang jumpa dekat rumah dia. Mengiaw-ngiaw dalam longkang. Kotor tapi comel. Mata bulat dan perut juga bulat. =)) Jumaat lepas, Cik Kerm tanya sama ada aku mahu atau tidak. Aduhai. Dia buat aku serba salah. Di luah mati Dak Kiki di telan mati Dak Lala. =))
Aku buat perjanjian dengan Cik Kerm, kalau dia mahu aku boleh tolong jagakan sementara. Untuk aku ambil terus tidak mungkin rasanya. Cik Kerm setuju memandangkan dia mahu pulang ke kampung nun jauh di utara beberapa hari. Jadi aku menawarkan diri menjaga sementara. Alhamdulillah.
Comelkan?
Nota kakitanganku : Tapi garang! =))
6 kUs-kUs:
aduhhh cute pulak....cumel sungguhlah...aigooo..
cute! kucing sye memang suka gerak tido tgh mlm..pukul 12.3.6... nak kata lapar..mknn masih ada..kdg2 buka pintu bilit kecik jer..usap2 kepala dan tutup pintu..terus tido..diam pulak mereka. just tunjuk muka jer la..ingt kita hilang tgh mlm kot..hehehe
New Entry "Tag Blogger dari Syuk"
New Entry "JOM! Panjat-Panjat"
iyekan...cumel gilerrr...rupanya iras2 cik putri Sr jumpa pn dlm longkang jugak... :D
Cumil sesangat...kelakar tengok dier..
nomey nomey nye ye.... ase nak peyok je ye tuat-tuat!!!!
comelnyer!! die suke main x? nk bg my cat kwn. kalo die playful n cik kerm xnak, i nakk..
Post a Comment