RIP Sookie.
11 Jun 2013
Sookie pergi juga selepas 2 minggu bertarung dengan sakit.
Dehydrated.
RIP Tay.
12 Jun 2013.
Tay kucing paling kuat yang pernah aku jaga.
Parvo, selesema, gigi dan gusi yang bernanah dan berdarah. Rata aku bawa ke veterinar. 3-4 vet aku bawa dia. Sehingga di kembali sihat..
Dia berjaya redah. Kuat semangat. Masih sihat dan berjaya jalani hidup dengan baik.
Sehinggalah kejadian yang sangat menyakitkan hati berlaku.
Dia mati dilanggar di depan mata.
Pecah mukanya.
Sepecah hati aku yang menyaksikan kematiannya.
Kepada anda yang melanggar Tay lantas terus berlalu pergi, saya tidak kejam. Tapi anda perlu tahu,
sikap lepas tangan anda akan terus membuatkan anda di bayangi rasa bersalah. Dihantui bayang-bayang kucing kuning yang anda gelek hingga pecah mukanya. Anda hanya memerhati dari cermin kereta dan berlalu tanpa rasa bersalah dan tanpa simpati.
RIP Sookie
RIP Tay
Riang gembira di jambatan pelangi...
Nota : Masa mahu tanam Sookie, tiba-tiba spontan koyakkan kain batik kepada 2 bahagian. Sebahagian membaluti tubuh Sookie. Esoknya, sebahagian lagi untuk Tay. =(((((
2 kUs-kUs:
RIP
Ya Allah..memang kejam manusia yang melanggar itu...
biarkan dia dihantui perasaan bersalah sampai bila2
pasti si langgar lari itu tidak terlepas dari balasan. Allah bayar cash...in shaa Allah. (bukan mendoakan yang tidak baik buat dia tetapi agar dia segera tahu dosa apabila dia buat tiada apa2 walaupun yang dilanggar bukan manusia).
Post a Comment