Jumaat lepas, kucing kesayangan mengalami kemalangan.
Si Onchet yang saya pelihara sejak 3 tahun lalu, tiba-tiba di jumpai dalam keadaan yang tidak dapat bergerak pada Subuh 21 Jun yang lalu.
Hati sangat gusar melihat tidak ada tindak balas seperti selalu bila di panggil makan.
Lantas selepas waktu kerja saya membawa beliau ke Maju Animal Clinic di Batu Berendam.
Untuk memuaskan hati saya minta di lakukan x-ray kepada Onchet.
Dan hasilnya seperti di atas.
Tulang di pangkal ekor Onchet patah.
Sedih betul. =(
Onchet di nasihatkan supaya di hadkan pergerakan dan di beri ubat tanpa culas.
Oleh kerana keadaannya yang tidak dapat bangun, kencing dan berak juga tidak teratur. Maka di bekalkan pelbagai jenis ubat untuk di telan. Apakan daya. Mahu atau tidak, demi kesihatan Onchet, tabahkan hati 'paksa' Onchet makan ubat. Oleh kerana sehingga 6-7 jenis, maka terpaksa di buat 2 'shift' untuk setiap jenis.
Masuk hari yang ke tujuh, Onchet nampak lebih kuat. Boleh berjalan perlahan walaupun masih perlu pengawasan. Ada masa-masanya perlu di masukkan ke dalam cage agar pergerakannya dapat di hadkan.
Kuat okey Onchet kalau mahu berlari semula. Jangan marah-marah bila kena makan ubat. Redha saja. =))
5 kUs-kUs:
oh onchettttt...siannyaaaa...
kak ko apa kabau??? lama tak dengau cite
kesiannya onchet.
:(
onchet cepat baik tau!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلم عليكم ورحمة الله
semoga cepat sembuh...in shaa Allah.
salam rmadhan.. lama tak datang batu berendam.. huhuhuh...
moga kamu dipermudahkan segala urusan....
kesiannyaa.. hope onchet cepat sembuh..
Post a Comment