Ahad lepas, 25 Mac 2012, sepupu perempuan saya mengadakan majlis sambut menantu perempuan di rumahnya. Sayangya saya tidak hadir kerana telah terlebih dahulu berjanji untuk hadir hari sukan si kakak Wani.
Balik sudah agak lewat dan kepenatan akibat berpanas di padang membuatkan kami memang tidak pergi walaupun emak sudah berkali-kali pesan, 'Singgah rumah Kak Ngah nanti.'
Waktu emak balik dengan tangan berlenggang saya bertanya 'Eh, Kak Ngah takde kirim nasi ke mak?' Atau orang kampung panggil 'berkat'.
'Tak de. Dia kata sudah habis. Tapi mak nampak orang lain dapat. Tak pe lah. Dia tak perasan agaknya.'
Saya agak hairan. Petangnya makcik saya yang bongsu juga bercakap perkara yang sama. 'Kak Ngah tak kirim pun. Selalu berpunjut-punjut dia bagi. Sampai terlebih-lebih.'
Malam tadi, sedang kami sekeluarga bermuzakarah di rumah, anak lelaki Kak Ngah datang menghulur beberapa beg plastik. 'Ada kenduri tadi. Ini emak kasi lauk dengan nasi'.
Saya bersuara kepada emak.
'Eh Kak Ngah ni. Kenduri tak jemput! Tiba-tiba lauk saja sampai. Macam tahu-tahu saja kita dok cakap pasal tak dapat 'berkat' kelmarin. Dan kami berpakat ketawa.
Tepat jam 11.30 pagi tadi sewaktu bekerja saya menerima panggilan dari Along.
'Kau tak pergi melawat ke?'
'Siapa?'
''Eh! Emak tak telefon beritahu?'
'Siapa??' Ulang saya.
'Kak Ngah dah takde. Meninggal pagi tadi dekat rumah. Jatuh.'
Seluruh badan saya rasa menggigil. Teketar-ketar. Rasa tidak percaya.
Innalillah.. Kak Ngah sudah tiada. Ketawa riang menerima menantu sulung sudah lenyap. Ya Allah...
Terasa hiba.. hiba dan hiba....
Menitis airmata namun saya tahu dan redha janji Allah S.W.T yang satu ini tetap pasti iaitu MATI!
Selamat jalan Kak Ngah..
Al-Fatihah!

7 kUs-kUs:
ALFATIHAH
semoga rohnya dicucuri rahmat
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
Takziah kpd kuarga arwah...
Al-fatihah... semoga rohnya ditempatkan di kalangan org² beriman... amin...
Al-Fatihah..takziah buat tedi sekeluarga..lama tak jenguk sini..patutlah arwah 'lain' dari biasa...
alfatihah.
sedih nya hilang saudara.
:(
paling susah nak terima.
Assalam Dik Tedi...semoga roh Kak Ngah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama Hambanya solehah...Amin!Al-Fatihah!
Alfatihah
Alfatihah
Post a Comment