Sudah 'gila' mahu matikan kutu kucing yang semakin menjadi-jadi walaupun Frontline Spray telah di gunakan tetapi tetap 'tak jalan' juga.
3 minggu lepas bawa ke veterinar dan suntikan 3 serangkai di beri. Seperti biasa, kutu-kutu akan hilang sehari dua tetapi masuk hari ketiga mereka jelma kembali bagai tiada apa-apa yang terjadi.
Pura-pura pengsan untuk mengaburi mataku yang rabun ini????
Nah! Kali ini selepas jenama ubat kutu yang di gunakan tidak memberi kesan seperti yang di harapkan, seorang rakan mencadangkan menggunakan Advantage Cat.
Jumaat petang gotong royong titikkan ubat kutu jenis 'spot-on' ini di tengkuk dan kawasan-kawasan di syaki penempatan haram kutu-kutu jahanammmm!
Setakat hari ini, 'line clear'. Kita tengok lagi sehari dua, harap-harap kutu-kutu yang bermaharajalela di seluruh badan dan telinga akan terhapus selamanya. Keh keh keh keh...
Jangan berputus asa untuk mematikan kutu yang degil. Jika Jenama A tidak jalan, apa kata guna Jenama B. Atau C, D, E, F dan seterusnya???
=)))
13 kUs-kUs:
tedi, advantage ok tak?? murah ckit from frontline kan?? huhu seriau plak bab2 kutu neh...
kalo ubat kutu ni ok, nnt bg feedback eh. so far sy guna frontline n syampoo nyah kutu mmg x bertahan. hilang setakat 2-3 hari pastu tetiba ada byk balik. ntah dr mana dorg dtg pun tatau.
Kutu sakit ape smp nk diubat? Bukan racun kutu ke? kahkahkah ;P
tediii..kalau berjaya menghalau kutu2 jahanam tu..bgtau ek..aku pon nak try gak advantage..kutu bermaharajalela sejak boo yong dtg..
tengok komen/respon dari kawan2 FB, jenama ni juga adalah saranan dari vet mereka.
Jadi, InsyaAllah berkesan!
hehe, tahu tak sape yg rekemen? Dr Joe dari HVC..hehe.. walaupun die xjual advocate or advantage,die jual jenama lain, die tetap bgtau jenama yg bgus..:) :)
dah lame tak ade benda nie..kucing kat rumah tak perlukan die sebab takde kutu...
ade sekor je pon kucing yang ade.. =p
KW,
tengok komen2 dekat FB tu majoritinya kata bagus.
Dah cuba satu tiub pada budak long hair, nampak berkesan, itu yg berani beli 3 kotak tu.
beli dekat http://www.facebook.com/Dewipetshop .
Kalu kutu kat kepala, boleh gak kita botakkan kepala. Tapi takkan nak cukur semua bulu kucing plak, kan? hehehehe
mahal tak harga benda tu?
kucing saya pun berlambak kutu lepas 2 3 hari cuci.
sakit je jiwa ni.
kalau kutu manusia macamna eh?? aku ah jumpa beekor2 kutu kat kepala fatin :(
kutu pun nak bermesra mesra dengan kuceng jugak :*
Saya punya kucing termakan ubat ni...bahaya tak ? Tolong beri penjelasan...risau pula hati ni..tq
Post a Comment