Sunday, October 07, 2012

MEDIUM & LARGE SIZE CAGE FOR YOUR CATS!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:40 PM 1 kUs-kUs








BERMINAT UNTUK MEMBELI?

EMELKAN PERTANYAAN DAN PESANANAN PEMBELIAN KE ktaj.sales@gmail.com

HARGA TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN.

TERIMA KASIH.



















Wednesday, October 03, 2012

KisaH Dua MusuH Yang Pantang Berjumpa. Pasti Bergumpal Sampai Tidak Ingat Dunia. Kini. Tidak Lagi. Apa Rahsianya?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:23 PM 13 kUs-kUs
Bila punggung bertemu punggung.

Photobucket

Pasti saya sudah selalu bercerita pasal mereka dulu.
Seorang bagai anjing.
Dan seorang memang kucing
( Seorang!!??)

Kini tidak lagi.
Mereka sudah jadi baik. Sudah boleh tidur bersama.
Makan bersama.
Duduk bersama.

Photobucket

Ini Pakcik Itam.
Usianya tahun ini genap 6 tahun.


Photobucket

Ini Pakcik Oghen.
Usianya juga pasti sudah melebih 5 tahun.

Pakcik Oghen datang ke rumah 3 tahun yang lalu dalam keadaan kurap kronik yang sangat tebal. Pakcik Oghen di kembiri sejurus dia sembuh dari kurap kroniknya. Beliau seharian hanya duduk di dalam bilik tidak keluar-keluar. Sangat trauma dengan kawasan persekitaran. Nampak saja kelibat Pakcik Itam, sudah jadi tidak tentu arah mahu menyembunyikan diri.

Bimbang mereka masih bertelagah, bergaduh, bergumpal sampai terkencing dan terberak, luka teruk sampai bernanah, di kembirikan Pakcik Itam pula walaupun dalam hati takut juga, kalau sudah kedua-duanya di kembiri, pasti mereka punya banyak masa di rumah. Pasti akan selalu bertemu dan pasti akan selalu bertelagah.

Tapi Alhamdulillah,
dari hari ke sehari, mereka jadi rukun dan damai.
Tidak bergaduh apatah lagi bergumpal sampai tercabut bulu.

Saya tidak tahu kucing anda,
tetapi kucing saya, dengan mengembiri mereka, selain dapat menyekat bilangan yang tidak di perlukan, ianya dapat buat mereka jadi lebih baik dan pandai jaga diri. Tidak bergaduh sesama sendiri.

Daripada anda turut 'bergusti' bersama mereka bila adegan 'gusti' bermula, apakata kembirikan mereka, Mereka akan jadi lebih manja dan 'homely'.

Saya mempunyai 27 ekor kucing yang mana hanya 3 ekor saja daripadanya yang belum di kembiri atas sebab 'belum cukup syarat masuk jawi'.

Anda pula bagaimana?










Friday, August 17, 2012

Selamat Hari RayA Aidilfitri ...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:10 PM 10 kUs-kUs
Photobucket

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog saya.

Sempena Syawal yang akan tiba kurang lebih 2 hari lagi, saya dengan seikhlas hati ingin memohon ampun dan maaf kepada semua andai ada setiap kata-kata saya yang membuatkan hati anda terguris.

Atas kesibukan kerja dan aktiviti harian membuatkan blog ini macam 'hidup segan mati tak mahu' tetapi atas sokongan anda yang tidak putus-putus, saya ucapkan ribuan terima kasih.

InsyaAllah, semoga segala perancangan anda di permudahkan. Hati-hati di jalanraya. Pandu cermat, ingatlah orang yang tersayang...
=))


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Dan Batin.

Daripada saya dan Geng-geng Rumah Epal Sekeluarga.
=))





Friday, July 13, 2012

Cat TreE a.k.a PokOk kUcinG. TapI BUkaN UnTuk Di TanaM!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:12 PM 2 kUs-kUs


Ini adalah jualan amal dari SCRATCH a.k.a KTAJ
Sebahagian dari hasil jualan akan di salurkan kepada dana mereka untuk membantu haiwan-haiwan jalanan yang bernasib kurang baik dan membiayai kos pemandulan kucing-kucing terbiar.

Harga yang terpapar adalah lebih rendah dari pasaran. Anda boleh 'google' sendiri dan buat perbandingan.

**First come first served basis

50% deposit and 50% during pick up.
Self pick-up at delivery meeting points only.

Self pick up - (KL/Selangor : *Pantai Dalam/Kerinchi*)
Delivery fee RM30 sekitar KL/Selangor (Kawasan yang di persetujui bersama )
Delivery fee RM30 - Seremban, Melaka
Delivery fee RM50 - Juru Autocity, Penang Island, Kepala Batas, Kulim/B.Mertajam**

Anda perlu membayar deposit 50% daripada harga barangan dan bayaran penuh perlu di lakukan ketika mengambil barang. Deposit tidak akan di pulangkan sekiranya anda membatalkan pembelian.


Berminat untuk membeli sambil menyumbang?
Sila emel ke ktaj0311@gmail.com dan nyatakan kod pembelian.

Terima kasih.

Iklan ini tidak berbayar!
=)))

Nota kakitanganku : Untuk budak-budak bulus rumah ni, dua-dua 'design' di atas tu mereka dapat. Kalau tak guna memang kena ikat sekor-sekor dekat tiang cat tree tu! hahahahaha..






Thursday, July 12, 2012

cayALah Lu NuFFnanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:42 PM 11 kUs-kUs

Assalammualaikum wbt.

Aduhai.. Lama betul tak kemaskini blog. Kurang lebih empat bulan. Macam-macam yang terjadi dan berlaku. Alhamdulillah. Masih tegak berdiri. Alhamdulillah... Syukur.

Rindu dengan kawan-kawan blogger. Terima kasih kepada yang bertanya khabar. Maaf kepada mereka yang terputus hubungan. Baik di blog atau di Facebook.

InsyaAllah, akan cuba kemaskini blog dengan cerita merapu walaupun mungkin tidak semeriah dulu! InsyaAllah. =))

Oh! Terima kasih kepada Nuffnang! Walaupun dah 4 bulan tak update masih lagi bergerak pendapatannya. Rezeki budak-budak bulus! Alhamdulillah!! =))
*** Apalah motif gambar terpacul sebelah atas??

Okey,
Cau Cin Cau~






Wednesday, July 11, 2012

Hah??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:53 PM 3 kUs-kUs
sAyA aDa B.L.O.G???!!!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting