Friday, July 13, 2012

Cat TreE a.k.a PokOk kUcinG. TapI BUkaN UnTuk Di TanaM!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:12 PM 2 kUs-kUs


Ini adalah jualan amal dari SCRATCH a.k.a KTAJ
Sebahagian dari hasil jualan akan di salurkan kepada dana mereka untuk membantu haiwan-haiwan jalanan yang bernasib kurang baik dan membiayai kos pemandulan kucing-kucing terbiar.

Harga yang terpapar adalah lebih rendah dari pasaran. Anda boleh 'google' sendiri dan buat perbandingan.

**First come first served basis

50% deposit and 50% during pick up.
Self pick-up at delivery meeting points only.

Self pick up - (KL/Selangor : *Pantai Dalam/Kerinchi*)
Delivery fee RM30 sekitar KL/Selangor (Kawasan yang di persetujui bersama )
Delivery fee RM30 - Seremban, Melaka
Delivery fee RM50 - Juru Autocity, Penang Island, Kepala Batas, Kulim/B.Mertajam**

Anda perlu membayar deposit 50% daripada harga barangan dan bayaran penuh perlu di lakukan ketika mengambil barang. Deposit tidak akan di pulangkan sekiranya anda membatalkan pembelian.


Berminat untuk membeli sambil menyumbang?
Sila emel ke ktaj0311@gmail.com dan nyatakan kod pembelian.

Terima kasih.

Iklan ini tidak berbayar!
=)))

Nota kakitanganku : Untuk budak-budak bulus rumah ni, dua-dua 'design' di atas tu mereka dapat. Kalau tak guna memang kena ikat sekor-sekor dekat tiang cat tree tu! hahahahaha..






Thursday, July 12, 2012

cayALah Lu NuFFnanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:42 PM 11 kUs-kUs

Assalammualaikum wbt.

Aduhai.. Lama betul tak kemaskini blog. Kurang lebih empat bulan. Macam-macam yang terjadi dan berlaku. Alhamdulillah. Masih tegak berdiri. Alhamdulillah... Syukur.

Rindu dengan kawan-kawan blogger. Terima kasih kepada yang bertanya khabar. Maaf kepada mereka yang terputus hubungan. Baik di blog atau di Facebook.

InsyaAllah, akan cuba kemaskini blog dengan cerita merapu walaupun mungkin tidak semeriah dulu! InsyaAllah. =))

Oh! Terima kasih kepada Nuffnang! Walaupun dah 4 bulan tak update masih lagi bergerak pendapatannya. Rezeki budak-budak bulus! Alhamdulillah!! =))
*** Apalah motif gambar terpacul sebelah atas??

Okey,
Cau Cin Cau~






Wednesday, July 11, 2012

Hah??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:53 PM 3 kUs-kUs
sAyA aDa B.L.O.G???!!!





Wednesday, April 04, 2012

kimI??? kenaPa? DiLanGGar? TerLanGGar? MeLanGGar?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:43 AM 22 kUs-kUs
Photobucket

Kimi???????????????????
Kenapa?????????????????

Siapa langgar??? Langgar dan lari?????????

Mari kita imbas semula!!

Photobucket

Berlari-lari anak!!

Photobucket

Kira macam jogginglah ni!!

Photobucket

Sampai sudah ke garisan penamat!

Photobucket

Penatnya!!


Photobucket

Pengsan!!
Ooooo!! Ingatkan kenapa!
Penat jogging rupanya!!

Fuhhhh.....
Kus semangat!!!





Monday, April 02, 2012

BaranG Baru Di CubA : JuJurnyA, kOs kePerLuan merekA, meleBihi kePerLuan saYa. SemuanYa KeraNa rambanG maTa.=))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:08 PM 4 kUs-kUs
Photobucket

Cat bed
Tolong manfaatkan ye budak-budak.
Di sumbangkan oleh Makcik Reha.
Ekekekekeke...

Photobucket

Advantage Cat.
'Spot On' untuk mematikan kutu kucing. Sila abaikan ekor panjang itu. =))
Alhamdulillah. Serasi. Tapi saya kena terima hakikat, kucing saya 'outdoor'. Dalam sebulan kutu pasti akan datang lagi!

Photobucket
Pet Grass.
Walaupun duduk di kawasan kampung yang banyak rumput dan pokok-pokok hijau, sikap mahu mencuba buat saya membeli rumput ini. Sedang gigih menanam dan telah menunjukkan hasil lumayan! Ha ha ha ha


Photobucket
Nutricoat
Untuk anak-anak yang kehilangan bulu akibat fungus. Belum di gunakan lagi!


Photobucket
'Crystal Catlitter '
Pertama kali mahu mencuba walaupun jujurnya terasa sayang sangat mahu guna sebab kristal ini putih dan cantik sangat! Boleh?? T___T

Photobucket

Tempat asah kuku! Sangat-sangat berguna! Tiada lagi menjadikan kusyen atau tikar tempat cakar. Letak satu di ruang tamu dan satu dekat Rumah Epal!!

Bila bab barang-barang budak-budak ini sudah jadi tidak berkira walaupun sebenarnya bulan ini sahaja sudah hampir pitam bayar bil rawatan sebab mereka di serang virus selesema. Kalau seekor dua boleh tahan lagi, tetapi walau di asing, di kuarantin, jangkitan tetap ada. Tapi Alhamdulillah... mereka beransur sembuh. Cuma Abang Onchet sahaja yang tidak baik-baik. Sudah masuk 2 set ubat dia telah. Harap-harap akan sihat. =))

InsyaAllah. =))

Kredit : semua barang di beli di Dewi Petshop! =))





Wednesday, March 28, 2012

GemBira yanG HanyA sekeTika...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 7 kUs-kUs

Ahad lepas, 25 Mac 2012, sepupu perempuan saya mengadakan majlis sambut menantu perempuan di rumahnya. Sayangya saya tidak hadir kerana telah terlebih dahulu berjanji untuk hadir hari sukan si kakak Wani.

Balik sudah agak lewat dan kepenatan akibat berpanas di padang membuatkan kami memang tidak pergi walaupun emak sudah berkali-kali pesan, 'Singgah rumah Kak Ngah nanti.'

Waktu emak balik dengan tangan berlenggang saya bertanya 'Eh, Kak Ngah takde kirim nasi ke mak?' Atau orang kampung panggil 'berkat'.

'Tak de. Dia kata sudah habis. Tapi mak nampak orang lain dapat. Tak pe lah. Dia tak perasan agaknya.'

Saya agak hairan. Petangnya makcik saya yang bongsu juga bercakap perkara yang sama. 'Kak Ngah tak kirim pun. Selalu berpunjut-punjut dia bagi. Sampai terlebih-lebih.'

Malam tadi, sedang kami sekeluarga bermuzakarah di rumah, anak lelaki Kak Ngah datang menghulur beberapa beg plastik. 'Ada kenduri tadi. Ini emak kasi lauk dengan nasi'.

Saya bersuara kepada emak.
'Eh Kak Ngah ni. Kenduri tak jemput! Tiba-tiba lauk saja sampai. Macam tahu-tahu saja kita dok cakap pasal tak dapat 'berkat' kelmarin. Dan kami berpakat ketawa.

Tepat jam 11.30 pagi tadi sewaktu bekerja saya menerima panggilan dari Along.

'Kau tak pergi melawat ke?'

'Siapa?'

''Eh! Emak tak telefon beritahu?'

'Siapa??' Ulang saya.

'Kak Ngah dah takde. Meninggal pagi tadi dekat rumah. Jatuh.'

Seluruh badan saya rasa menggigil. Teketar-ketar. Rasa tidak percaya.

Innalillah.. Kak Ngah sudah tiada. Ketawa riang menerima menantu sulung sudah lenyap. Ya Allah...

Terasa hiba.. hiba dan hiba....
Menitis airmata namun saya tahu dan redha janji Allah S.W.T yang satu ini tetap pasti iaitu MATI!

Selamat jalan Kak Ngah..
Al-Fatihah!







 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting