Monday, December 07, 2009

|n| PerTanD|ngaN KaranGan BahaSa MeLayu!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 15 kUs-kUs
Photobucket

Oh! Sejak dua menjak ini kerajinan untuk menyertai Pertandingan 'Karangan Bahasa Melayu' begitu menjadi-jadi. Ha ha ha... Okey! Terus kepada tujuan. Ini Pertandingan Sempena Satu Tahun usia blog Dunia Sebelah Zara (DSZ).

Pertama : Berikan nama yang sesuai untuk beruang putih pemberian kakak kursus aku sempena istiadat graduasi aku. Sehingga kini aku hanya menggelarnya, Encik Putih. Berikan nama dalam DUA PERKATAAN sahaja. Contoh : Adam Zarith.

-Aku beri nama ' AIYRIN BALQISH'

Sebabnya aku bagi nama ini adalah, aku tidak mahu terus membiarkan Dak Zara bersekedudukan lagi. Cukup-cukuplah dengan Adam Zarith dan rakan-rakan!!! Amat keji alasannya. Ha ha ha..

Kedua : Berikan LIMA KENYATAAN mengapa anda mengunjungi Dunia Sebelah Zara. Sama ada SUKA, BENCI atau SECARA TIBA-TIBA termasuk ke sini. Anda boleh menulis mengenai apa sahaja mengenai perkara tersebut. Aku rela. *senyum*

1. TIBA-TIBA

Aku lupa dari mana mulanya aku menceburkan diri dalam DSZ ini. Rasanya tiba-tiba sahaja. Tiada rancangan. Hanya membaca kemudian 'blah!!"

2. BAHASA 'PENING' BUAT AKU TIDAK TERTARIK

Aku jujur. Mula-mula aku baca, dalam hati aku terdetik ' Apa budak ni merepek ni?' Bahasa dia adalah definisi 'Pening' bagi aku. Sebab itu baca sepintas lalu aku 'blah' awal.

3. TUTURNYA DEFINISI KASIH SAYANG

Dak Zara selalu membalas kunjungan. Meninggalkan komen. Dan pagi-pagi ajak aku menari mengikut irama di 'Shoutbox' Ha ha ha... Aku memang memandang sepi. Dia gunakan kasih sayang untuk membuatkan kita 'memandang' dia dua kali. Okey! Kamu berjaya!!

4. AKU TERCABAR

Sehari demi sehari mengenali Dak Zara. Dia Ahli Kimia. Aku rasa tercabar. Aku Ahli Sastera ( menamakannya mengikut aliran di sekolah dulu) Ha ha ha.. Kenapa?? Kenapa??? Kenapa aku yang kononnya Ahli sastera yang mendapat A2 SPM ini 'PENING' dengan Ahli Kimia yang menulis penuh dengan gaya kesusasteraan?? Yup! Bahasa 'entry' dia buat aku tercabar dan aku katakan kepada diri 'Aku perlu ikut budak ini'. Mana boleh Ahli Sastera kalah dengan budak kimia! (budak???)

5. DSZ ADALAH DEFINISI "SEMPOI!!!!"

Tidak perlu bergambar ayu. Tidak perlu 'menepek' bedak powder atau gincu seinci! Tidak perlu bergambar seksi dengan skrit pendek. Tidak perlu bersimpuh sopan penuh keayuan. Tidak perlu memasang banner, meninggalkan ayat 'Sila berkunjung ke blog saya' 1000 kali di shoutbox, tidak perlu semua itu! Dia mampu menarik kita tanpa berkata-kata!! Yup! Terima kasih kerana aku kenal kamu.

Ketiga : Pilih satu penulisan Zara yang kamu paling suka dan nyatakan mengapa.

- Aku suka pasal cerita budak mengaji yang tidak puasa itu. Yang dia makan kuih apa itu ya? Tiba-tiba dia boleh tahu yang kuih itu sedap atau tidak sedangkan dia kata dia puasa. Ya! Dia kantoi di situ. Ekekekekeke... ( Aku malas nak cari entry itu. Tapi ada kan?)

Keempat : Lengkapkan slogan ini."Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan ................"(tidak melebihi 20 perkataan)

Dunia ini memberikan seribu rasa dalam satu. Segalanya digabungkan menjadi satu ayat iaitu 'Hidup ini perlu dinikmati selagi Allah beri izin untuk bernafas'

Selesai!

Nota kakitanganku : Cukup syaratkan?





BaCa DenGan BerHaT|-HaT| Dar| MuLa h|nggA Akh|r kEraNa aDa sEsUaTu D|DaLamnyA....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:46 AM 24 kUs-kUs
Photobucket

Aku mohon maaf seandainya kamu mengharapkan lain daripada apa yang aku mampu buat. Tapi aku rasa tahap kerajinan aku cukup setakat ini sahaja. Janganlah harapkan lagi ada kertas dinding tambahan warna-warni, berbunga merah jambu, ada pelangi yang tiba-tiba menjelma atau cuaca gelap akan berubah jadi terang!

Oh! Sungguh! Aku akan rasa bersalah jika kamu beranggapan seperti itu. Hanya 'kepalanya' dan hanya warnanya sahaja. Aku cuba memasukkan warna oren tetapi tidak boleh rupanya.

Okey!

Aku ingin kamu salin skrin (baca: Screen print ) satu nombor di ruangan Pelawat.

Caranya mudah :
Pelawat pertama yang berjaya 'captured' angka 024040 serta nyatakan apakah kaitan nombor itu dengan aku dan dan tekaan itu betul serta mengemelkan ke mylosermind[at]yahoo[dot]com akan di umumkan sebagai pemenang!

Aku hanya mencari seorang pemenang sahaja.

Sebenarnya Ulang Tahun Pertama Blog ini jatuh pada bulan ini. Cemburu juga melihat orang lain membuat pelbagai pertandingan. Tapi apakan daya. Aku tidak mahu jadi seperti yang di kejar tidak dapat yang di kendong berciciran.

Ini kerana kelewatan aku mengirimkan hadiah membuatkan aku berhati-hati untuk membuat sebarang kuiz. Nanti orang cakap 'Kuiz bersepah-sepah, hadiah yang lepas pun belum dapat!!'

Jadinya, selepas menyelesaikan semua kiriman hadiah baru aku akan fikirkan satu kuiz yang sesuai. InsyaAllah.

Notakakitanganku : Cepat! Cepat! Masa semakin suntuk!!!







Lar|Lah seh|ngga kE P|nTu NeraKa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:38 AM 22 kUs-kUs
WTF manusia ini. Bila melakukan kesalahan melarikan diri. Bodoh! Ke mana-mana pun kau lari, Allah tetap akan beri pembalasan. Jika bukan di dunia, di akhirat pasti ada!!!

Al-Fatihah untuk 2 pelajar yang menjadi korban manusia durjana itu. Mati tidak mengenal tempat! Usia apatah lagi.

Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di KB Mall!!

Allahu Akbar.

Berita di sini.

Notakakitanganku : Hiba!!




Sunday, December 06, 2009

MahU LeTak TaJuk Lee M|n hO BoLeh?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:56 PM 29 kUs-kUs
Photobucket

Ini pengganti Lee Min Ho. Lee Min Ho tolong jangan iri hati. Ha ha ha... Mama dia kata ada muka korean. Nantilah, bila dia buka mata nanti baru kita boleh tengok Korean ke tidak!

Rambut adalah sangat lebat dan pipi adalah tembam. Oh!! Inilah dia Syed Hassan Fakhry Bin Syed Faizal yang baru berusia kira-kira 17 jam. Ekekekeke...

.....................................................................

Okey! Berita seterusnya.. ekekekeke... Macam Wan Zaleha Radzi pula!! Misi untuk menguruskan badan sudah aku tetapkan. Tapi belum bermula walaupun 2-3 hari ini rasa macam sudah mula sahaja. Ha ha ha..

Setelah aku congak-congak dan aku darab-darab dari pelbagai aspek samada dari segi keupayaan, kewangan, keazaman dan keyakinan, aku memutuskan untuk memilih kombinasi pilihan A+B. Sila rujuk apakah itu.

InsyaAllah sedang dalam proses terakhir untuk membuat tinjauan!! Ha ha ha.. Macam hampagas sahaja. Itu pun mahu beritahu! Kalau tidak kurus-kurus juga buat malu sahaja! Ekekekeke.....

Okey! Okey! Okey!
Kamu doakan sahaja aku tetap pendirian, berdisiplin dan berkeazaman.
InsyaAllah....

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Tunggu dan lihat!!!




SyeD HassaN FakHry B|n SyeD Fa|zaL ... sELamaT DaTanG!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:15 PM 24 kUs-kUs
Oh! Indah sungguh sebaris nama itukan? Syed Hassan Fakhry Bin Syed Faizal. Masih ingat lagi 'entry' ini?

Ya! 'Entry' tentang kasih sayang. Alhamdulillah Cikgu Ayus telah selamat melahirkan anak lelaki yang di beri nama seperti di atas pada jam 2.00 pagi 06 Disember 2009 di Hospital Besar Seremban.

Terima kasih atas doa kamu semua. Semoga Fakhry akan menjadi seorang anak yang soleh! InsyaAllah.....

...........................................................................................................

Ingat lagi entry ini pula? Ini adalah moral daripada gambar yang di tunjukkan.


Photobucket


Kawan tidak akan bantu kita untuk naik ke atas tetapi mereka hanya memikirkan cara untuk buat kita tidak jatuh.

Contohnya : Kita ada masalah Matematik, kawan kita bantu menyelesaikannya. Tetapi beliau tidak mengajak kita belajar bersama-sama bagi menambahkan lagi ilmu kita.

Eh! Betul ke contoh itu?

Kamu ada contoh lain?

Nota kakitanganku : Harapnya aku tidak berjumpa dengan Si Lembu itu? Ha ha ha.









s|s Lup|e, | cur| GamBar yU!! |'m cOrry...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:10 AM 21 kUs-kUs
Photobucket
kredit gambar untuk sis lupie

Ini Pataya! Aku memang teruja betul dengan budak ini sejak dari dia di jumpai sehingga hari ini dan akan datang. Mahu tahu bagaimana nama Pataya ini di beri? Sila baca ini.

Okey! Aku hampir pengsan malam tadi apabila melihat wajah terbaru hero pujaan hatiku ini. Mari kita pengsan bersama-sama dengan mengklik di sini!!

Amacam? Perubahannya dalam tempoh hampir 6 bulan?

Nota kakitanganku : Sis, tolong jangan ubah nama dia kepada Tata Young!!!






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting