Thursday, February 26, 2009

har|-har| tErakh|rku.. soB..soB..soB..!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:17 PM
erHhmmm.. aku terima hakikat ini.. aku sudah bersedia.. aku pasrah menerima.. dan aku harap.. korang yang lain pun dapat terima.. ini adalah satu ketentuan.. ini adalah satu suratan.. ini adalah satu takdir.. takdir yang telah di tetapkan.. yang aku harus pergi.. ya!! harus.. meninggalkan semuanya.. semua yang menjadi kenangan pahit dan manis.. argghh!!
:girl_8:

aku mampu menerima hakikat ini.. walaupun bukan sepenuhnya kehendak hati... tapi apakan daya. aku hanya seorang manusia.. seorang hamba.. yang harus patuh dan akur.. akan ketentuan-Nya.. mungkin semuanya ada hikmah yang tersembunyi.. Insya-Allah.. aku harus redha dengan sepenuh hati... aku harus pergi..

:girl_3:

mengucapkan selamat tinggal pada semuanya... maafkan segalanya.. kerana aku juga manusia biasa.. yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. maafkan segala kekasaran... maafkan segala keterlanjuran.. maafkan segala kesilapan.. halalkan semuanya.. semuanya yang telah menjadi darah daging.. halalkan.. agar aku dapat pergi dengan tenang.. dengan sempurna.. tanpa meninggalkan apa-apa perkara yang bakal menjadi kata-kata di kemudian hari..

:girl_12:
aku tidak mahu begitu.. tidak mahu ketiadaanku nanti.. hanya mendatang dosa-dosa kering kepada sesiapa saja yang menjadikan aku bahan umpatan.. aku tidak mahu... aku ingin pemergiaanku ini di relakan dengan hati yang lapang.. bukan meraikan.. cuma mengizinkan aku pergi dengan kepuasan.. membuktikan yang aku pasti meninggalkan kenangan di hati semua.. itu yang aku mahu... di kenang sebagai seorang yang berjasa.. bukan seorang pendusta yang hanya tahu berkata-kata.

:girl_5:
selamat tinggal....... ku doakan..... kau selalu bahagia..... hanya pesanku..... jangan lupa..... kirimkan khabarmu...... (erk!! maaf! selingan.. ini lagu broery marantika!! )
selamat tinggal!! aku melangkah pergi.. tidak mungkin akan kembali... aku pasrah kehendak-Nya.. maafkan aku.. halalkan semuanya.. selamat tinggal.. sob..sob...sob.. sukar untuk aku lepaskan semuanya... arghhh!!

:girl_1:

hari-hari terakhirku.. hari-hari terakhir... hari-hari...
terakhirku.... doakan aku bahagia di sana.. doakan aku gembira di sana.. doakan aku tenang di sana.. doakan... kerana itu yang aku idam-idamkan selama ini.. doakanlah...

:girl_15:

notakakitanganku :: yehaaaaa!! esok last keje!! minggu depan dah start keje tempat baru!! ye ye !! aku amat bahagia!!!
:girl_4:

0 kUs-kUs:

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting