Wednesday, September 04, 2013

MenanGisLah... sayA JuGa PernaH sePerTi iTu. BezanyA sayA SenDiri....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:09 PM
Saya tiba di Maju Animal Clinic agak lewat. Tepat jam 3.00 petang. Kesesakan jadi begitu luar biasa bila hujan lebat turun tanpa henti.

Duduk menunggu giliran, datang satu keluarga. Seorang ibu dan 2 orang anak perempuan. Mereka kelihatan sangat serius. Takut juga saya mahu melemparkan senyuman, cukuplah sekadar memaniskan muka. 

Mereka terus masuk ke dalam.
Sunyi.
Tiba-tiba terdengar tangisan yang sangat memilukan. Terpaksa menyibukkan diri, menjengah-jengah ke dalam. Kelihatan seorang dari anak perempuan itu sudah terduduk di pintu. Tersandar sambil menangis. Tersedu-sedu. Hiba hati saya mendengarnya.

Lantas saya berbisik kepada staff di situ. Barulah di fahami, kucing kesayangan mereka yang berusia hampir 6 tahun telah mati. Punca kematian adalah kerana kencing berdarah. Subhanallah. Runtun juga hati saya. Menitis juga airmata saya. Walau tidak pernah bertegur sapa. Tidak pernah mengenali mereka tetapi kehibaan, kesedihan, kelukaan hati mereka sangat saya fahami. Kucing-kucing saya, Pakcik Oghen dan Onchet juga pernah mengalami sakit kencing berdarah. Saya agak bernasib baik kerana cepat sedar dan segera bawa ke vet. Kedua-duanya selamat. Sayangnya, kucing milik keluarga itu lambat mendapatkan rawatan. 

Saya juga pernah mengalami situasi yang sama.
AG, kucing kesayangan saya juga menghembuskan nafas terakhir di vet. Sakitnya, hanya tuhan saja yang tahu. Kucing yang kita sangkakan boleh sihat dan akan hidup normal, sayangnya pergi tanpa dapat kita pangku atau riba.

Walau kali terakhir saya melihatnya, dia kelihatan beransur sihat, boleh berjalan, nafas tidak berbau lagi, air liur tidak meleleh lagi, tapi kuasa Allah, siapa yang dapat menghalang?

Saat menjemput tubuh kaku AG di vet untuk di bawa pulang bagi di semadikan, saya berlagak tenang. Cuba senyum. Menarik nafas panjang. Redha. Pasrah.

Namun semuanya hanya kekuatan sementara. Saat kotak dari peti sejuk beku yang mana di dalamnya terdapat anak kucing comel yang saya berikan nama AG beralih tangan, saya jadi lemah, jadi tidak kuat dan airmata tumpah bagai empangan air pecah.

AG pergi akhirnya.
Tarikhnya 28 Januari 2013.

Jadi, jika anda bukan seorang pencinta haiwan, ratapan hiba atau tangisan hanya kerana kami kehilangan seekor haiwan yang di beri nama  kucing adalah sesuatu perkara pelik, menjengkelkan atau 'buang tabiat', kami tidak merasa marah kerana anda tidak punya sama perasaan seperti kami.

Rehat dengan tenang buat si comel-si comel yang terlebih dahulu pergi daripada kami.
Rehat dengan gembira......






12 kUs-kUs:

Deqla Manjew on September 4, 2013 at 4:43 PM said...

sy mengerti perasaan tu sbb sy pun mcm tu.. menangis meraung hanya krn kehilangan kucing.. sedih baca entri ni.. rasa nak menitik airmata.. T_T

Shaz Alina on September 4, 2013 at 5:12 PM said...

dah byk air mata yg tumpah mengiringi pemergian si comel milik sendiri malah apabila terdengar berita kematian anak2 bulus milik teman2 yg lain pun,air mata ni tetap akan jatuh jua...menangislah,krn itulah tanda kasih kita yg terakhir buat mereka yg tlh menemui Penciptanya...

umi_e on September 4, 2013 at 6:26 PM said...

Rasanya lebih pedih bila kucing kesayang mati di klinik... :'(

Tuah said...

31/8/2013 logam kat kampung pergi tanpa diketahui sakit apa. Tgk2 dia dah xde masa kat sangkar. Punyalah akak meraung sampai jiran sblh yg tgh memasak terkejut.

Org lain xrasa mcm yg kita rasa sbb bg kita mrk adalah keluarga.

P/s: cik ted lama x update. Lps ni entah bila update lg... Huhuhu

Softtouch [Hanim] on September 4, 2013 at 9:23 PM said...

salaM tedi ketemu lg ...
Rindu ngan cite tedi psl kucing...paling sy igt oghen

Sygnya family tu ngan kucing tu...bertuah meow tu punya penjaga mcm family tu n mcm tedi

aNIe on September 4, 2013 at 9:38 PM said...

Salam Tedi..selamat Hari Raya...lamanya tak dengar cerita tedi...

Camana eh nak tau kucing tu kencing berdarah,,,sebab kucing akak kencing kat liter...tak nampak pun

My name is Wanita, and this is my story... on September 5, 2013 at 9:03 AM said...

mereka memang takkan faham.

selamat hari raya ted| :)

sI tEDI on September 5, 2013 at 10:48 AM said...

Deqla : betul. orang yang bukan dari kalangan pencinta haiwan takkan faham kenapa kita beria-ia menangis....

shaz : kesedihan hanya bersifat sementara kerana kita perlu tanamkan dalam diri, banyak lagi kucing yg perlukan perhatian kita,. Yang pergi, pasti sudah ada yang terbaik menanti mereka di alam lain.

kak e : Betul. AG kucing pertama (mungkin terakhir ) yg mati di vet. mati keseorangan. vet sampai pagi tu, tgk Ag dah tak bernyawa...

kak tuah : rindu semua kawan2 kak... maaflah menyepi diri.. =)) Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

hanim : rindunya dekat anim. rindu nak jenjalan blog kawan2... selamat hari raya anim...


kak anie : =)) kucing akan jadi resah gelisah. berulang alik ke litter box dan takde mood. dia akan marah kalau kita pegang. air kencing akan menitik bersama darah tanpa dia sedar. kucing kalau lebih 3 hari tak kencing, boleh mati kak.

ita : selamat hari raya ita. kem salam pada mami.. =))

Sue Sopian on September 5, 2013 at 11:41 AM said...

sedihnya bila baca entri ni..teringat kisah Ag tu.. hanya org yg tiada perasaan pd haiwan je taktau perasaan sygnya kita pd haiwan especially kucing kesayangan..

p/s: lama dah tak nampak cik tedi.. :)

sI tEDI on September 5, 2013 at 12:14 PM said...

hi sue,
itulah.
lama betul saya tak jengah blog sendiri...

hatif al-ilman on November 13, 2014 at 8:29 PM said...
This comment has been removed by the author.
hatif al-ilman on November 13, 2014 at 8:31 PM said...

Corak dye macam same jer nqan kiky saye

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting