Thursday, September 05, 2013

SBK a.k.a Si Bulu KemBang a.k.a GurGirL teLah BerLari RianG Di JamBatan PeLanGi......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:46 AM
 photo 28022013769_zps14383c9b.jpg


Anda pembaca blog saya sejak dulu?
Mengenali kucing-kucing yang acapkali saya pamer dan ceritakan di sini?

Pasti mengenali SBK. Terlalu banyak saya menulis mengenai SBK di sini. Asalnya SBK bukan kucing milik saya tetapi milik jiran yang agak jauh rumahnya. Oleh kerana sering ke rumah saya, memberanakkan diri di rumah, akhirnya tuan asal beliau telah menyerahkan SBK kepada saya beserta anak-anak-anak-anaknya sekali. 2 kali SBK sempat memberanakkan dirinya di rumah saya sebelum saya bawa ke vet untuk di kembiri.

Kini SBK hanya tinggal kenangan. Tinggal nama yang tetap terpahat kukuh di ingatan saya.
SBK telah pergi selamanya tanggal  28.02.2013
Beliau telah di langgar di hadapan mata saya di halaman rumah pada sekitar pukul 7.30 pagi.
Allahuakbar... tidak dapat di bayangkan perasaan saya ketika itu. Hanya mampu terduduk dan menekup muka seakan tidak percaya. Baru beberapa minit saya beri beliau makan. Andai dapat di putar masa semula... mahu saja saya ulangkan supaya SBK tidak menyeberang jalan untuk poo dan pee.

SBk adalah kucing yang 95% 'indoor' melainkan untuk poo dan pee dia perlu keluar rumah tanpa perlu menyeberang jalan. Takdir. Pagi itu agak jauh dia pergi. Yang akhirnya tidak kembali lagi......


Tidak ada setitik darah pun. Tiada luka. Tiada apa-apa. Bangunlah SBK. Bangunlah. Jangan bergurau begini.... Saya terus meratap. Tubuh besarnya saya angkat ke beranda rumah tanpa menghiraukan tuan kereta yang melanggar SBK. Beliau berkali-kali memohon maaf. Hati saya sudah berdarah. Susah untuk berkata-kata saat itu. 

  photo 28022013770_zps52ce617e.jpg 
Si Mata Kucing memberi penghormatan terakhir buat bonda tercinta....

SBK sudah berhenti bernafas. Selamanya.... Saya meletak SBK di beranda. Mengambil tuala. Membalut ke tubuhnya. Meletakkannya di dalam besen. Masih di beranda. Pemilik kereta turut berada di situ. Turut menangis. Terus berkata-kata. 'Akak minta maaf. Akak memang tak perasan. Akak tak sengaja. Takkanlah akak sengaja nak langgar.'

Saya menarik nafas panjang.
'Takpe kak. Sudah tiba masa dia. Sampai hari ini sahaja. Saya maafkan. Takpe. Janji Allah....'

Saya terus masuk ke dalam rumah. Menangis. Menangis. Menggugu. Meratap. Menyesali takdir. Andai dapat undur sesaat dua pasti saya akan larang SBK melintas. Kalau itu.. kalau ini... macam-macam kalau yang keluar...

Astagfirullah al azim... Saya tidak redha rupanya. Maaf saya tidak ikhlas. Saya menyalahkan takdir..??? Emak berkali-kali kata 'Kenapa macam ni? Dah.. dah.. kenapa nak meratap. Nak marah-marah? Allah dah tetapkan sampai hari ini sahaja. Kalau bukan di langgar pun, dia akan tetap mati hari ini. Istigfar... Mengucap....'

Saya membasuh muka. Mengambil air sembahyang. Berzikir tanpa henti. Redhakanlah hati.. Pasrahkanlah.. Emak sudah suruh adik lelaki menggali lubang di belakang rumah. Anak-anak buah juga sudah mula menangis. Mahu lihat SBK. Kenapa SBK mati? SBk gemuk. Dia tak boleh mati. Anak-anak yang sudah beruniform mahu ke sekolah jadi tidak keruan juga.

Emak telefok pemilik asal SBK memberitahu tentang pemergiaannya. Berbahasa. 

  photo 28022013771_zps714c49ac.jpg

Bersemadilah dengan tenang SBK.
Redha.

 photo 11022013747_zpsfd053169.jpg

Gambar di ambil 2 minggu sebelum dia pergi.

Saya juga ingin memaklumkan tuan asal SBk yang saya gelarkan Makcik Kucing di dalam blog ini juga telah pulang ke pangkuan Yang Maha Esa genap 3 bulan selepas SBK pergi iaitu pada 28 Mei  2013 kerana di serang strok. Al-Fatihah untuk Mak Kiah. Insan yang terlalu sayangkan kucing. Pernah tengok dia tidak kisah bila tengah makan, kucingnya tumpang sekaki sekali makan guna pinggan yang sama.

Sejak Mak Kiah tiada, saya memang sudah tidak melawat kucing-kucingnya lagi. Khabar terakhir yang saya dengar, suami arwah sudah buatkan rumah kucing yang besar untuk kucing-kucing beliau. Alhamdulillah...

Semoga bahagia untuk mereka yang saya sayang.
Rehat dengan tenang di Jambatan Pelangi bersama-sama rakan-rakan yang lain SBK.
Al-Fatihah untuk Mak Kiah.









4 kUs-kUs:

Tuah said...

SBK.... Ya Allah. Terkejut dengan berita ni. xtau nak kata apa......

#terkedu

Iela Lullaby on September 6, 2013 at 11:15 AM said...

RIP SBK...dan Innalillahirojiun utk Mkcik Kiah ...Mge Allah tmpatkn dia kalangan org yg solehah dan bertemu SBK diSANA nnti...InysaAllah..AMIN

ain samadi on September 6, 2013 at 11:02 PM said...

Sedihnya..mengajar kita tiada apa pun yg kekal di dunia ini melainkan Allah

norliza_osman on September 10, 2013 at 5:02 PM said...

Sabar Tedi.. Ujian Allah.. Liza mengenali SBK dari start Tedi bercerita kedatangan dia dalam keluarga Tedi.. Hurm.. Segalanya Allah dah tentukan.Bertabah lah..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting