Wednesday, August 04, 2010

Si BuLu KemBanG : TuannyA aDaLah Makcik KucinG! Jika akU TahU, aku akaN cakaP `MakcIk,siLa kurunG kucinG makciK. PinGGan ManGkUk sayA BanyaK Pecah!`

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 AM
Oh! Aku spesis yang baik hati. Tidak sesekali akan berkata begitu kepada beliau. Ingat lagi kes aku dengan Makcik Kucing? Sila klik ini jika kamu lupa. :))

Semalam SBK bawa lagi 2 ekor anak-anaknya. Termasuk yang sedia ada di rumah aku, 3 ekor semuanya. Jadi, dengan baik hatinya, aku menghantar mereka pulang takut di lenyek kereta di pertengahan jalan.

Di rumah MK memang banyak kucing. Adalah dalam 15 ekor. Itu tidak termasuk SBK yang tengah bunting dan ada seekor lagi bunting yang tunggu masa untuk bersalin bila-bila masa. :))

Kasihan sungguh tengok anak-anak kucing dia. Tidak terurus. Kurus. Perut buncit. MK memang tidak pernah bawa ke Jabatan Haiwan untuk beri ubat cacing, *aksin atau apa-apa rawatan. Aku cuba pujuk dia untuk `spayed` atau `neuter`kan kucing dia, tapi dia tidak mahu. Tidak sampai hati. Maka beranak pinaklah kucing-kucing beliau dengan mewahnya.

Ini adalah anak-anak SBK.

Photobucket

Si A. Aku sudah `adopt` berkuatkuasa 1 Ogos 2010 . :))

Photobucket

Si B.

Photobucket

Si C

Photobucket

Si C

Photobucket

Si C

Photobucket

Tengah menyusu dalam perjalanan di hantar balik.

Si D di rumah tuannya.

Semua mereka berusia 4 Bulan. Tapi kecilkan> :((

Di yakini mereka ini anak arwah Dak Kimo menurut kata MK. Jadi aku terasa bagai ada tanggungjawab untuk memastikan mereka hidup selesa dan membesar bagai juara. Sedih tengok keadaan mereka yang tidak terurus.

Aku berjaya memujuk MK supaya anak-anak kucingnya di buka untuk `adoption`bersama 2 ekor lagi anak kucing tambahan. Gambar mereka di sini. Maaf ya, itu gambar lama. sekarang mereka sudah besar sedikit.

Jadi, aku meminta jasa baik kamu yang berpengalaman menjaga kucing, silalah `adopt` mereka. Mereka ini jenis `bulu panjang` separuh panjang` dan biasa. Tapi ekor kembang. :))

Aku yakin, kalau di jaga dengan betul mereka akan membesar dengan cantik. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan emel di kotak komen atau emel terus kepada aku di mylosermind@yahoo.com

Aku harap sangat mereka dapat di besarkan dengan lebih sempurna. InsyaAllah. Mereka yang berpengalaman membela kucing akan di utamakan. :))

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Sudah bawa Si A ke Jabatan Haiwan petang tadi. Beri *itamin dan makan ubat cacing serta titiskan ubat kutu. :) bagi dia makan dada ayam rebus. Nyum! NyuM!









15 kUs-kUs:

Aqma Nazri on August 3, 2010 at 9:37 PM said...

wah. comel1 kesiannya tak terjaga. kalo dekat leh amik kan, jg kan. mmg tgh crik pengganti tam n tom nih. huhuu :P

Unknown on August 3, 2010 at 9:40 PM said...

zuriat dak kimo tu weyh... seriously comel sangat,,, aku pun tak bw yoko utk vaksin ubat kucing...

ejaMaria on August 3, 2010 at 9:57 PM said...

mata diorg bulat... tapi mcm tak bercahaya... sakit eh... ke kurang vitamin... sian diorg...

iye ke anak2 arwah dak kimo... ntah2 MK psiko nko je tedi... hehehe akak bab cam ni kurang caya sket...

redNing on August 3, 2010 at 10:04 PM said...

kesian pulak tgk dorng nih

e.t.t.y on August 3, 2010 at 10:06 PM said...

wah si a sudah diadopt? mak dah lembut hati ye nk bela sekor lagi? baguslah. rezeki dia.

alahai, sedih pulak tang baka2 dak kimo tu. kalau betul, adeh....

harap2 ada yg sudi nk membela. cantik ni wey! kalau lah kita mampu, kita dah angkut semua!

Mr. Asada on August 3, 2010 at 10:12 PM said...

adeh.. sian lak nengok diorang klu tak terurus..

hurmm.. cam ragu2 skit ngn dakwaan anak dak kimo ni. hahaha.. jgn sbb dak kimo pernah dtg bergaduh ke situ n menang terus kata tu bekas isteri dak kimo lak.

Anisa on August 3, 2010 at 10:18 PM said...

mate meow cantik2
(:

miszgarfien on August 3, 2010 at 10:43 PM said...

alaaaa....comey nye mereka...jenis bulu kembang lak tu...isshh, klo xde ank kucing kat rumah ni, ein dh adopt kot...tp skrg ni ein ade 6 ekor ank kucing yg masih kecik...

Kak anie on August 4, 2010 at 12:28 AM said...

tEDl...akak kalau rumah ada kawasan...boleh buat rumah utk kucing2 ni...memang akak ndak...cuma kat rumah akak yang kecik ni cukup untuk sekor kucing je...sebab tak tahan cik abang akak tu takut kucin...hehehe

Tuah on August 4, 2010 at 10:10 AM said...

cik ted, akak syorkan lepas je SBK tu beranak nanti, cik ted bwk ke klinik utk dikasi. xperlu bg tau MK tu. buat senyap2 je.

bukan apa cik ted, kalau dibiarkan, SBK akan terus beranak dan beranak. lepas tu anak2 dia akan terus ke rumah cik ted. kalau xde org adopt, tentu saja mak cik ted akan bising2 nanti.

kalau nak kasi dia, akak boleh spon 1/2...

kesian kalau makin lama makin membiak, tp penjagaan xde.

Softtouch [Hanim] on August 4, 2010 at 10:15 AM said...

kesiannye kucing2 tu..tp mmg kucing jenis tu kalu dijaga dgn elok, cntik jd bulunya tau..

wanita mutalib on August 4, 2010 at 12:31 PM said...

cantiknyer!!!!

kalu umah kiter besar, mmg leh amik, tapi kiter pun duk flat ajer ted| huhu..

harap2 ada orang leh amik diorang n jaga elok2 kan..

Tengku Speki on August 4, 2010 at 2:37 PM said...

TEDI KO SUDAH ADOPT KUCING BARU KA? WAH SYABBASSS...

MEMANDANGKAN KUCING TU MASIH KECIK.. AKU CADANGKAN KO BIASAKAN DIA MANDI... NANTI DAH BESAR SENANG!!!!

CARA NAK MANDIKAN.. JGN MENGEJUT..!! KO KENA BASAHKAN TANGAN KO DULU KEMUDIAN LAP KAT BADAN DIA... DAN ULANG KAN STEP NI SAMPAI DIA SELESA DGN AIR.. :)

LEPAS TU GUNA LEBIH BANYAK AIR UTK BASUH BADAN DIA DAN GOSOK LA DENGAN SYAMPU :))

LEPAS TU JIRUS... MUKA DIA GOSOK DENGAN TANGAN.. DENGAN TANGAN.. :) JGN KENA SYAMPU PULAK...

SORRY KALO KO SUDAH TAHU CARA MANDIKAN KUCING. AKU CUMA BERKONGSI CARA AKU MANDIKAN MOMOK SEJAK DIA KECIL TAPAK TANGAN :))

meowwmania on August 4, 2010 at 3:21 PM said...

kasihannya melihat keadaan anak-anak bulus tu :(

beautiful_rose on August 5, 2010 at 6:30 AM said...

terasa rindu ingin membelai kucing...rasanya aku perlu cari seekor kucing baru untuk di pelihara.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting