GEMPAR ... Orang ramai menunjukkan seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Prt Dickson pada 12.45 tengahari, Isnin. Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu. Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung. Foto BERNAMA
Buaya adalah yang di bawah ya murid-murid. Yang 4 orang ala-ala Bangla itu aku tidak dapat pastikan samada buaya darat atau tidak. Ha ha ha!
Sesetengah akhbar kata di perairan Pantai Port Dickson, ada yang kata di Kuala Linggi, Tanjung Agas. Kalau di Kuala Linggi adalah di Sungai Linggi. Kuala Linggi ini kira macam sempadan Negeri Sembilan-Melaka.
Buaya dalam keadaan mati sebab itulah mereka begitu berlagak bergambar bersama buaya yang seberat 3 tan ini. Huh!! Kalau dia makan aku yang beratnya dot.. dot.. dot.. ini, belum tentu dia kenyang!! Ha ha ha!!
Moralnya, takutlah dengan buaya darat dari buaya sungai.
Sekian.
Terima kasih.
Nota kakitanganku : Pasti ada lagi keturunan dia dalam sungai/laut itu. :))
19 kUs-kUs:
buaya darat xdpt dikenal pasti.. ahaksss
mak aii besar nya ...
buaya darat..memang patut kita elak..bahaya,..
besar sungguh
besarnya....mmg ada kan buaya kat PD tu..pernah dgr cerita...jgn mandi laut PD lg pas ni yer..takut..
dua2 jenis buaya saya takut...
buaya kaki dua adelah lebih ganas..hahahah
giler besar! yaa.. pasti..pasti ada keturunannya itu! :)
beso betul. bertan tan beratnye. aku mati2 ingat buaya ni kt pantai pd. terpikir gak, laut ade buaya eh?
hati2 mandi kt laut..ada buaya..dulu ada jaws je..hahaha..
lepas raya mahu buat hari keluarga dengan orang opis semua.
cadang-cadang hanya buat di port dickson.
jgnlah buaya ini tinggalkan keturunan dia dalam sungai port dickson.
matii
Ngerinye..... br nak menenangkan fikiran mandi laut kat PD... fail btol... huhuhu...
besarnyer buaya...sian dia mati..hehe
menakutkan!
takut bile dgr citer pasal buaya.
cehh, patotla. dyorg posing sakan dekat ngn buaya, da mati. huhu
wohooOOo....
buaya darat x makan orang....
Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!
Sapa nak elaun?
dlu kt pgkalan balak..aku tk mndi dh pntai kt mlaka lpas ni.
skang ni buaya darat pon ada jantina tao..heheheh
betul ke 3 tan tu .. siapa yang timbang ?
kata orang buaya bukit lagi bahaya, contohnya .. buaya bukit damansara, bukit pantai, bukit antarabangsa dll.
besaarrr punyer!!
Post a Comment