Monday, August 16, 2010

GoreS Dan MenanG : MenGaPa oranG MeLayU MemPerBoDohkaN OranG MeLayU SenDirI Di HadaPan BanGsa LaIn?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:31 PM
Ini adalah kisah benar yang berlaku di Mydin MITC Melaka. Kisah ini kakak aku yang ceritakan kerana dia sudah terkena. Aku jadi geram mendengarnya. Jadi aku membuat keputusan untuk melihat dan mendengar sendiri di tempat kejadian.

Modus operandinya adalah sama. Seorang wanita `chinese look` yang mengaku melayu :

1. Menahan kamu untuk singgah di bothnya.
2. Memperkenalkan diri sebagai sekian.. sekian nama.
3. Pok pekk pok pek memperkatakan tentang produknya.
4. Menghulurkan satu bekas minuman yang di dalamnya ada kertas untuk cabutan hadiah percuma berupa 6 jenis periuk belanga.
5. Yey! Menang ketuhar Micro percuma.
6. Jurujual akan menelefon bosnya yang berbangsa Cina. Pura-pura cakap pelanggan sudah menang hadiah.
7. `Oh! Ye ke? bos cakap sendiri dengan pelanggan.`
8. Telefon akan bertukar tangan. Pelanggan bercakap dengan bos.
9. `betul ke you menang hadiah? You kenal ke jurujual ni. Mahal tau hadiah yang you menang.
10. Pelanggan sudah teruja dan tersenyum lebar.
11. Tapi you kena beli baranglah. Separuh harga dari harga sebenar. bla.. bla.. bla..

Okey! Sudah terasa di tipu.

Selesai sesi kelentong mengelentong tipu dan tertipu.

Jika kamu ke Mydin MITC Melaka, sila perhatikan both mereka di pintu keluar dari juruwang pertama sebelah hujung di bahagian sayur-sayuran itu. both yang jual periuk belanga dan entah apa-apa barang lagi. . Mereka pakai `uniform`.

Sasaran mereka ialah suri rumahtangga dan warga emas. Aku pernah berdiri berhampiran mereka dan ternyata mereka menggunakan strategi yang sama untuk menipu pembeli.

berhati-hati dengan manusia yang sebegini.

Nota kakitanganku : Tidak berkatlah rezeki kalau kerjanya menipu.







22 kUs-kUs:

Salmia on August 16, 2010 at 2:40 PM said...

kerana duit.. semua sanggup

[s][u][e][h][a][n][n] on August 16, 2010 at 2:53 PM said...

eeee x suka betul orang berniaga cara camni!

Misz Pinkie Winkie on August 16, 2010 at 2:55 PM said...

emm...macam2 skang nie.
ada jerk jalan nak tipu duit kita.
huh.

m4rilyn on August 16, 2010 at 3:03 PM said...

kalo dorang tahan..cakap je.. tahu dah kamu menipu. pastu blah. ngeh3

mmg dorang nie kene ajar. sbb dah melampau

Amieynna Amin on August 16, 2010 at 3:07 PM said...

betul..mereka menyakitkan hati..
bila kite dah taw taktik mereka..
dan masih pura2 ingin mendengar ape yg mereka katakan..
mereka nampak bodoh sbb taktik mereka adalah sama..

cahayachenta on August 16, 2010 at 3:36 PM said...

aku tak pernah layan/.. huhu...

nuraarin-life on August 16, 2010 at 3:40 PM said...

di mana-mana ada kes penipuan ini.. kenapa nak tipu, kenapa tak jual barang betul2 jer?

baby berry on August 16, 2010 at 3:48 PM said...

me pun..slalunya tak layan org cmtu. sb bila layan menjadi2. tp klu level mak2 kita ni, kdg2 nk termakan tipu jgk nye.

.ieLah. on August 16, 2010 at 4:22 PM said...

macam tau jek kisah periuk belanga ni ted..huhu
pastu, dorang sangatttt memaksa..
kat kuantan ade gak satu pesen meniaga macam ni..

tengku_fir21 on August 16, 2010 at 4:25 PM said...

huh..tak beretika...tak tahu nak cakap per..cepat kaya cepat lah susah nyer

cik syazni on August 16, 2010 at 4:37 PM said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeee hina gila strategi!

deatH_luVer on August 16, 2010 at 4:40 PM said...

orang melayu mmg mudah ditipu..
keluar la seberapa banyak kes penipuan kat suratkhabar atau di mane2 sahaje pon...
orang melayu tetap kene TIPU..
sebab..
orang melayu giler duit!...

hmmm..sedeh..

iqbalsyarie on August 16, 2010 at 5:31 PM said...

hehehehe..ada kaitan dgn entry terbaru saya,pasal nafsu...jadi jemputla singgah ya cik tedi!
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan? Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~dan kisah nafsu~

beautiful_rose on August 16, 2010 at 6:06 PM said...

aku cukup menyampah dan berasa di ganggu dengan mereka ini.selalunya kita akan nampak mereka berada di tengah2 orang ramai sedang membli belah..

munirah said...

erm..penah je nak kena tipu..
sepesen la ngan cita cik tedi ni..
selalu memang x layan pun
tapi penah je bila dah nyampah sangat suruh dia cita sampai habis, pastu kata kat dia terima kasih, trus balik..
suka sgt tgk dia mengah2 masa nak balik tu.hehehe

eeeda on August 16, 2010 at 6:45 PM said...

Pernah jugak kena tipu...cara sama. Dia hantar surat anda bertuah telah dipilih oleh syarikat kami untuk memenangi tv 29". Apa lagi kita seronoklah.... tut2 bila datang kedai dia... dia suruh beli barang harga RM2000...lepas tu dia cabut lagi...kena beli barang br dapat hadiah tu...RM2000 lagi...masa tu bongok betul.... ikut je. Sudah melayang RM4k. cuma ada baranglah. Tapi tetap tak puas hati.

Dee on August 16, 2010 at 6:49 PM said...

aku x pernah percaya pd benda2 gini..MLM pun aku x percaya..hehehe..

nadirah_nor on August 16, 2010 at 6:51 PM said...

perghh
nak kene ckp dkt mama nih
roger:))

Nur Hawa Mohd Zin on August 16, 2010 at 8:59 PM said...

akal di kepala
iman di hati
nafsu di bawah hati (perut)...

bila nafsu mengatasi iman dan akal...semua tolak tepi

ctpayong on August 16, 2010 at 8:59 PM said...

aku sampai mahu talipon polis sebab takmo keluar dari perkarangan rumah. terfikir...mcm mana aku boleh buka gate...kesian punya pasal.

ASaDa RyutaRo on August 16, 2010 at 10:48 PM said...

macam berleluasa giler lak diorang ni beroperasi.. takde ke yg melapor kat polis diorang ni buat keje tak bagus?

m.q on August 17, 2010 at 8:12 AM said...

mcm2 taktik yg depa guna yer

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting