Saturday, August 07, 2010

JanGan Membazir!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:23 AM
Fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta Pulau pinang setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar-legar di udara fauzi termenung.
"Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi.

Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya.
"Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."

Tahun berikutnya, Maria dan fauzi pergi lagi ke pesta tu. Fauzi masih ingin menaiki pesawat ringan.

"Maria, abang dah berumur 65 yahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata Fauzi.

"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat.

"Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM 50," kata juruterbang.
Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi-aksi ngeri namun pasang itu tetap tidak menjerit.

"Wah hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuat pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang.

"Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Maria terjatuh dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.

Nota kakitanganku : ))





6 kUs-kUs:

aNiSa hANg tUaH on August 7, 2010 at 12:33 AM said...

ngehehehe

jangan membazir!

iqbalsyarie on August 7, 2010 at 1:41 AM said...

haha..ni tak membazir ke kedekut?haha
Baru je Update tadi; Trip Ke Pangkor bahagian akhir

lalink7 on August 7, 2010 at 9:06 AM said...

lor...kelakar..
kejam tul somo camtue..
jaaajjajaja

relevan on August 7, 2010 at 11:39 AM said...

Popaleh !..

PinQib on August 7, 2010 at 12:48 PM said...

hehe.. ngong ler..



Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Blogging boleh dapat kanser?

Magibon, makhluk comel

anis on August 7, 2010 at 1:54 PM said...

haha...
klakar...smpai bni dh jtuh pown still berkira...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting