Ini luahan setakat 09 Ogos 2010. Perlu terima hakikat hati manusia ini berubah. Mungkin selepas catatan ini, tiba-tiba Allah menggerakkan hati aku dengan mencuba yang lain? Wallahualam...
Okey,
pernah di cadangkan oleh Jard buat `entry' ini ketika beliau mengomen tentang tajuk `entry' ini. Terima kasih.
Mengapa aku masih bersama Nuffnang?
1. Kerana aku menulis dengan niat asalnya bukan untuk 'menampal' mana-mana iklan. Tetapi bila sudah tahu mengenai pengiklanan di blog, aku memilih Nuffnang sebagai syarikat pengiklanan pertama.
2. Pernah cuba beralih ke Innity.com tetapi menangguhkan hasrat sehinggalah innity telah menaikkan 'requiment'nya , aku gagal penuhi syarat untuk jumlah 'page loading' 30,000 sebulan. =))
3. Sejujurnya tidak teruja dengan jenis-jenis pengiklanan yang lain seperti Adverlets, Google Adsense, Catcheye atau yang terbaru Mangga Ads. =)). Mungkin kerana kembali ke sebab yang pertama di atas.
4. Blog ini bukan blog ilmiah atau informasi yang serius. Tidak layak rasanya memasang kesemua jenis iklan dan orang akan klik sedangkan aku tidak menyumbang apa-apa ilmu pengetahuan untuk pembaca. =))
5. Tidak mahu blog nampak sarat.
6. Kerana bila sudah pasang banyak iklan, automatiknya aku akan jadi terlalu berharap agar semua akaun iklan aku penuh dengan duit. Dengan itu aku akan jadi 'all out' untuk menulis 24 jam sehari juga 'all out' blogwalking 24 jam sehari untuk mendapat trafik sekaligus memenuhkan akaun-akaun yang ada. Di mana masa untuk diri sendiri?
Kesimpulannya, setakat ini biarlah aku dengan yang satu ini sehingga hati ingin beralih arah.
Kamu pula?
Nota kakitanganku : Sambil menyelam minum air =))
25 kUs-kUs:
mmg dah kecik hati ngn nuffnang..
dari mula2 masuk sampe sekarang tak pernah capai RM10 pun wakakakaka :p
samelah still dgn nuff je..!
berstatus gliterati nuff..hehe
setia la kot..hihi
pernah cuba nak curang dulu, tp nuff tak rela bermadu. hehehe..
Hahaha, setuju dengan Salmia. Pernah curang dengan menduakan Nuffnang dengan Mangga Ads, last2 jadi non-exclusive member la pula.
Jangan sudah hati, sampai masa, ada rezeki juga tu :)
nuff blog tedi sentiasa mengerlip =)
Yg penting kembali ke niat asal berblog.. Pilihan yg PERTAMA di atas.. ;o) Sekadar hobi minat menulis.. Ada rezeki, adalah.. ;o)
heheheh...
nuff hingga ke akhirnya..
saya tetap dgn nuffnang...sebab nuffnang dah banyak bagi yang terbaik untuk saya :p
Entry terkini : Artis hollywood di edit hingga luka parah
smalah mcm ko..hya utk personal je blog ni..nuff tu kira bonuslah..hehehe..
nuff tetap no 1
aku pon sama.. ehehe
ngan nuff jgk..sy hanya menulis utk suka2 jer..kalu dpt duit itu bonus n rezeki..
saya nak tengok siapa pengunjung ke blog saya . itu sahaja .hehe
Susah nak cakap pasal iklan pay per click ni, tapi secara jujurnya iklan yang diberikan oleh nuffnang ni limited dan kadangkala masa nya tidak menentu. Tak semestinya selalu ada. Time banyak traffic, time tulah iklan tak keluar..so tak dapatlah hasil... So my suggestion, bagi sapa2 yang berniat nak blogging aje, pasanglah nuffnang.. Kalau sapa yang niat nak dapat income, pasang adsense or others dan promote website giler2...
For me, the best one win.
Selamat berpuasa..
tEDl sama dengan akak...akak setia pada nuffnang...tak kesahlah biarpun sedikit pendapatan yang dapat...tapi akak tetap dgn nuffnang...malas dah nak letak segala macam iklan kat blog tu...
setia ngn nuffnang
pepatah kata org tamak selalu rugi
eh
hahah tak koser la berblogging sebab duit. komitmen jadi besar pulak.
Salam... kak e belum sekalipun merasa hasil Nuffnang :p
* Update blog pun malas.. banyak pulak cerita! hehehehehe
nape kwn punya masih 5sen jer.. hehehe......... takpelah kwn buat blog utk kongsi ilmu..cheewhhh.. hahahahaaa.... kononnya.. (tiap2 ari dok cek nuff)haha
aku x pasang pon iklan...visitors pon kurang sbb jarang blogwalking
ntah le..tak kisah pon..act ak pon kenal nuffng memula..mungkin kalo mula2 berblog aku kenal innity, aku kan setia ngn inity..cobalah untuk setia..~
aku tepek je nuffnang tu...
ada rezeki alhamdulillah...xde xpe ngee
Salam Ramadhan Dik.....Akak come & go sesuka hati..so Akak tak fikir perlu ada iklan tu semua di Blog Akak....but I am happy for those yang dapat ganjaran dari iklan tu semua..itu rezeki....they deserved it sebab commitment pada Blog mereka...termasuk juga Adik....!Moga Allah memberkati segala amalan kita!!
gembira hari ni..income dari RM3.66 dah melonjak ke RM13.65..within 1 week..hoyeaahhh!!
over tol ek aku ni..org dh dpt beribu, aku dpt 13 hengget pun nak kecoh..llalalala
Post a Comment