Friday, August 20, 2010

DenGan MuKa BerLaGaknyA Dia BerkaTa , `conFirm Je awaK DaPaT MC yE?` : DOkTor JamILaH, kaLau sayA aDa BanYak DuiT. SayA TiDaK haDaP mahU JumPa kamU!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM
Aku ke Poliklinik Ayer Keroh. Ini kali pertama jejak kaki ke sini. Selalu kalau klinik kerajaan aku akan pergi ke Klinik Kesihatan Ayer Molek paling dekat.

Demam aku berulang. Bangun Sahur semalam sudah reda sedikit. Aku tidur semula bangun pagi kepala sudah berat dan panas badan. Hujan turun dengan mencurah. Agak lewat ke klinik.

Di arah masuk ke bilik nombor 2. Seorang doktor perempuan memakai `mask` dan seorang jururawat sebagai pembantu. Serius sahaja dia. Dia tanya apa sakit aku terangkan dengan terperinci.

Panas badan. Sekejap okey, sekejap tidak. Sakit kepala. Selesema. Batuk. Tekak perit. Sengal-sengal badan.

Selesai. Di minta ambil ubat.

Aku : Boleh saya dapatkan Surat Cuti Sakit Doktor?
Dia : Eh! Sakit awak tak teruk sangat. Perlu MC ke?
Aku : Kenapa? Tak boleh? ( Agak kurang ajar aku bertanya )
Dia : Bukan teruk pun. Confirm-confirm saja datang klinik boleh dapat MC ya?
Aku : (Terkedu. Sebab nada berlagak gila!! )
Dia : Tunggu kat luar.

Dapat Cuti Sakit. Pasti tidak ikhlas dia bagi aku.

Tapi aku ada alasan sendiri mengapa semalam aku gagahkan diri ke klinik kerajaan.

Photobucket

13.08.2010
Sudah habis RM 35.00 .

Photobucket

16.08.2010
Sudah habis RM 40.00 Isnin ini kena datang lagi untuk rawatan susulan. Ini kes telinga. =))

Photobucket

19.08.2010. Tanpa bayaran. Paracetamol. Ubat batuk. Ubat kumur.

Faham-faham sajalah tengah-tengah bulan ini. =)) Semua perlu di jimatkan.

Okeylah Doktor Jamilah. Terima kasih atas rawatan dan Surat Cuti Sakit. Harap lain kali lebih mesra dengan pesakit. Supaya pesakit tidak bertambah tenat tengok muka kamu yang masam dan serius itu.

Nota kakitanganku : Lebih suka jumpa doktor haiwan dari doktor manusia. =))





45 kUs-kUs:

siti ika on August 20, 2010 at 9:06 AM said...

nape lately ni asyik sakit je..? jaga kesihatan ye.. syafakillah..

lalink7 on August 20, 2010 at 9:08 AM said...

nape dengan telinga?

Faarihin on August 20, 2010 at 9:10 AM said...

hari ini cuti juga la yer cik tedi?

smoga cepat smbuh..

Liliyuli on August 20, 2010 at 9:18 AM said...

sian tedi..
semoga sihat cepat..amin.

CITY® on August 20, 2010 at 9:19 AM said...

salam,

sabo ya, bulan2 puasa ni lagi lah kan. saya g last poliklinik kena bayo rm60++ dapat mc gak, doktor wanita tuh sendiri yang tanya heheheh...

makan ubat ikut nasihat ya dak tedi , semoga kembali sihat . amin

♥ wani ♥ on August 20, 2010 at 9:23 AM said...

poliklinik mmg slalu mcm ni la...saya pun pnh kena...tp dlm bab lain la...ada ke ms sy sdg ngandung dia bg pil killer...lps jpa dok lain kata mn boleh...apsal ye doktor poliklinik mcm ni!

Abang Long on August 20, 2010 at 9:25 AM said...

Salam. Kesian lak dengar cerita awak tu. Aku pun pelik gak perangai sesetengah doktor atau mungkin hanya seorang MA yang memandang pesakit seperti seorang banduan baru ditangkap selepas lari dari penjara. Sepatutnya mereka lebih berhemah agar pesakit tidak semakin sakit. Aku pernah ke sebuah klinik sambil memakai pakaian seragam seolah-olah seperti pak guard (pakaian rasmi syarikat) dan layanan yang aku terima memang mendukacitakan. Aku terpaksa sound doktor tsb di depan orang ramai agar tidak mengamalkan double standard..Dia terus melihat profil aku di buku rekod pesakit dan baru tahu siapa aku. Cepat2 pula minta maaf. Dan sekali lagi aku hamburkan nasihat yang pedas2..

Hazzy Ishak on August 20, 2010 at 9:28 AM said...

report je tedi

Chika on August 20, 2010 at 9:35 AM said...

Hmmm.. tu la perangai sesetengah doktor. Dia ingat kite saje2 jumpa dia nak MC kot. Dia tak le pikir ke, kite nak g klinik pun jimat2 duit, kalau pergi klinik tu maknanye mmg tak tahan la... geram btol Chika dengar. Shian Tedi. jaga diri ye... semoga awak cepat sembuh

♥ Xett Hereen ♥ on August 20, 2010 at 9:38 AM said...

buat je aduan.
kuikuikui..

memalukan jabatan diri ini saja itu doktor brensek~

myQza on August 20, 2010 at 9:39 AM said...
This comment has been removed by the author.
..nOj.. on August 20, 2010 at 9:42 AM said...

pelik kan. ade gak dokter yg berlagak camtu. tanya / ckp leklok takleh ke. mentang2 ade title DR. benci tau. takpela tedi, dh sakit tu, rehat je la okeh

m.q on August 20, 2010 at 9:45 AM said...

klinik kerajaan mcm ni la
aku byk kali dh kena
hish..dh la lambat +lembab
ini pengalaman aku sndri yer..
aku bukan mengumpat2 benda yg tak nyata

ain shalalala on August 20, 2010 at 9:47 AM said...

tension kalau dpt doc gtu..myb dia pms kot..lol

Dina Zakaria on August 20, 2010 at 9:48 AM said...

doctor2..patutnya, jumpa doctor boleh ilang sakit.ni makin sakit pulak jadinya..

MiaSaidin on August 20, 2010 at 9:49 AM said...

ada tak doktor gomen baca ni?

Tuah on August 20, 2010 at 9:54 AM said...

betul tu cik ted. sesetengah doktor mcm tak berapa ikhlas je nak rawat pesakit.

kita pun faham mereka penat melayan kerenah pesakit yg bermacam2 ragam. sekurang2nya maniskanlah muka tu sikit.

akak pernah menghadapi doktor yg mcm ni semasa menunggu sepupu yg dirawat di icu. dah la menunggu lebih 3 jam. takde sapa2 pun yg dtg bg tau status pesakit. bila akak masuk dan tanya, dgn nada marah dan tonasi yg tinggi dia jawab, "kan sy dah kata tunggu dipanggil. tak perlulah nak dtg tanya selalu sgt."

mmg menyirap rasa hati ni. sambil keluar tu selamba akak sound, kalau cakap elok2 pun tak luak apa. nama je doktor, tp xde hemah.

Amieynna Amin on August 20, 2010 at 9:55 AM said...

doktor ni memang nak kena..
cuba kalau die sakit, org ckp mcm tu kat die?
padan muka..
isyh geram lak..
take care yer tedi..

Amieynna Amin on August 20, 2010 at 9:55 AM said...

doktor ni memang nak kena..
cuba kalau die sakit, org ckp mcm tu kat die?
padan muka..
isyh geram lak..
take care yer tedi..

Anonymous said...

dugaan ramadan..sabar jelah

semoga cpt sembuh

meowwmania on August 20, 2010 at 9:59 AM said...

hurmm...camtulah perangai sesetengah doktor kebanyakkan camtu yg masih muda belia haihh...

Nur Hawa Mohd Zin on August 20, 2010 at 10:07 AM said...

giler berlagak doc tu...ingt sakit2 ni kite mtk ke? mmg lah kalu sakit kite gagah pergi klink sebab kalu MC saja tak da surat, majikan pun tak leh terima...kalu kite nak MC dan buat jahat blh je beli..ni sebab kite support klinik kerajaan...ini plak dilayan..

Softtouch [Hanim] on August 20, 2010 at 10:14 AM said...

doc kjaan mmg mcm tu..kalu pg situ ssh nk dpt mc..ala bkn duit dia pun kalu kertas mc tu abis..

wanita mutalib on August 20, 2010 at 10:22 AM said...

setuju!!

lagi seronok jumpa doktor haiwan, mesra ajer..

p/s ~ semoga sembuh seperti biasa ya ted| :)

Hanis MY on August 20, 2010 at 10:25 AM said...

sabar ye tedi..apapun semoga cepat sembuh..take care...

nuraarin-life on August 20, 2010 at 10:31 AM said...

pernah mengalami situasi yg sama dengan tedi.. kalau kita tak sakit ingat kita nak terhegeh-hegeh tunggu berjam-jam kat klinik kerajaan tu..

dah lah jumpa Dr tanya skit bg ubat, tunggu berjam-jam tapi jumpa Dr tak sampai pun 3 minit?? apa yg dia cek ntah, takat tanya soalan, baik tepon jer

[s][u][e][h][a][n][n] on August 20, 2010 at 10:43 AM said...

x suka dokter tu..klu yer pun penat pose sabar jer la..bukan sume orang datang saja2 nak mc..(emosi lak aku)

ejaMaria on August 20, 2010 at 10:51 AM said...

hospital gomen mmg macam tu... kedekut MC... org keja tapi sakit mmg la pegi klinik... nak MC la klu dah kat klinik je dah setengah hari... saje2 pegi klinik buat hape... sabor je la

Puan Ninie on August 20, 2010 at 10:52 AM said...

get well soon tedi!!
:)

kella on August 20, 2010 at 10:52 AM said...

semoga bertambah sembuh ya tedi! :)
makan ubat tu, jgn tak makan...

LyNn HaMzAh on August 20, 2010 at 11:01 AM said...

moga cepat sembuh yer tedi...kamu jgn fikir sgt pasal doktor tu...jgn lupa makan ubat...

Azuan on August 20, 2010 at 11:35 AM said...

suka doktor yg mesra alam..hoho

Unknown on August 20, 2010 at 11:44 AM said...

"Dr Jamilah, awk tak yah la nak berlagak sangat pun.. semata2 nak bg mc tu, bukan susah mana pun.. bukan potong gaji awk sampai ribu riban... tau la awk posa... jgn la buat perangai tak semenggah mcm tu...pesakit ni bukan suka sangat pun nak jumpa awk.. then kena ingat awk tu berkhdmat utk masyarakat... so buat la kerja dengan ikhlas...bru dapat ganjaranya... kalau taknak buat surat mc tu, lain kali tak payah la kerja dktor..."

tedi, kalau nak buat report, masukkan sekali apa yg aku ckp tu.. aku geram btul dgn doktor keret camtu... aku tolong tambahkan je aduan.. haha

smoga cpt smbuh ye kakakku...

Dee on August 20, 2010 at 11:51 AM said...

agaknya sbb tu org x suka gi klinik kerajaan..susah nk dpt mc..moga cepat sembuh ye tedi..

Salina@IbuAqil on August 20, 2010 at 11:55 AM said...

Cepat sembuh cik tedi.. ;o)

Suara Kalbu on August 20, 2010 at 11:57 AM said...

Pernah ada pengalaman pahit jugak berurusan dgn doktor kerajaan.

Jarang benar yang berjiwa rakyat. Masam mencuka melayan pesakit.
Sakit yang tenat jadi tambah tenat bila tengok muka diaorang ni.
Hati pun sakit.

Anonymous said...

hey, myqza. :)
u duduk melaka ke? hee.
me pon! ;Pp

Anonymous said...

sekarang nie musim demam je..

my recent post:
JANGAN HANYA TAHU BUAT JER..!

|niey| on August 20, 2010 at 12:29 PM said...

panas tul ngan doc camnie.. nie yg buat org sakit melarat-larat sbb x nk g jumpa doc nie.. sy pon penah masa kena denggi.. suhu x naik sgt lg tp kita tau la badan kita camne kan.. dh nk jln pon x larat.. org sopan cm sy nie pon rase cam nk maki2 jer doc camnie(sempat lg berasa sopan :P).. sabar je la kan..

white rose on August 20, 2010 at 12:46 PM said...

sama la dgn sy...
awal2 puasa kejap panas kejap ok...
batuk n selsema non stop...

tapi sy tak g klinik pun

Granny Hani on August 20, 2010 at 1:25 PM said...

oleh kerana sedang berpuasa maka akak kena jaga sikit mulut ni..kalau tak mau aje akak cakap kat Dr Jamilah tu..."@!!%&****@@!!!!!"

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on August 20, 2010 at 1:44 PM said...

huhuhu

♥S@R@♥ on August 20, 2010 at 1:47 PM said...

sabau je la di bulan puasa ni..
semoga tedi cepat sembuh

ape2 jer on August 20, 2010 at 2:03 PM said...

doktor kerajaan mmg macam tu kalau selagi x teruk mcm nak mati mmg susah nk dpt mc..huh

arboqskii on September 1, 2010 at 12:04 AM said...

ak penah memaki hamun dan gaduh ngan doktor dan MA kt sebuah k.krjaan kampung aku ....mmg x de adab langsung.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting