Tuesday, August 31, 2010

MenGaPa akU TiaDa kesaBaraN sePerTi OranG BerPuasA? MenGaPa akU TerLaLu MaHu ikUt PeraTuraN? MenGaPa akU CerEweT Dan IkUT kEPaLa akU SaJa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM
Hari ini ada temujanji dengan Doktor Pakar Kulit di Klinik Kulit Hospital Melaka. Tarikh tertera 30 Ogos 2010 jam 2.30 petang. Ini temujanji yang ke 4 tetapi yang pertama sejak keluar dari wad.

Aku berfikiran positif jika pukul 2.30 petang pasti pukul 2.30 petang juga giliran aku jumpa doktor. Masa bergerak perlahan di rasakan. Punggung rasa kematu dan badan rasa macam lemah sahaja.

Aku daftar pada pukul 2.00 petang.

Kesabaran sedikit terhakis bila jam menunjukkan pukul 2.45 petang tetapi nombor giliran masih belum aku dapat. Aku bangun dan ke kaunter bertanya.

'Sudah 45 minit saya tunggu. Nombor pun saya belum dapat.'

'Oh! Z... ya. Maaf. Fail awak hilang. Tengah cari kat bawah.'

Aku menggeleng-geleng kepala dan duduk semula. Kali terakhir aku ke sini 26hb. Hairan fail sudah hilang.

Jam sudah pukul 3.00 petang. Kasihan pada Abah yang kena tunggu aku. Pukul 5.00 petang kena ambil pekerja pula. Terkejar-kejar dia. Jadi aku tidak bolehlah mahu duduk peluk tubuh sedangkan entah bila giliran aku sebab nombor pun aku belum dapat.

Aku ke kaunter sekali lagi.

'Sudah jumpa fail saya?'

'Belum'

'Lama lagi perlu saya tunggu sebelum dapat nombor? Dalam pukul 5.00 petang rasa-rasanya saya boleh dapat nombor tak?'

Jururawat di kaunter diam. Aku masih berdiri tegak tidak berganjak.

'Kami buka fail sementara dulu. Ini nombornya.'

Itu bukan masalah aku. Fail hilang salah kamu yang cuai. Bukankah senang kalau jalan penyelesaian di cari awal bukan selepas satu jam aku tunggu??

Duduk dan terus menunggu nombor giliran di panggil.

3.15 petang.
3.30 petang.
3.45 petang.
4.00 petang.

Nombor amat lambat bergerak.

Jam 4.00 petang. Sekali lagi aku bangun.

'Kak, masa di kad temujanji tak di guna di sini?' Tanya aku pada jururawat di kaunter. Jawabnya TIDAK!

'Kalau macam itu, cabut saja 'signboard' atas tu.' Kata aku sambil tangan menunjukkan papantanda yang di maksudkan. Jururawat terpinga-pinga dan aku terus duduk.

Photobucket

Gambar 'signboard' di kaunter Klinik ORL berhadapan dengan Klinik Kulit. Di kaunter Klinik Kulit pun ada satu. Papantanda itu tulisannya berbunyi begini.

'TUAN/PUAN AKAN DI LAYAN MENGIKUT TARIKH DAN MASA TEMUJANJI'

Apakejadahnya kau letak papatanda itu kalau masa temujanji aku pukul 2.30 petang tapi 4.30 petang baru nombor aku di panggil?

Aku belum jumpa tahap kesabaran aku yang sebenar-benar.

Nota kakitanganku : Mengapa? .....kerana aku insan tidak sempurna. Rasa mahu marah sahaja!







19 kUs-kUs:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on August 30, 2010 at 8:06 PM said...

perghh betul2 hilang kesabaran ni..

kalau GKSB pon pasti hilang sabar juga

aNiSa hANg tUaH on August 30, 2010 at 8:09 PM said...

huuu
kalau nis pun hilang sabau

Miss ... on August 30, 2010 at 8:12 PM said...

hehe aku kenah hadap selalu mende2 nih haihh

pae's faezah on August 30, 2010 at 8:14 PM said...

dahsat nyer hospital mlk nie huhu..
sabar yer cik tedi slagi leh sbr..:)

akudandia on August 30, 2010 at 8:59 PM said...

aah hosp melaka mmg cam tu..
even polyclinic pon..
dlu hani sakit pon cm tu
bila g clinic tok kali kedua
fail hani ilang n surat dr clinic family pon ilang
sdangkan tu yg pnting suh opstl rujuk..
tah la xphm sistem kt cna..

Dee on August 30, 2010 at 9:02 PM said...

kalo dee pun berasap..bukan tedi je..kesian abah tedi dan tedi tunggu lama..

deena awanis on August 30, 2010 at 9:09 PM said...

camtu baik x yah ada appointment..haishhh..sabar jer laa..

deena awanis on August 30, 2010 at 9:11 PM said...

camtu baik x yah ada appointment..haishhh..sabar jer laa..

siti murni on August 30, 2010 at 9:13 PM said...

tersama situasi pulak kita hari ni..bezanya kamu di klinik..kita di kaunter perkhidmatan TNB....

sarah shafie on August 30, 2010 at 9:17 PM said...

gile lah..klau aku pun tkde nk sbar..mmg pnas je..

maiyah on August 30, 2010 at 9:42 PM said...

salam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

J.M.R on August 30, 2010 at 11:02 PM said...

sabar kak..byk pahala org bersabar nih..

tp kalo sy, baling je kusi kt situ..hahaah

cahayachenta on August 30, 2010 at 11:35 PM said...

my sis... takyah nak salahkan diri... mmg patut ko bersuara pun.. sbb tu aku pantang sangat pegi klink kerajaan...

tp kalo terpaksa tu nk buat cmne...

Mohd Adziim on August 31, 2010 at 3:58 AM said...

Sistem kesihatan kita masih banyak kelemahan baik swasta mahupun kerajaan.

Bagi pihak swasta masalah "delay/waktu menunggu/lambat/etc" yang lama ini menjadi masalah yang paling perlu diatasi.

Dan benar, waktu pada kad temujanji memang tak boleh diguna pakai.
Nak-nak manusia ini ada kerenahnya, dan orang sakit...biasanya mereka mesti bertanya banyak menyebabkan peruntukan masa doktor untuk setiap pesakit tidak sama.

Doktor pula terpaksa layan pesakit sebab itu hak pesakit untuk tanya soalan.

Maka berlaku kelambatan dan delay bagi pesakit giliran seterusnya.

mier@merr on August 31, 2010 at 5:25 AM said...

WAH...MELEBEY LA TU...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on August 31, 2010 at 5:51 AM said...

fail hilang memnag bleh mendatangkan marah. huh
memang macam tu la tedi
sabar jer la..

Watierman, rmanbkr on August 31, 2010 at 7:13 AM said...

Sabar manusia ada batasnya .....cuma anggap aje ini dugaan dari yang maha Esa Dik!..Namun..apa kata doktor....? Moga masalah cepat dikenal pasti dan diberi rawatan sewajarnya....Akak tetap akan mendoakan dari kejauhan!...Moga Kamu sentiasa dirahmatinya Dik!....Terus tabah ya!

starzieti on August 31, 2010 at 7:22 AM said...

sabar je la cik tedi... sy pon bleh hilang sabar kalau jd mcmtu,

tengku_fir21 on August 31, 2010 at 7:59 AM said...

ouwwhh..giler lah...kagum blh tunggu selama itu...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting