DATUK Bung Mokhtar Radin dan isteri keduanya, Zizie Izette Ab Samad, 31, tersenyum gembira ketika ditemui wartawan dan jurugambar selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi ini menerima rayuan Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengetepikan hukuman penjara sebulan kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, Mei lalu. Hukuman terhadap Bung Mokhtar digantikan dengan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan. - Foto Roslin Mat Tahir
Aug 11, 2010 11:40 am
Lama betul tidak baca suratkhabar. Atas talian atau tidak, sudah jarang sejak sibuk ke hulu ke hilir ini.
Terlepas hukuman penjara. Bung Mokhtar mahu di penjara? Mustahil. Ahli politik. Orang pandai bercakap. `Pummm pang..pumm pang`. Ha ha ha.
Okeylah! Malas mahu cakap banyak sebab tidak arif. Cuma lain kali, kalau mahu jadikan sesuatu kes itu betul-betul pengajaran, penjarakan sesiapa sahaja tidak kira ahli politik ke tidak.
Setakat RM 1, 000 celah gigi saja! =))
Nota kakitanganku : Lebar dia senyum!
13 kUs-kUs:
huh
sudah kusangka dari awal lagggiiiiiiii
betul tu tedi..xmeninggalkan kesan lansung..
kalau kena penjara alamat buat satu lagi pilihanraya.. byk belanja tu
Mmg celah gigi, nnt guna duit itu utk belanja satu kg berbuka meraikan pembebasan dah habis beribu
tedi
nak join gelak jugak ;)
heh. selamat lah dia. rugi jugak. kalau tak dah boleh beli bedak si zizie seribu tu. :)
hurm..sudah ku jangka..undang undang dunia macam itu la..yg berpengaruh besar senang dapat pengecualian..apepun derang buat tak kesah..aku sokong keadilan dalam undang undang!tak kira siapa patut terima dan dihukum seadilnya.
rezeki ramadhan nama nye tu... hehehe
Itulah namanya double standard.. nanti kalau orang awam yang khawin 2, dia kena penjara ooohh..
dah agak dah..org ada nama ni..senang jer terlepas..yg konon2 akan dipenjarakan tu gimik jer..perbodoh2kan masyarakat...
yelah rm1000 tu cam singgit je lah bgi dorang nih
op kos la x....
x kn nk pnjara ahli politik...nk kna la hakim yg ptuskan tu..hihi
alaaa nama pun MALAYSIA. biasalah tu.....
Post a Comment