Sunday, August 01, 2010

HaDiaH Hari GurU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:10 AM
Maka tersebutlah kisah murid tahun 6 Purple menyambut hari guru.
Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).

Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan
Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".

Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...

Rasa-rasanya apa reaksi cikgu itu seterusnya??

Nota kakitanganku : Hik hik hik..





7 kUs-kUs:

IntanBerlian on August 1, 2010 at 12:34 AM said...

hohohoho.mAsam gila kencing kucing.wahahah. lawak2.

moral of the story: dengar dulu apa penerangan budak tu. kalau orang bagi hadiah jangan excited lebih.

ctpayong on August 1, 2010 at 12:40 AM said...

hishhh..takkan pulak rasa air kencing kucing sama cam rasa air jerok..

KiFli MaLLy on August 1, 2010 at 1:45 AM said...

yuckssss....apa lah perasaan cikgu time tu... :p takmo fikir pjg hehhee


Entry terkini : semalam baru je tengok Salt lepas tu hari ni gosip pasal "Dia" dgn gambar X

Acik Erna on August 1, 2010 at 7:48 AM said...

tedi..gelinya..nak muntah pulak rasanya..

CITY® on August 1, 2010 at 8:59 AM said...

salam,

huhuhu... sabo jer la ya cikgu
teringat lak ku ketika teacher ku mr tan, cubit perut ku kerana salah buat krja rumah bahasa inggris. hukhuk...

zino on August 1, 2010 at 9:28 AM said...

apa nak kata lagi hehe

lalink7 on August 1, 2010 at 12:59 PM said...

euwwwwwwwwww....gelinyeer..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting