Tuesday, April 06, 2010

aPakah yanG aKan Kau LakUkan BiLa kaU BaLik saHaJa daRi KerJa aDa JiRan kaU TeLeFon menGaDu sesuaTu yanG BuaT kaU BenGanG?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:21 PM
Baru balik kerja. Belum sempat buka kasut. Belum sempat buka tudung. Belum sempat salin pakaian. Belum sempat buat apa-apa ada panggilan telefon dari jiran tetangga yang rumahnya kira-kira 150 meter dari rumah kau.

Kau terkedek-kedek berlari-lari anak mendapatkan ganggang telefon. Tertanya-tanya siapakah yang menelefon di saat-saat begini.

Di ringkaskan.

Jiran mengadu tentang perangai kucing kau yang suka bergaduh dengan kucing dia. Sampai kucing dia tewas dan terberak-berak di buatnya.

Yang tidak menahannya, jiran kau boleh pesan 'Kurunglah Dak Kimo tu. Teruk kucing makcik di kerjakannya.'

Kau jawab dengan sopan 'Macam mana mahu kurung makcik. Namapun binatang. Kalau mereka gaduh makcik simbah sahaja dengan air. Saya tak boleh kurung dia. Kucing kampung makcik. Sampai bila mahu kurung. Kucing jantan memang perangai dia macam itu. Saya minta maaf makcik. Nanti saya beritahu kucing saya, jangan datang rumah makcik lagi. Terima kasih.'

Kau begitu sopan menjawab. Walaupun sebenarnya kau mahu jawab macam ini.

'Lain kali ajar kucing makcik itu karate atau tekwando. Silat pun okey juga. Jangan harap bulu sahaja cantik. Tapi 'skill' berlawan tiada. Tengok kucing saya, walaupun buta, saya sudah hantar dia ke kelas silat!!'

Sekian. Jumpa lagi kucing saya makcik!!

Kau sama dengan aku!!

Nota kakitanganku : Haiwan ada otak tiada akal.* TQ ALynn






21 kUs-kUs:

wanita mutalib on April 6, 2010 at 6:24 PM said...

Nanti saya beritahu kucing saya, jangan datang rumah makcik lagi. Terima kasih.



yang tu paling best..


harap makcik tu paham..


kan hee..

Muhammad Adam Rayyan on April 6, 2010 at 6:24 PM said...

sekolah silat mana sis antar? adam nak antar en singa gedik2 blajar silat gak.

ape2 jer on April 6, 2010 at 6:28 PM said...

wakaka mmg sakit hati.. jiran aku dulu suka tuduh2 asal kucing berak kt pasu dia dia kate kucing aku padahal kucing aku berak kt toilet aku dah ajor siap hehe..mmg hangen dah la letih pastu ada la yg ngadu2 seb bek makcik kan tedi hehe..

Lucy S. on April 6, 2010 at 6:32 PM said...

bukan haiwan ada otak tiada akal ke?

qaseh on April 6, 2010 at 6:37 PM said...

betul2..setuju, mesti kucing mak cik tu lembut sgt....

myQza on April 6, 2010 at 6:38 PM said...

TQ alynn :)

kak anie on April 6, 2010 at 6:41 PM said...

tEDl...makcik tu saja nk glemer ..nak femes dlm blog tEDl...hehehe...

Makcik tu tak tau kot...kucing atau haiwan takde akal...

NARDtheNERD on April 6, 2010 at 6:42 PM said...

sabar je lah tedi kan~..hebat lah dak kimo reti silat...teehehe~

Tuah said...

Laaaa...mak cik tu xtau ke yg dak kimo skrg tgh belajar bawak jentolak. Xlama lagi kena tolak dgn dak kimo lah rumah mak cik tu heheheh...

P/s: sdg melayan "budak2" sambil layan hachiko lagi.huhuhuhu kompom nanges lagi le ni...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on April 6, 2010 at 6:52 PM said...

huhu..
kalo kucing kita salah pun, apa yg boleh kita buat. itu kucing.. dah sejak azali begitu. kalo tak berlawan, bkn kucing la. dia perlukan persekitaran dan kehidupan yg normal seperti di habitat semulajadi.

azianierdawati on April 6, 2010 at 7:15 PM said...

nanti anis nk pesan jantan jgn korek sampah umah org.. (probnyer mrk letak sampah ats tanah, kn dah ada tong, buang je la dlm tong..)

Ibu Ammar on April 6, 2010 at 7:30 PM said...

biarlah kucing dengan hal diorang, gaduh2 tu komunikasi sihat la tu. tuan kucing tengok je dari jauh diam-diam. hakhak

Nur Suaidah Bachok on April 6, 2010 at 7:48 PM said...

sy xde lak kucing.. emmmm, nway kn tedi. pelik2 je. simbah je air supaya ta gado

Unknown on April 6, 2010 at 8:01 PM said...

adehlah makcik ni pun..
(ni makcik rambutan ke?eh itu budak zara..silap2..whhaha)

...ni aku rasa permasalahan ni mesti dibawa ke mahkamah kucing...
(makcik nk jadik hakim tak?)

she on April 6, 2010 at 8:24 PM said...

argh!!!!!!!!

soh kucing makcik tuh duduk atas sofa je la..takde kucing kita berjumpa ye tak?

Anisa on April 6, 2010 at 8:31 PM said...

em..rasenye kalau kucing bergaduh tu...tade jd masalah la..
macik nie pon satu
heee

Anonymous said...

tak gaduh tak gempaklah hidup kucing kan.

white rose on April 6, 2010 at 9:16 PM said...

suh makcik tuh anto kucing dia berguru taekwando ngn sy...


sy ajo free je...

~lalalalalala...

Unknown on April 7, 2010 at 12:52 AM said...

ahaks...huhuhuhu

sila cakap ngan dak kimo...

"ngorat kucing lain"

hahhahha

umi_e on April 7, 2010 at 9:28 AM said...

Salam...

tedi... cuba cadangkan makcik kucing tu supaya kucingnya 'dimandulkan' saja supaya tidak lagi akan diganggu oleh dak kimo :p

* kucing setelah 'dimandulkan' kucing jantan lain buat tak pandang je sebab dah tau tak akan bersaing :p sebab sebelum kucing akak dibuat begitu, memang asyik kena serang dengan kucing lura, lepas tu... aman damai...*

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on April 7, 2010 at 3:15 PM said...

muahahaha
kelakar la makcik tu
kirim salam la kat dia

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting