Thursday, April 08, 2010

GenG KaPak : sELamaTkah aNak-aNak KiTa Di seKoLah? aTau PerLu 'PasanG' PenGawaL PeriBaDi? aTau PerLu Bina sEkOLah senDiri? aTau ......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM
Tajuk 'bajet' macam aku sudah ada anak. Sila abaikan.

Tidak kiralah Geng Kapak ke?Geng Pisau ke? Geng Parang ke? Nampak ganaskan geng-geng itu? Kalau geng pengembaraan aku boleh terima lagilah. Macam Geng Pengembaraan Upin & Ipin! Ekkekekeke.. Okey! Serius!

Tertarik dengan keratan berita atas talian yang aku baca semalam . Rujuk sini. Kecil-kecil lagi sudah tunjuk perangai samseng. Sudah pandai peras ugut. Sudah pandai mencedera dan membelasah rakan sebaya. Jika besar? Apa pula lagi 'belang' yang akan mereka tunjukkan?

Pengalaman bekerja di salah sebuah sekolah menengah luar bandar di ceruk sempadan Negeri Melaka banyak beri aku kesedaran bahawa pelajar-pelajar sekarang tidak makan dek saman. Kau cakap itu, dia akan jawab ini. Guru disiplin tengah beri teguran pun dia masih boleh gelak-gelak lagi.

Surat peringatan jangan cakaplah. Kadang-kadang aku rasa aku tiada kerja lain selain daripada menguruskan surat untuk pelajar-pelajar yang ponteng dan tidak hadir ke sekolah. Naik lenguh tangan menulis alamat dan melekatkan setem di atas sampul surat. Jika 50 keping yang di hantar dan di tunggu jawapan balas, mungkin hanya 2-3 ibu bapa sahaja yang prihatin dan datang ke sekolah mengambil tahu hal anak-anak.

Perangai samseng dan sikap perkauman juga agak ketara. Selalunya pergaduhan akan berlaku di luar kawasan sekolah. Tiba-tiba sahaja guru disiplin dan 2-3 orang pembantunya akan berlari berkejaran ke kawasan berhampiran untuk meleraikan pergaduhan. Jika ada perselisihan faham, orang luar akan masuk campur. Setiap kumpulan akan memanggil kroni-kroni mereka untuk membantu. Sampaikan ada yang cedera di libas besi atau kayu.

Keesokkannya ibu bapa akan datang dan menyalahkan guru di atas kecederaan yang di alami anak mereka. WTH? Takkan cikgu mahu ikut anak kau balik sampai ke rumah? Kau keluar sahaja dari kawasan sekolah, tanggungjawab sudah terletak di bahu sendiri.

Tidak kira sekolah di luar atau di dalam bandar, semuanya mempunya risiko yang tinggi mengalami gejala sosial pelajar. Macam-macam hal.

Nasib baiklah aku tidak jadi cikgu. Jika tidak, aku sudah karate anak-anak orang itu. Ha ha ha ha. Ganas!

Okey! Kesimpulannya, aku percaya permulaan yang baik adalah bermula dari rumah. Guru di sekolah sebagai kesinambungan untuk membimbing. Bukan bila kau hantar anak kau ke sekolah hari-hari, itu bermakna, guru perlu di pertanggungjawabkan sepenuhnya. Kalau macam itu, cikgu tiada kerja lainlah. Asyik mahu hadap anak kau 24 jam!

Ayat aku macam kejam ! Maaf!

Nota kakitanganku : Tapi itu hakikat!






21 kUs-kUs:

Watierman on April 8, 2010 at 10:52 AM said...

Betul tu....sebab tu anak tu berbin atau bintikan Bapak...so tahu dari mana orang tuanya...tak kiralah...bangsa apa sekali pun...jadi Mak bapak kena selalu ingatkan...apa yang dia orang buat reflect nama baik mak bapak dia orang...itu pesan aka pada anak2 akak....nak buat apa2 sekali pun....orang akan sebut kamu anak siapa....Nak ke kamu berterima kasih pada orang tua kamu yang telah membesarkan kamu dengan segala kasih sayang dengan tindak tanduk yang tak membanggakan....

Penerapan nilai2 kasih sayang memang memainkan peranan...Moga Anak2 Akak terpelihara olehnya..dan menjadi Anak2 yang Soleh & Solehah...Amin!

Tuah said...

Betul tu cik ted. segalanya bermula dari rumah. pendidik hanya menambah apa yg sepatutnya sahaja.

ini tidak, bila cikgu buat tindakan, salahkan cikgu dan nak saman pulak. tapi bila cikgu berjaya mendidik, takde pulak ucapan terima kasih.

kalau zaman tok nenek ibu bapa dan akak dulu, kena pukul dgn cikgu adalah perkara biasa. mak ayah siap tambahkan lagi ada le... jgn harap nak membela kita. itu sbb kita berjaya jd MANUSIA...

nich on April 8, 2010 at 11:10 AM said...

huhuhu seram kan budak-budak zaman sekarang ney.. tak ley jentik sikit.. esok-esok kita plak kena.. huhuhu

Hazzy Ishak on April 8, 2010 at 11:17 AM said...

ibu bapa suka lepas tangan & menunding kesalahan pd bahu orang lain

Softtouch [Hanim] on April 8, 2010 at 11:24 AM said...

betul tedi..skrg membesarkan anak2 satu cabran n sy takut sy xkuat nk mghadapinya..kdg2 sy pk biarlah anak sy ni duk umur 5 tahun jer..senang nk pntau sbb makin dia besar makin dia jauh ngan kita...takut sgt..tu sbb buat masa ni biarlah anak sy 2 jer...biar sy dpt tgk n pantau dia dgn dekat...takut nya nk mghdapi masa2 dpn dlm menjaga anak nie...

sueanne on April 8, 2010 at 11:26 AM said...

sumber duit dari ibu bapa pun ada kesan juga..

kalau halal, menjadi lah anaknye..
kalau haram, hurrmmm lu pikirlah sendiri..

hehehe..

bylindakitchen on April 8, 2010 at 11:29 AM said...

erm...
susah mau cakap..
setiap sekolah tidak kira bestari atau tidak.
semuanya ada risiko kes buli.
takkan mahu hantar anak ke sekolah private.
mahu makan pasir hari2.

nuraarin-life on April 8, 2010 at 11:32 AM said...

kalau guru tak boleh nak mengajar anak muridnya macam mana mereka nak menghormati guru..
kepada ibubapa jgnla kalau anak2 dimarah skit oleh cikgu terus nak serang.. macam nie cikgu pun malas nak mengambil berat lagi (budget mcm saya nie cikgu pula)

tapi kalau kes buli saya percaya bermula di rumah, kalau ibubapa tak pantau juga, entah ler

Alimaz-Kembara Terasing on April 8, 2010 at 11:55 AM said...

agaknya mak pak depa dulu samseng juga kot...adakah salah mak bapak yang tak amik tau perihal anak2 disekolah....

Anonymous said...

sekolah private ada buli juga
nama pun private, semua kes di-private-kan.. haha..

Hafiz Yusof on April 8, 2010 at 12:13 PM said...

agree..bermula dari rumah

MyaFiza on April 8, 2010 at 12:23 PM said...

parents pun janganlah asyik nak cari salah cikgu aje...
diorg punya tanggungjawab lagi besar dalam mendidik anak2..

nIsYa on April 8, 2010 at 12:29 PM said...

budak2 skg mmg dasyat. depan org2 tua pun leh maki kwn2 dia. bila tak puas atie, gado. then berpuak2. jgn main ngan dia!! jgn kwn ngan dia! tu kecik2 gi. lau dh besa t???

2R on April 8, 2010 at 12:35 PM said...

geng kapak??aduuii aku salu gelarkn geng3 aku kt kelas ni geng kapak hehe..at last msk gak dlm paper ye tp tu bkn geng aku ;p bdk2 skrg ni bljr mana tah berani je blgak samseng..aduuii mmg stuju parents kena mainkn peranan pntg kena la tau awasi pergerakan anak2..jgn fkus cri duit je anak2 terabai..sekian ..;p pjg jgk ek hehe

wanita mutalib on April 8, 2010 at 1:05 PM said...

ajar anak kiter jadik samseng gak leh tak?
























oh no..



















apa ra te!!













ihiks..

Unknown on April 8, 2010 at 1:06 PM said...

salam tedi~

yup aku sokong kenyataan ko... bukan nak kutuk kaum len, tapi pengalaman aku mnjd pengawas sekolah mmg byk tgk bdk2 kaum C mmpunyai geng2 yg berbahaya.. pantang ko cuit ahli geng nie, balik akan d nantikan d dpan pntu pgar sek.. :)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on April 8, 2010 at 1:18 PM said...

budak2 sekarang sgt moden

ape2 jer on April 8, 2010 at 1:25 PM said...

sekolah menengah ke?

norliza_osman on April 8, 2010 at 2:28 PM said...

Hi tedi, memang pun sekarang ni macam-macam.. budak sekolah sekarang memang advance terlebih.. naik takut kita dibuatnya..

Relevan on April 8, 2010 at 3:33 PM said...

Masa kome sekolah dulu pun ada geng.. Geng beskal Chopper.. tapi baik suka tolong orang..

Acik Erna on April 8, 2010 at 3:56 PM said...

takut..gerun...semoga la anak yang disekolah tu..ingat belajar..dan tidak buat perkara lain...doa sentiasa mengiringinya..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting