Friday, April 09, 2010

IBu , MenGapakaH DiKau MemBuTakan MaTa Dan MenTuLikan TeLinGa aTas seGaLa kesiLaPanku? TanDa KasiHkah Itu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 PM
'Kerana terlalu kasihkanmu aku jadi tidak sampai untuk menghalang kamu berbuat apa-apa yang kamu suka.'

'Kasih sayang kamu yang akan menjerut leherku sehingga terputus urat nadiku. Kamu yang membunuhku ibu. Kamu yang menggantungkan leherku sehingga nyawaku akan di cabut Tuhan.'

Pemuda itu meletakkan beban di atas bahu ibunya di atas setiap kesalahan yang telah beliau lakukan sehingga akhirnya beliau akan di hukum gantung.

Maka, luluhlah hati si ibu mendengarnya. Meratap dan merayulah dia agar anaknya di berikan keampunan dan hukuman dapat di batalkan.

Namun si anak sudah berpatah arang berkerat rontan. Menyerahkan diri kepada hukuman yang akan di laksanakan Sekian anak-anak. Kisah tauladan kita pada hari Jumaat yang berkat ini.

Secara jujurnya aku suka dengan jawapan yang kamu berikan di dalam kotak komen di dalam entry ini.

Ada yang tidak terfikirkan oleh aku. Ada juga yang dapat 'menangkap' maksud cerita.

Cerita ini di ceritakan oleh Bos aku. Aku beri jawapan seperti yang di atas. Tapi aku suka jawapan yang lain dari yang aku jawab. Ada yang kata pemuda itu tidak mahu ibunya melihat dia di gantung. Ada yang kata pemuda itu tidak mahu ibunya di hina selepas kematiannya dan pelbagai lagi. Jawapan kamu sebua hebat. Tidak tercapai dek akal aku.

Perlukah ibu di persalahkan dalam hal ini? Sezalim itukah ibu mahu lihat anaknya terjerumus dengan kejahatan dan kesesatan?

Nota kakitanganku : Syurga tetap di bawah telapak kaki ibu!






7 kUs-kUs:

nIsYa on April 9, 2010 at 7:52 PM said...

langsung tak patot ibu nye disalahkan kerana diri dia sendiri yg bersalah.

Yuyu Ali on April 9, 2010 at 7:57 PM said...

ibu,
ohhh...i miss u a lot...
heheheh sorry tedi

ape2 jer on April 9, 2010 at 8:32 PM said...

x boleh salahkan ibu je..tuhan kasi otak utk pikir kan..ibu cuma boleh membiimbing if ibu tak membimbing kita maseh ada akal utk fikir baik buruk hehe

Anonymous said...

Dosa anak perempuan ditanggung oleh ibubapanya hinggalah dia berkahwin. Manakala anak lelaki pula mula bertanggungjawab terhadap diri sendiri sebaik sahaja dia baligh.. gitu la kiranya. Kalau silap betulkan, ya...

ISZA on April 9, 2010 at 9:05 PM said...

memang patut pemuda itu di hukum.. kerana dia tidak pernah belajar sesuatu daripada ibunya, Sampai ke akhir hayat dia menjadi anak derhaka ...

CITY® on April 9, 2010 at 9:49 PM said...

bukan salah ibu mengandung..
lalala

nuraarin-life on April 10, 2010 at 10:33 AM said...

bukan salah ibu, kalau anaknya tahu sebenarnya ibu terlalu menyayanginya sehingga tidak sanggup memarahi bila melakukan kesilapan...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting